Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

28 Februari 2011

Tenangkan Fikiran di MB

Malam selepas kejadian Misteri Nusantara,
ibu bawa anak2 ke Marry Brown.
Sebenarnya cuba tenteramkan hati dan perasaan ibu juga.
Yelh, kejadian yang berlaku hampir serentak di dua tempat yang berbeza
bisa menyentap hati n perasaan ibu.
Jiwa mana yg xterkesan dgn kejadian misteri sebegitu.
Terkena pula pada anak sendiri....

Beby masih lemah n xnk ikut serta so
terpaksa ayah temankan dia di rumah.
Ayah pn terpaksa membatalkan mesyuarat di KL gara2 Along n Beby.
Risau melihatkan keadaan mrk berdua.....

Beby juz pesan chicken porridge cz 
seharian dia xselera nk makan n badan masih terasa lemah.
So after solat maghrib
ibu bersama Along, angah, naurah n Farouk ke sana.
Xjauh sgt dr rumah.
Lebih kurg 0.5 km je.
Lepas mkn ibu singgah jap kt Mobile Fair yg baru 2 hari berlangsung.
Ada jualan hp n kamera berjenama n murah2.
Pergi jap je cz ramai sgt org.
Lagi pn tgh xde mood.......

 menu yg kami order: 
prosperity combo, 2 set chicken porridge, value meal chick mushroom.
 sambil makan sambil berFB.....

 Naurah berselera je makan ttp xabis pn......

Farouk nk makan chic porridge ttp terpaksa share dgn kakak...tu pn xabis......

27 Februari 2011

Mee Siput Muar

"MEE SIPUT"
Kalu org Muar/Ledang or orang Johor mmg kenal la dgn mee siput nie.
Rasanya mee siput berasal dr Muar.
Kalu tempat lain ibu xpasti ada ke tidak cz kt Kelantan mmg xde.

First time jejak kaki ke Johor selepas kahwin pn ibu pelik
tgk mee nie cz ianya keras sgt2.
Biasanya biasa sebut je mee mestilh digoreng ke or dibuat sup
tapi mee siput ni rupanya sejenis keropok.
Yg belum masak mmg keras la.
Buat baling kucing pn boleh mati.

Mee siput perlu digoreng dgn minyak yg panas
mcm keropok, barulh boleh dimakan dgn sambal tumis.

nilh rupa mee siput yang belum digoreng..keras!!!!!

Kalau nak goreng pastikan minyak yang panas macam goreng keropok.
ni yang dah siap ibu goreng..nk goreng kena hati2 cz mee ni meletup2.....

kalu nk makan kena masak sambal tumis dulu......

sedia utk dimakan. 
Kalu xbiasa mmg rasa pelik la jugak ttp bila dh biasa mkn mmg sedap.
Sedar xsedar, abis 2-3 keping dimakan...SEDAP!!!!!!
Kat kantin sekolah n kat tepi2 jln memang ada dijual mee siput yg dh siap dimasak bersama sambal tumis.
Sekeping dijual 30sen-40 sen.

Jumaat yg penuh dgn Misteri Nusantara

Story 1
Seperti yang ibu janjikan nk wat n3 ttg Misteri Nusantara yg blaku semasa 
Majlis Maulidur Rasul.
Nk kata seram xdelh sangat ttp ianya amat2 menganggu perjalanan majlis kami.
Sejak Khamis dewan dh siap di kemas utk majlis.
Pagi2 Jumaat sekali lagi dewan dipantau.
LCD ok, mikrofon ok, lap top ok n semuanya brfungsi dgn baik.
Semua berfungsi dgn baik........

Lebih kurg pukul 8.30 penceramah  jemputan, Ustaz H tiba.
Bila penceramah tu masuk je dewan,
tiba2 LCD terus xbrfungsi.
Yelh, kiranya mcm kesilapan teknikal biasa2 jelh.
Puas juruteknik dibantu ibu n rakan2 dok godek sana sini ttp masih xbrjaya.
Lama jugaklh kami dok mencuba namun tetap xbrjaya.

