Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

14 Julai 2011

Kekalutan Semalam.

Alhamdulillah berkat doa dan kata-kata semangat dari rakan,
ibu dapat hadiri kedua-dua program semalam.
Seawal pukul 7.20 pagi ibu bersama seorang rakan guru Kak Mas
dan 10 orang murid bertolak ke SK Serom 3.
6 orang sumbat kereta ibu dan 4 orang naik 
kereta kak Mas
SK Serom 3 lebih kurang 8 km dari SK ibu...

Program berjalan tepat pada waktunya.
Ibu mengambil peluang memantau dan membantu sedikit sebanyak
murid-murid menyelesaikan soalan yang dikemukakan.

Lebih kurang pukul 10 pagi,
ibu memecut pula ke SK 3 Farah.
Menghadirikan diri di atas jemputan dari pihak SK
untuk Program Bugar Potensi Pelajar Cemerlang.
150 orang pelajar terpilih dari 1750 orang pelajar.

Penat memang penat tetap sekurang-kurangnya ibu
dapat menghadirkan diri dalam 2 program serentak....

* nanti ibu akan share dengan kaum ibu dan bapa beberapa input yang ibu dapat smlm.
Yang menarik tentang pemakanan untuk kuatkan memori anak2 dan ayat-ayat simple yang boleh kita amalkan..Tunggu!!!!

13 Julai 2011

Durian Oh Durian.

Sekarang ni kat mana2 ada durian.
Anak2 ibu terutamanya Naurah dh merengek2 nak makan durian.
Ibu buat2 xdengar je cz ibu  memang tak minat makan durian.

Petang semalam tiba2 terdengar bunyi deringan loceng.
Lepas tu terdengar suara orang beri salam.
Bila ibu keluar, orangnya dh xada.

Di tepi pagar ada 1 guni buah durian.
Rezeki anak2.
Dalam guni tu adalah dalam 5 biji durian.


Ibu pun dengan gigihnya mengopek durian ni.
Kalau ayah ada mmg confirm ayahlah tukang kopek cz ayah pun peminat durian.

Bukan main lagi si Naurah n Along dok mengadap.
Farouk tak layan durian nie.
Angah pn sekadar tengok je...
Beby makan ubat, so tak ada la nak makan...

Ibu cuba la rasa 2 ulas dari buah yang berbeza.
Tiba2 je rasa panas + perit kat kerongkong..
Perut pedih tiba2.
Itulah yang akan ibu alami bila makan durian.
2 ulas pun boleh buat ibu kepanasan sampai ke pagi.
Orang lain makan sampai 2-3 biji tak apa2 pun.
Cuba juga petua orang tua2 tapi tak jalan ..
Kesimpulannya, tak payah la nak makan durian....

Nasib baik lah ibu bukan peminat durian....

I Badan 2 Tempat

Hari ni ibu perlu hadir 2 program serentak.
1 program untuk membawa pelajar cemerlang Matematik
ke SK Serom 3.
Program Kecemerlangan UPSR Peringkat Zon.
Lebih kurang 10 orang pelajar cemerlang kena angkut ke sana.
10 orang murid 2 orang cikgu

Dan dalam masa yang sama ibu dijemput hadir ke
sekolah 3 Farah dalam 
Program Motivasi Ibu Bapa Pelajar Cemerlang.
Ibu bapa dipilih berdasarkan result anak2
yang cemerlang semasa mix-exam hari tu.
Penceramah jemputan tu orang yg boleh tahan terkenal jugalah.

2 keperluan yg sama2 penting.
1 untuk anak2 murid dan 1 lagi untuk anak2 sendiri.
Pada awalnya ibu terpaksa menarik diri 
untuk hadir ke program di SK 3 Farah tu.
Tapi bila difikir2kan xsampai hati.
Anak2 ibu aset penting dalam family.
Lagi pun, program ni khusus utk anak2 cemerlang je...
Tapi 2lah, program pula dibuat sebelah pagi.
Memang tidak sesuai kerana kebanyakan ibu bapa sekarang bekerja.

Apa pun tengoklah keadaan.
Jika ada ruang masa, ibu cuba untuk menghadirkan diri
untuk kedua2 program.....
Fuh!!!Mampukan ibu?????

About me