Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

25 April 2011

Selalu Kena Pantau....

Nak buat homework mmg kena pantau.
Nilah sikap bujang ibu sorang nie.
Mmg xboleh dibiarkan.
Kalu tidak mmg syok la dok lepak bawah ketiak sambil layan Astro Ceria.
Siap baring2 bagai mcm xde apa2 masalah....
Ikutkan hati ibu ni mmg berasap + terbakar.
Agaknya Ayah xde perasaan marah ke pada dia ni.
Asyik ibu yg naik hangin.
Alasan:
"Farouk tukan kecik lagi".....

Kecik kata ayah.
4 Farah tu sejak tadika sampai le ni xpayah ibu semak beg mrk..
Tau tanggungjawab buat homework sndiri tanpa kena suruh.
Kecik la nk kena displinkan dia.....
Kalu dh besar susah la....

Ibu sdg memantau Farouk buat HW.
Ayah dh xsenang duduk cz sibuk dok ajak Farouk p kedai.
Kejap ke dapur, jap ke luar..jap jengah ke bilik farouk...
Ayah ni mmg kalu nk p kedai mesti nk heret anak ikut sama.
Buat teman katanya....
Malam ni xde la nk heret farouk n akhirnya Naurah n Beby jadi mangsa.
Kena jadi bodyguard Ayah p kedai...hi....

tengok hasil tangan halus n mulus farouk.
Alahai....tah apa kebenda la dia lukis tu.
MENAKUTKAN!!!!!!!!!!!!!!!!
Kalu hantu tgk pn confirm lari.....

 dan tulisan farouk tidak memuaskan hati ibu.
Kenapa la tulisan farouk camni..
Nk jadi doktor ek!!!!!
Maaf hanie, jgn mare..!!!!!!

Pagi tadi sibuk dok bertenggek kt katil ibu.
pagi2 dh hafal sifir cz hari ni dia kena ketuai bacaan sifir kt tapak perhimpunan Tahap 1.
Punyalah dia exited
Setakat ni dia dh hafal sifir smpai 7...
Entah bila dia hafal cz bila ibu cuba2 uji laju gak la dia jwb....

HomeMade Pizza......

Petang weekend ibu xde xtvt cz ayah ada.
So ayah la jadi drive anak2 p kelas taekwando.
Angah trpaksa direhatkan cz kakinya masih belum pulih sepenuhnya.
Terlanjur angah ada smptlah ibu buli Angah.
Antara 4 Farah, Angah la yg palingggggggggg...
xminat masak..!!!!!keh..keh..keh..
Jgn mare angah..mmg kenyataan!!!!
So nk xnk dia kena masak utk kami utk minum petang.
Bukan suruh uli tepung pun.
Sekadar wat "pizza sardin" je.
Senang aja tu.....

 tabur2 je stok yg ada dalam peti ais tu...
Pastu tu masuk oven....
TING!!!!!!!!...dh siap 3 biji pizza sardin!!!!!.

 pizza 1 siapppppppppppp.....

 pizza 2 siap!!!!!!!

 pizza 3 siapppppppp!!!!!

Kenapa sampai 3 biji pizza?????
Anak2 ramai mana cukup 1 pizza.
Kalu sebiji jawabnya xmerasa la ibu n ayah!!!!!

Meh share resepi:
Inti pizza
1 tin sardin-buang kuahnya n dilenyek2
2 biji tomato-dihiris nipis2
1 biji bawang besar
1 biji limau nipis
4 sudu besar mayonis
keju-angah cuma cincang "chesdale"
daun bawang dipotong
sosej (kalu nak masukkan)-potong nipis.
Doh:
Macam nk wat donut ttp bakar terlebih dahulu sebelum masukkan inti di atas.

Cara2:
1. Sardin yg siap dilenyek + perahan limau nipis + hirisan bwg + 4 sudu mayonis digaul sebati.
Letak pada doh yg dh siap dibakar.
Taburkan tomato, daun bawang, sosej, dan hirisan chesdale.
Bakar dlm 10 min dengan suhu 130 darjah celcius...

p/s:
Mohon dr teman2 blogger utk berdoa utk salah seorg cousin rakan maya ibu Syahadah yg masih diICU setelah terlibat dlm kemalangan....

24 April 2011

Kerana Angah...........

Hari Sabtu petangnya pergi ke sekolah 3 Farah.
Ada Mesyuarat Agung PIBG n Hari Anugerah Kecemerlangan.
Kalu ikutkan hati malas sgt nk pergi.
Tapi kesian lak kt Angah cz hari ni diadakan serentak
Anugerah Pelajar Cemerlang PMR, SPM n STPM.....
So pergi la juga.
Hari ni hari kemuncak cz anugerah  dalaman dh dibuat.

Ikutkan program Anugerah Pelajar Cemerlang akan berlangsung 
after ucapan dr dif2....
Bila tang VIP berucap, ibu dh rasa migrin.
Farouk dh siap tidur terngangga kt sebelah ibu.
Ibu bapa pn dh mula gelisah.
Masing2 dh bersembang sesama sendiri.
Bukan apa, dh la lambat sampai,
ucapan lak pjg berjela....
Redha jelh.
Lepas selesai Majlis Anugerah ibu terus blah.
Dah xtunggu mesyuarat cz dh pukul 5 ptg Mesyuarat belum lagi mula.
Asar belum solat.
Ikut jadual pukul 4 ptg dh mula.....
Bayangkan mesyuarat tu abis maunya dkt Maghrib......

 persembahan murid : coral speaking n koir....

 snap dari jauh masa angah terima anugerah pelajar cemerlang PMR 2010.
Segan nk ke depan..gambar pn kabur cz kelam kabut je snap.....

 kat rumah paksa angah posing....

 Angah dh bosan...dh mula tutup muka.....

 cenderahati n sijil Angah..
Kiranya hadiah besday angah gak la ye.....

About me