Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

10 Julai 2011

Makhluk Asing

Jumpa video ni..
Best pulak tgk gambar2 anak2 kat dalam tu.
Masa buat video ni masa ibu tengah bersemangat berkobar2..
Tiap kali snap pic mesti buat bnde alah nie..
Xkira siang mlm...
Trkdg smpai larut malam xreti2 nk tidur...
Ayah asyik dok jeling2 bagi isyarat suruh masuk tidur....
Tapi ibu wat2 xfaham jerr..hehehe....

Maklumlah baru balik dari kursus
utk Uled Studio 9 selama 3 hari kt PKG.
Masa tu program ni masih mahai lagi.
Kalu xsilap ibu RM400.
Skrg ni download je dr tenet. 
 

9 Julai 2011

Resepi Ikan Masak 3 Rasa Versi Beby




Hari ni Beby a.k.a Farah Najdah puteri ke 3 ibu ambil tender masak.
Katanya nak masak "ikan 3 rasa"..
Resepi 3 rasa Beby ni simple jerrrr...
Ikut selera mulut dia n adik beradik2nya tu...

Ni resepinya :
Bahan :
1 ekor ikan siakap (gaul bersama garam/kunyit)
1/2 biji nanas-potong kiub kecil
4 biji tomato-potong kiub kecil
2 labu bawang besar-potong kiub kecil
4 ulas bawang putih
4 biji lada besar-potong kecil kecil
(Kalau nk pedas, potong cili padi byk2)
1 senduk kecil sos cili
1 senduk kecil sos tomato
gula dan garam secukup rasa
minyak masak



Cara-cara :
-Goreng ikan sampai masak dan letak dalam pinggan besar.
-Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan lada besar.
-Masukkan nanas dan tomato
-last masukkan sos cili/tomato dan sebuk perasa.
-Dah masak curah di atas ikan yang dah siap digoreng....
lepas tu hiaslah ikut cita rasa masing-masing.
Selamat mencuba!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Berangan...

Petang smlm saja ayah ajak pergi berfoya2 kt Muar.
Xde ke mana pn saja pusing2 kt Muar.

Singgah jap kat Pameran Kereta.
Saja berangan kt situ...
Sebenarnya Ayah nk jumpa kawannya je kt situ....
 Budak yg berangan kt pameran kereta....

 juz gosok2, tenung2, pegang2....

 Dah puas pegang2, gosok2, pegang2....masa utk memandu.....
2 org budak bawah umo berangan memandu kereta.....

 Dah penat pandu uji kereta2 baru kt pameran kereta.. 
Sambil tunggu ayah brsembang dgn kawannya tu, 
perut dh lapar...
Singgah pasar malam pekena KFC tiruan kt situ.
Beli drumstik 6 ketul baru RM12 hinggit..
Besau2 lak tu..
Beli buah longan...2-3 kg....sedap!!!.

About me