Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

11 Julai 2011

Sabor Je lah.

Hari ni memanjat 6 tingkat bangunan.
2 tingkat di blok lama + 4 tingkat blok baru.
Lenguh habis sendi nie....
Pasal lenguh xkisah krn itu perkara biasa.

Yang buat ibu kena banyak2 sabor ni
bila melangkah ke kelas 5B.
Ibu gelar kelas ni 5 Bijak...
Beri motivasi tu.....
Bila ibu masuk bukan main lagi masing2 enjoy.
Enjoy kerana home work xsiap...
Bangga seh.....

Bukan 2-3 orang tapi 18 orang...
Wah..wah...bukan main naik lemak lagi anak2 murid ibu nie...
Dah lah bertapa kt puncak kayangan.
Sesuka hati dia enjoy sakan...

Ibu ni sebenarnya xsuka jadi "Mak Tiri"
Xsuka marah2 cz nanti mereka belajar pun xseronok.
Konon2 lah tu.....
Seboleh2nya ibu nk mereka rasa ibu ni mcm ibu mereka.
Tapi terkadang mereka mencabar kesabaran ibu...

Ok xpe
Tadi ibu bersabar lagi.
Juz bagi amaran n senaraikan nama pesalah tu kt sudut white board.
Esok harap2 mrk siapkan......
"Kalau awk xsiap juga, esok p jumpa GB ye sayang!!!!..."
Akta ugutan...
Marah pun masih panggil sayang apa!!!!!..

Tiba2 kelas jadi sepi.......
Rupanya  Guru Besar muncul kat depan pintu..
Macam diseru2 lak namanya....
"Kenapa Cikgu Z???????"
Pucuk dicipta ulam mendatang....
(eh...betul ke peribahasa tu.....)

Nasib la korang nak.
Dapat upah sorg sebijik dengan GB.
Lemak berkrim gitu
Cikgu Z tersenggeh2 kt belakang GB.
Bagi isyarat thumb up  kt anak2 yg dpt hadiah roti kering.........
Kejamkan ibu...he.he.he....

Lepas tu masing2 muka cuak jerrr...
Ibu tambah lagi:
2lh, bila cikgu baik, awk pijak kepala....
Bila cikgu garang awk kata mcm singalah, 
mcm mak tirilah, 
mcm mak neneklah........
Cikgu pun xsuka tau marah2 anak orang 
(konon tunjuk baik...)

Masing2 tunduk membisu.
Cuma ada 2 org spesis poyo + xde perasaan.
Tersenggeh2 mcm kerang busuk..
Rasa nk je ibu magikkan mereka jadi sambal ke, budu ke, cencalok ke...
Best gak makan dgn nasi + ulam.....
Alahai..anak...anak...sabo je lah...

Apa pun korang tetap harta yg bernilai buat kami semua.....

Jemput Makan

Hari ni ibu posa lagi.
Bukan posa ganti ye.
Puasa ganti dh abis semasa bulan Syawal lagi.
Puasa sunat, Isnin dan Khamis.
  Selagi masih ada khudrat n upaya.
Puasa sempena Bulan Shaaban.

Saja2 nak tayang makanan.
Manalah tau, kalau dtg kerajinan petang ni boleh goreng mee utk berbuka.

Akhirnya Ibu Temui Penawarnya

Emm......., sedapnya udang galah masak sweet sour..mana tahan ibu tengok aje. Apa lagi, tanpa berfikir panjang aku makan penuh berselera. Keesokkan paginya kepalaku mula pening, bersin tak henti-henti...hingus ,kahak mula keluar dan gatal2 seluruh badan. Aduh..siksanya ibu rasa. Ayah yang jadi mangsa terpaksa bedakkan seluruh badan ibu utk kurangkan rasa2 gatal.... .

Sebenarnya ibu alergi pada makan laut. Itulah hadiah yang ibu dapat bila setiap kali ibu makan makanan laut. Memang tak pernah serik-serik....Puas berubat, rawatan moden, tradisional dan terkadang pergi ke spa buat rawatan namun ianya bertahan hanya sementara. Bila jumpa doktor, senang aje nasihatnya , jangan makan makanan kegemaran ibu itu....eemm, tu yang susah sikit nak ikut....