Tiba2 Ustaz H volunteer nk bantu.
Tnpa byk kerenah, bila dia pegang je,
LCD brfungsi dgn baik
Lega seketika kami rasa.

Dan pengacara majlis yg lama menunggu terus memulakan acara.
Baru sepatah dua brucap tiba2 mikrofon lak buat hal.
Terus xbrfungsi.
Majlis trgendala lagi.
Ibu tgk Ustaz H mcm org gelisah.
Jap buka songkok n jap pakai..brkali2.
Tiba2 cikgu A kt sebelah ckp bulu romanya meremang.
Ibu pn dh rasa lain mcm ttp buat2 xtau jerr..
Tiba2 Ustazah Z pula ckp bulu romanya meremang.

Dh brsusah payah mencuba ttp masih xnk brfungsi so guna altenatif lain.
MC guna haler....
Tiba2 lap top Ustaz H seolah2 di"off"kan oleh sesuatu......
Bila ibu tanya Ustaz H mayb bateri dh abis
ttp menurut Ustaz H bateri laptopnya 
baru dicas n masih penuh.

Dan bila tiba giliran GPK 1 berucap,
tiba2 dia seolah2 lupa teks.
Nama Guru Besar pn dia boleh lupa.
Berucap pn dgn nada tersekat2 n xlancar....
Kami saling brpandangan.
Pelik n hairan......

Dalam keadaan penuh misteri..
Majlis diteruskan juga.
Ustaz H tetap brceramah w.pn byk ujian demi ujian menganggu.
Dan diakhir majlis n semasa brselawat tiba2 tanganUstaz H 
seperti menolak sesuatu.
Lama juga dia brkeadaan begitu.....

Rupanya mmg betul ada sesuatu sdg mengganggu perjalanan majlis hari itu.
Menurut Ustaz H (seorg Guru n pengamal perubatan Islam),
ada makhluk sedang brdiri dipenjuru dewan....
Selesai majlis, rupanya kebykkan guru/staf yg brada di dewan merasai 
sesuatu yg ganjil berlaku cz masing2 
dpt merasai seperti yg ibu, cikgu A n Ustazah Z rasai.....

Story 2
Baru beberapa saat ceramah bermula ibu terpaksa meninggalkan 
dewan kerana rasa mcm xselesa brada lama di situ.
Ibu ke bilik akses diikuti oleh juruteknik ICT.
Mungkin dia pn ada rasai sesuatu.

Dan dalam masa yg sama Along n Beby diserang histeria kt sekolah.
Dah 1 minggu sekolah 3 Farah diganggu dgn kejadian ini.
Dh hampir 1 minggu Beby mengadu diikut oleh sesuatu.
Ttp ibu xendahkan cerita2 Beby tu.
Setiap kali Along, angah n Beby brcerita ibu hanya membisu.
Yelh, kita xalami sndiri n rasa mcm antara percaya dan tidak.
Dan tiba2 Along, Beby n lbh kurg 30-50 org pelajar
(angka ni ibu xpasti ttp ramai yg kena)
yg diserang histeria semasa perhimpunan dan di dewan sekolah....
Baru ibu rasa trkedu......
Dan yg peliknya hp ibu langsung xbrdering semasa ayah n angah call ibu.
Msa tu ibu brada di dewan SK yg sdg dilanda misteri gak....
Masa tu ayah dh brgegas ke sekolah 3 Farah bila terima panggilan dr gurunya.
Sampai ayah dh tiba ke rumah brsama Along n Beby
pn ibu masih xtahu kejadian tu brlaku pd anak2 ibu.
Dan bila abis majlis jamuan baru telefon ibu brfungsi.
Sedihnya ibu rasa cz xbrada disisi mrk disaat camtu.
Berkali2 along memanggil ibu...ibu...nk ibu...nk ibu.....
Hu.hu.hu...mmg keadaan mrk sgt2 teruk......

Sesampai di rumah ibu lihat
Ayah, along n Beby terbongkang tidur di ruang tamu....
Sedih......

Tunggu kisah/n3 "Misteri" disebalik kejadian di SK 3 Farah......

About me