Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

25 Mac 2011

Mee Sup a.k.a Sooun Sup.....

Perut lapar tapi selera masih kurang.
Tiba2 teringin nk makan meehon sup.
Sup ayam + bebola daging dah ada cz smlm masak sup untuk lunch anak2.
Meehon lak xde, so sebagai alternatifnya ibu goreng "sooun" 
dalam minyak yg panas sampai kembang n rangup.
Kemudian curahkan kuah sup kt dalamnya.
Sempat la jamah 2-3 sudu.
Lastnya Along yg tukang abiskan.....

 berapa byk bebola daging tu.....

24 Mac 2011

Pujuk Tekak!!!!

2-3 hari ni selera makan agak berkurangan.
Semalam terlanjur balik sekolah lalu kt depan kedai kek.
So belilah bbrapa potong kek nie...
Sekadar nk pujuk tekak yg xbrselera nk menelan makanan.

 2 potong kek coklat pilihan angah n along...

 untuk ibu...
dan untuk ibu lagi...tamak sangat..
Yang pasti anak2 yg abiskan cz ibu makan cuma sepotong jerrr....
 untuk Naurah n Farouk.....

untuk kakak nana..

Untuk Ayah????????
Ayah xsuka makan kek!!!!!!

p/s:
Terima kasih teman di atas sokongan n kata2 semangat serta doa2 kalian...
Rasanya ibu bertambah kuat n tabah lalui semua ini berkat sokongan n doa kalian....

23 Mac 2011

Alhamdulillah....

Hari ini ibu rasa ok sikit dari hari2 semalam.
Keadaan emosi dh agak tenang cikit.
Mungkin keadaan ibu agak bertambah stabil.
Sebenarnya last week ibu berpeluang berubat dengan 
Darul Syifa.
Dan masih mengamalkan apa yg dibekalkan....
Dan setiap kali ibu pergi berubat,
yang pastinya sakit ibu akan makin teruk.
Badan ibu akan jadi lemah,
Xbermaya,
Semangat pudar..
Setiap sendi ibu seakan2 dicucuk jarum2 yg tajam..
Seolah2 macam sesuatu sedang melawan...
Semasa proses berubat dijalankan,
sakitnya xboleh nk ibu ceritakan.
Bagai dicucuk dgn paku yg tajam disetiap sendi2, mata n telinga....

2 yg membuat ibu hampir berputus asa utk pergi berubat w.pun 
ayah xjemu2 membawa ibu ke mana saja yg kawan2 syorkan...
ibu dh xdaya melawan kesakitan demi kesakitan.
Malah kesakitan tu makin xtrtanggung setiap kembalinya ibu dr berubat.
Dan menurut tempat2 yg ibu pergi berubat, kesakitan 
yang ibu alami tu akibat dilawan balik oleh seseorg yg " menghantar" pd kami.

Seminggu ibu cuba melawan dan rasanya hampir tewas.
Dan semalam ibu pergi lagi berjumpa dgn seorg Ustaz.
Sebelum melangkah keluar bnyak halangan yg mendatang.
Ibu kuatkan juga melangkah...
Sedih bila mendengar kata2nya..
"Mungkin Benda yg dituju tu dh sebati dlm diri ayah n ibu".
Sedih memikirkan ttp kami akan tetap berikhtiar.
Sokongan dr keluarga n kawan2 menguatkan kembali semangat ibu yg hampir berkubur.
Dan segalanya ibu berserah pada takdir yg Maha Esa.

About me