Akhirnya, suatu hari ibu singgah di sebuah farmasi untuk membeli vitamin C untuk anak2. Sambil itu ibu bersembang dengan tuan punya farmasi itu. Emmm...katanya resdung dan alahan ni tak ada ubatnya... memang kurang kalu ambil ubat tetapi hanya seketika. Ibu minta pendapatnya...dan dengan penuh keikhlasan dia menyarankan agar ibu cuma ambil supliment bawang putih.

Katanya jgn beli yang mahal maklumlah kalau hrga mahal kita hanya mkn sementara aje..sayang duit......bab2 nk beli supliment berkira tapi kalau benda lain sanggup berhabis (itulah ibu..)... So dia menyarankan ibu  makan jenama ni (Garlic Naturalle). Murah katanya....dan pesanan ikhlasnya jangan cepat fed-up. Kalau boleh makan berterusan sepanjang 2-3 tahun. Ternganga mulutku dan terbeliak biji mata..lamanyaaaa. Ibu ni spesis yang cepat fed-up makan ubat. .... Namun ibu beli juga dengan harga RM18.00 sahaja dan tahan untuk hampir 2 bln...memang murah....Farmasi lain menjualnya dgn harga RM35-RM45.......

Bermulalah rutinku...3 pagi, 3 mlm aku telan pil tu.......tiap-tiap hari. Dah bbrapa bulan ibu telan benda tu ttp belum nmpk hasilnya. Setahun berlalu tanpa ibu sedari, ibu dh tidak lagi bersin di pagi hari (sehingga mengejutkan ahli keluargaku..)...kahakku dah tiada dan bisa2 disendi kaki ibu sudah tidak terasa. Dan ada rakan-rakan ibu menegur yang kulit ibu bertambah cerah....emm trperasan jap!!!....


Alhamdulillah..Ibu teramat bersyukur sekali. Bertahun-tahun ibu menderita...dan akhirnya ibu temui penawarnya kini. Terima kasih tak terhingga kepada pemilik farmasi yang berbangsa cina itu yang menyelamatkan ibu...Dan sehingga ke hari ini ibu masih lagi menelan pil2 itu...demi kesihatan ibu.....betullah..bawang putih mmg byk khasiatnya..... Coretan ini sekadar untuk berkongsi apa yang telah ibu temui....



22 KHASIAT BAWANG PUTIH
1. Merangsang minda dan sistem kekebalan 2. Membantu melambatkan proses penuaan.

3. Melambatkan pertumbuhan sel kanser dan risiko terkena kanser dapat dikurangi.
4. Jika diambil secara rutin dalam jangka waktu tertentu dapat membantu menurunkan kadar kolesterol. 5. Zat anti-kolesterol dalam bawang putih yang bernama ajoene menolong mencegah pembekuan darah. 6. Bawang putih dapat membantu meredakan stress, kecemasan, dan tekanan. 7. Bawang putih mengandung vitamin A. 8. Bawang putih mengandung vitamin B. 9. Bawang putih mengandung vitamin C. 10. Bawang putih mengandung kalsium. 11. Bawang putih mengandung potasium 12. Bawang putih mengandung anti-oksidan, karoten dan selenium 13. Menghindarkan dari kemungkinan berpenyakit jantung.
14. Menyembuhkan tekanan darah tinggi
15. Meredakan kembung perut.
16. Menurunkan kolesterol dalam darah
17. Meningkatkan insulin darah bagi pengidap diabetes.
18. Melumpuhkan radikal bebas yang mengganggu sistem kekebalan tubuh
19. Bermanfaat sebagai penawar racun (detoxifier) yang melindungi tubuh dari berbagai macam penyakit.
20. Membantu menambahkan nafsu makan apabila dimakan mentah
21. Menjaga stamina tubuh
22. Mengandung khasiat antimikroba, anti-biotik, hipolipidemik, antiarthritis, hipoglikemik, dan anti-tumor.

About me