![](http://dl9.glitter-graphics.net/pub/989/989369nkhwxrd6yq.gif)
Hari Isnin hujan lebat + ribut melanda kt BG ni.
Bersyukur kehadrat ilahi kerana dah lama cuaca panas melanda.
Dalam kesyukuran tu ada peristiwa sedih berlaku.
Kisah 2 makhluk Allah yang menghuni belakang rumah ibu.
Kisah 2 ekor anak kucing yg baru lahir dibawa arus deras.
Seekor anak kucing tu tergolek2
dibawa air dan terus masuk ke dalam longkang besar.
Terus tenggelam entah ke mana.
Si adik kucing pula terkapai2 kelemasan.
Sempat farouk selamatkan dan letak di atas kaki lima belakang rumah.
Tiba2 je si adik kucing tu terjatuh melalui lubang kecil kaki lima ke dalam longkang.
Sedihnya masa tu.
Kami hanya mampu memandang anak kucing tu dibawa arus deras.
Farouk dan Kak Nana dh bergenang airmata.
Teresak2 mereka berdua menangis....
Hati ibu sayu melihatkan anak kucing tu terkapai2 seolah2 meminta tolong.
Tapi apakan daya, longkang itu dalam dan arus sangat deras
kerana masa tu hujan memang lebat + petir sabung menyabung.
Sejak peristiwa itu ,3 mlm itu mimpikan anak kucing tu.
Terbayang2 dimata si anak kucing itu merenung ibu.
Rasa amat bersalah dan terkilan yang amat sangat kerana kami
xmampu menyelamatkan
2 nyawa makhluk Allah itu.