Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

10 Julai 2011

Anak Sapa La Tu..

Masuk bilik Farouk, konon2 nak kemas.
Bilik si bujang ibu tu dah mcm tongkang pecah.
Tiba terperanjat beruk ibu bila terpandang 2 org 
baby tecik sedang tidur dalam kelambu.
Entah anak sapa la yg diculik oleh Farouk tu....

 Baby tecik sedang tidur dalam kelambu.....


Bila buka kelambu tergelak2 ibu sorang2.
Alahai Farouk, ada ke patut main pondok2 mcm budak-budak perempuan..
Ni mesti akta paksaan dari Kakak Naurah nie.
Habis baju2 lama mereka selongkar buat main pondok2.

Mereka berdua memang xde kawan kat rumah ni
so terpaksa la kawan berdua.
Alahai Farouk...Farouk....

Makhluk Asing

Jumpa video ni..
Best pulak tgk gambar2 anak2 kat dalam tu.
Masa buat video ni masa ibu tengah bersemangat berkobar2..
Tiap kali snap pic mesti buat bnde alah nie..
Xkira siang mlm...
Trkdg smpai larut malam xreti2 nk tidur...
Ayah asyik dok jeling2 bagi isyarat suruh masuk tidur....
Tapi ibu wat2 xfaham jerr..hehehe....

Maklumlah baru balik dari kursus
utk Uled Studio 9 selama 3 hari kt PKG.
Masa tu program ni masih mahai lagi.
Kalu xsilap ibu RM400.
Skrg ni download je dr tenet. 
 

9 Julai 2011

Resepi Ikan Masak 3 Rasa Versi Beby




Hari ni Beby a.k.a Farah Najdah puteri ke 3 ibu ambil tender masak.
Katanya nak masak "ikan 3 rasa"..
Resepi 3 rasa Beby ni simple jerrrr...
Ikut selera mulut dia n adik beradik2nya tu...

Ni resepinya :
Bahan :
1 ekor ikan siakap (gaul bersama garam/kunyit)
1/2 biji nanas-potong kiub kecil
4 biji tomato-potong kiub kecil
2 labu bawang besar-potong kiub kecil
4 ulas bawang putih
4 biji lada besar-potong kecil kecil
(Kalau nk pedas, potong cili padi byk2)
1 senduk kecil sos cili
1 senduk kecil sos tomato
gula dan garam secukup rasa
minyak masak



Cara-cara :
-Goreng ikan sampai masak dan letak dalam pinggan besar.
-Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan lada besar.
-Masukkan nanas dan tomato
-last masukkan sos cili/tomato dan sebuk perasa.
-Dah masak curah di atas ikan yang dah siap digoreng....
lepas tu hiaslah ikut cita rasa masing-masing.
Selamat mencuba!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

About me