Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

16 Julai 2011

Sarapan Pagi.

Saja pagi-pagi nak tayang makanan.
Pagi ni sebenarnya ibu masak mee goreng.
Ingat nak masak lewat sikit tetapi Farouk ada
Kem Bestari Solat dan Naurah pun kena pergi  sekolah juga 
sebab cikgu minta bantuan jadi fasilitator untuk adik-adik junior.

Karipap berinti kentang dan sardin hasil air tangan Beby dan Angah.
Oklah rasanya..boleh tahan.
Kulitnya pun rangup sangat.
Menurut Beby, dia panaskan dulu planta + minyak tu kemudian
 baru dicurahkan ke dalam  tepung.

Tambahan orang masak memanglah makanan tu rasa sedapkan...
Bestnya kalau hari-hari ada orang tolong masakkan untuk ibu....
hi.hi.hi...

15 Julai 2011

Risau...

Petang tadi ibu bergegas ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar.
Pergi kerana terpaksa dan dipaksa.
Kes Akta paksaan.


Ingat lagi tak pada hari Rabu ibu teramat sibuk berkejar
menghadiri 2 program serentak.
 Hari itu ibu terlewat makan kerana kesibukkan tahap maksimum.
Lepas makan tiba-tiba ibu muntah-muntah.
Mula-mula muntah biasa aje.
Lepas tu membuak-buak keluar darah.
Banyak pula tu.
Adalah lebih kurang 200ml.
Ngeri pula ibu tengok.

Risau juga rasa hati.
Nak kata sakit perut, tak ada la pula.
Dada dan tekak pun ok je.
Terus ibu sms ayah.
Masa tu ayah bermesyuarat kat JB.
Balik je terus ayah bawa ibu ke klinik  Swasta.
Belakang rumah je..

Dr Jelita terus scan.
Katanya "hati" ibu ok.
Paru-paru pun ok.
Cuma doktor risau kalau-kalau ada pendarahan dalaman.
Sebabnya ibu memang tidak rasa sakit pun.

Doktor suggest ibu refer ke hospital besar secepat mungkin.
Tapi itulah, tangguh-tanguh.
Hari ini baru pergi.

Pergi tu pun dah petang.
Tunggu Ayah balik dari Solat Jumaat.
Jumpa doktor terus bagi surat dari Dr Jelita.
Terus doktor tu suruh ibu buat ujian darah.
Bila dapat result, semuanya ok.
Tidak ada masalah!!!!
Pelikkan.
Cuma doktor suspect ibu mungkin ada
masalah dalaman.
Mungkin ulser atau mungkin penyakit lain.
So ibu diarah jumpa doktor pakar bedah pada 16.8.2011 ni.
Mungkin kena buat OGDS.
Entahlah.
Moga-moga tidak ada yang serius.

Amalan Harian Untuk Minda Anak

Di sini pula ibu nak share tentang amalan harian yang boleh kita lakukan
sebagai ikhtiar untuk melahirkan anak-anak 
yang cemerlang dari segi akademik dan akhlak..
Input ini pun ibu dapat semasa
ke Program Bugar Potensi Cemerlang SK 3 Farah.
InsyaAllah, kita sama-sama berusaha demi anak-anak.
Cuba lakukan yang termampu......

1. Baca surah An-Nur ayat 35- baca 7X pagi dan petang.

2. Istifar- 1000X

3. Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW-1000X

4. Sebut  "Ya- Khalid" sebelum subuh.

5. Ya-Qayum

6. Ya Allah- 4X

7. Ya Latif -129X

8. Selawat Nabi Khidir -3X
ALLAHUMMA SHALLI ‘ALAA SYAIYIDINA MUHAMMADIN 
WA AALIHI KAMALA NIHAYATA LIKAMALIKA WA’ADADA KAMAALIHI

9. Surah Toha Ayat 25-28
klik sini....

p/s:
Mungkin kita tidak mampu untuk mengamalkan semua yang tersenarai, 
sekurang-kurangnya kita amalkan sebahagian drpnya sebagai rutin....
InsyaAllah..yang penting niat dan naiwatu sebagai seorang ibu dan ayah.

About me