Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

11 Julai 2011

Akhirnya Ibu Temui Penawarnya

Emm......., sedapnya udang galah masak sweet sour..mana tahan ibu tengok aje. Apa lagi, tanpa berfikir panjang aku makan penuh berselera. Keesokkan paginya kepalaku mula pening, bersin tak henti-henti...hingus ,kahak mula keluar dan gatal2 seluruh badan. Aduh..siksanya ibu rasa. Ayah yang jadi mangsa terpaksa bedakkan seluruh badan ibu utk kurangkan rasa2 gatal.... .

Sebenarnya ibu alergi pada makan laut. Itulah hadiah yang ibu dapat bila setiap kali ibu makan makanan laut. Memang tak pernah serik-serik....Puas berubat, rawatan moden, tradisional dan terkadang pergi ke spa buat rawatan namun ianya bertahan hanya sementara. Bila jumpa doktor, senang aje nasihatnya , jangan makan makanan kegemaran ibu itu....eemm, tu yang susah sikit nak ikut....

Akhirnya, suatu hari ibu singgah di sebuah farmasi untuk membeli vitamin C untuk anak2. Sambil itu ibu bersembang dengan tuan punya farmasi itu. Emmm...katanya resdung dan alahan ni tak ada ubatnya... memang kurang kalu ambil ubat tetapi hanya seketika. Ibu minta pendapatnya...dan dengan penuh keikhlasan dia menyarankan agar ibu cuma ambil supliment bawang putih.

Katanya jgn beli yang mahal maklumlah kalau hrga mahal kita hanya mkn sementara aje..sayang duit......bab2 nk beli supliment berkira tapi kalau benda lain sanggup berhabis (itulah ibu..)... So dia menyarankan ibu  makan jenama ni (Garlic Naturalle). Murah katanya....dan pesanan ikhlasnya jangan cepat fed-up. Kalau boleh makan berterusan sepanjang 2-3 tahun. Ternganga mulutku dan terbeliak biji mata..lamanyaaaa. Ibu ni spesis yang cepat fed-up makan ubat. .... Namun ibu beli juga dengan harga RM18.00 sahaja dan tahan untuk hampir 2 bln...memang murah....Farmasi lain menjualnya dgn harga RM35-RM45.......

Bermulalah rutinku...3 pagi, 3 mlm aku telan pil tu.......tiap-tiap hari. Dah bbrapa bulan ibu telan benda tu ttp belum nmpk hasilnya. Setahun berlalu tanpa ibu sedari, ibu dh tidak lagi bersin di pagi hari (sehingga mengejutkan ahli keluargaku..)...kahakku dah tiada dan bisa2 disendi kaki ibu sudah tidak terasa. Dan ada rakan-rakan ibu menegur yang kulit ibu bertambah cerah....emm trperasan jap!!!....


Alhamdulillah..Ibu teramat bersyukur sekali. Bertahun-tahun ibu menderita...dan akhirnya ibu temui penawarnya kini. Terima kasih tak terhingga kepada pemilik farmasi yang berbangsa cina itu yang menyelamatkan ibu...Dan sehingga ke hari ini ibu masih lagi menelan pil2 itu...demi kesihatan ibu.....betullah..bawang putih mmg byk khasiatnya..... Coretan ini sekadar untuk berkongsi apa yang telah ibu temui....



22 KHASIAT BAWANG PUTIH
1. Merangsang minda dan sistem kekebalan 2. Membantu melambatkan proses penuaan.

3. Melambatkan pertumbuhan sel kanser dan risiko terkena kanser dapat dikurangi.
4. Jika diambil secara rutin dalam jangka waktu tertentu dapat membantu menurunkan kadar kolesterol. 5. Zat anti-kolesterol dalam bawang putih yang bernama ajoene menolong mencegah pembekuan darah. 6. Bawang putih dapat membantu meredakan stress, kecemasan, dan tekanan. 7. Bawang putih mengandung vitamin A. 8. Bawang putih mengandung vitamin B. 9. Bawang putih mengandung vitamin C. 10. Bawang putih mengandung kalsium. 11. Bawang putih mengandung potasium 12. Bawang putih mengandung anti-oksidan, karoten dan selenium 13. Menghindarkan dari kemungkinan berpenyakit jantung.
14. Menyembuhkan tekanan darah tinggi
15. Meredakan kembung perut.
16. Menurunkan kolesterol dalam darah
17. Meningkatkan insulin darah bagi pengidap diabetes.
18. Melumpuhkan radikal bebas yang mengganggu sistem kekebalan tubuh
19. Bermanfaat sebagai penawar racun (detoxifier) yang melindungi tubuh dari berbagai macam penyakit.
20. Membantu menambahkan nafsu makan apabila dimakan mentah
21. Menjaga stamina tubuh
22. Mengandung khasiat antimikroba, anti-biotik, hipolipidemik, antiarthritis, hipoglikemik, dan anti-tumor.

10 Julai 2011

Anak Sapa La Tu..

Masuk bilik Farouk, konon2 nak kemas.
Bilik si bujang ibu tu dah mcm tongkang pecah.
Tiba terperanjat beruk ibu bila terpandang 2 org 
baby tecik sedang tidur dalam kelambu.
Entah anak sapa la yg diculik oleh Farouk tu....

 Baby tecik sedang tidur dalam kelambu.....


Bila buka kelambu tergelak2 ibu sorang2.
Alahai Farouk, ada ke patut main pondok2 mcm budak-budak perempuan..
Ni mesti akta paksaan dari Kakak Naurah nie.
Habis baju2 lama mereka selongkar buat main pondok2.

Mereka berdua memang xde kawan kat rumah ni
so terpaksa la kawan berdua.
Alahai Farouk...Farouk....

Makhluk Asing

Jumpa video ni..
Best pulak tgk gambar2 anak2 kat dalam tu.
Masa buat video ni masa ibu tengah bersemangat berkobar2..
Tiap kali snap pic mesti buat bnde alah nie..
Xkira siang mlm...
Trkdg smpai larut malam xreti2 nk tidur...
Ayah asyik dok jeling2 bagi isyarat suruh masuk tidur....
Tapi ibu wat2 xfaham jerr..hehehe....

Maklumlah baru balik dari kursus
utk Uled Studio 9 selama 3 hari kt PKG.
Masa tu program ni masih mahai lagi.
Kalu xsilap ibu RM400.
Skrg ni download je dr tenet. 
 

About me