Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

17 Julai 2011

Bila Kemalasan Melanda.

Petang ni kemalasan pula datang melanda.
Konon nak masak pizza petang ini 
tapi Ayah belum balik dari meeting NGOnya.

Terus mood ibu berkubur.
Kebetulan 3 farah n Farouk ada kelas taekwando petang ini.
Dan Along ada tuisyen.
So tidak ada sesiapa kat rumah kecuali ibu...

Ibu hantar 3 Farah n Farouk dulu ke kelas taekwando 
dan terus hantar along ke tuisyen.
Kelas tuisyen along dibatalkan so kami berdua singgahlah
 KFC berhampiran pusat tuisyen along.

Along suggest supaya beli Tohsted  Twister untuk kami berdua.....
Oklah juga rasanya....
Sekadar untuk alas perut di petang hari.....
Kalau Angah baca blog ibu ni mesti dia merajuk
sebab tak belikan untuk dia sekali...he....

Petang Semalam.....

Bila kerajinan melanda macam-macam boleh jadi dan terhasil.
Tapi masalahnya, kerajinan macam tu jarang berlaku.

Petang semalam Angah dan Along bersemangat buat donat.
Bukan sedikit, 1 kg tepung dikerjakan 2 Farah tu.
Ha, ambik!!!!!

 1 pinggan donut coklat......

 1 pinggan donut biasa yang ditabur gula.
Yang kelakarnya donut ni kecik2 saiznya.
sebiji semulut gitu........

 dan ibu pula menyediakan puding jagung.
Kebetulan ada bahan yang lebih.
Daripada luput tarikh bahan-bahan tu,
 ibu campak semua bahan tu dan kukus.
Puding jagung ala-ala puding karemal.
Not bad rasanya.
1 loyang sekejap je habis dikerjakan anak-anak.....

dan ditambah dengan tempe goreng bertepung...
Makan dengan sambal kicap.....

Niat hati nak masak pizza tapi kena postpone petang ni.
Entah jadi ke tidak tu nak buat petang ini......

16 Julai 2011

Masalah Betul.

Memang menjadi masalah pada seorang ibu yang memiliki 4 orang anak perempuan.
Farah Nabilah, Farah Nadiah, Farah Najdah dan Farah Naurah

Macam mana tidak problem bila brooch ibu asyik hilang dalam simpanan.
Kalau ibu beli yang besar ,
selamatlah sebab 4 farah tidak berminat.
Yang jadi masalah bila pin yang kecil comel.
Asyik hilang...hilang dan hilang.
Mana ibu tak geram bila pagi-pagi nak ke sekolah
selalu kehilangan pin tu.

Lagi geram bila brooch tu kena pakai sepasang cuma tinggal satu.
Buntu dah rasanya.
Puas dah cakap suruh letak balik ke tempat asal.
Sekali ibu membebel mereka ingatlah.
Lepas tu ulang balik sikap yang sama.
Beli khusus untuk mereka pun tidak guna.
Brooch ibu juga yang mereka minat.
Nak marah pun tak tahu  Farah yang mana satu hilangkan.
Alahai, anak...anak....

koleksi yang semakin susut dalam simpanan ibu 
walaupun sentiasa ditambah every month......

About me