Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

22 Februari 2011

Tempat Persinggahan.....

Sekarang ni cuaca betul2 panas.
Haus je rasa tekak.
Dan bila dh tekak rasa mesti nk cari sesuatu yg boleh menyejukkan.
Gerai tmpt jual jambu batu tmpat yang akan ibu tuju every day.
Gerai ni lak OTW masa nk g jemput 3 Farah tu.
Mau xsinggah bila air jambu + buahnya yg sntiasa mengoda pandangan ibu.

So hari2lh ibu melabur kt sini.
Tiap kalu singgah mmg terbanglh RM10++.
Maklumlah rakyat jelata ramai.
Kalu sebulan X RM10 =  congak sndiri k......


oooooo...xsabar nk balik n singgah beli air + jambu ni lagi.....


Mengidam Donat....

Bukan ibu ye yg mengidam ttp Naurah n Beby.
Dah beberapa hari Naurah sibuk dok sebut nk makan donat.
Dan ayat2 yg bisa buat hati ibu cair:
"Lama dh ibu xbuat donat...Donat ibu the best tau..."
"Xmacam yg beli kt kedai tu......"
Hu.hu.hu....

Ibu faham Naurah nk makan donat yang ibu buat ttp
tahap kemalasan n kesibukkan ibu seminggu dua nie buat ibu
xde mood.
Setakat masak rutin tu mmg kena la 
w.pn sibuk ke, penat ke, xde mood ke..
Tapi bab2 nk buat kuih nie ibu agak bercinta la sikit...hu....

Nasib baik ada org volunteer nk buatkan.
Sapa lg kalu bukan Beby a.k.a Farah Najdah ni.
So ayah jd mangsa p beli mauripan kt kedai cz dh xde stok kt rumah.

Dan dengan gigihnya mulalah operasi menyepahkan dapur ibu.
Awal2 ibu dh warning.....
"Siap kerja, kemas dapur n basuh semua alatan tu ok....."
Akta paksaan yg mmg ibu selalu gunakan....

step 1- tekat donat guna gelas je...wakaka.....

step 2- buat lubang kt tengah guna batang benang yg dh abis tu......

step 3- dah siap tunggu utk digoreng...tgk tu, mcm2 saiz ada...tibai jelh..
Angah tukang goreng......

step 4-Tara......dh siap....

step 5- Naurah buat donat coklat...1 utk Naurah, 1 utk ibu n 1 utk Farouk..
along, angah n kak nana sila wat sndiri ye.....

Ulasan hakim a.k.a ibu.:
Emmmmmm...mmg sedap.
Gebuzzz, lembut, sedap....
Ibu bagi A+++ utk Beby..
Pssstttt!!!! bila Beby nk masak pizza lak!!!!!

21 Februari 2011

Budak Ini....

Kali ni ibu nk wat n3 ttg budak sorg ini.
Budak yg lahir sebagai anak ke 3 mcm ibu...
Dan sbb tu agaknya kami berdua agak x serasi...
Mungkin punya sikap n perangai yg lbh kurg sama.
Alah, mcm magnet...kutub yg sama saling menolak.....

Farah Najdah a.k.a Beby, puteri ke 3 ibu.
Mmg jarang sangat ibu wat n3 ttg 3 Farah nie...
This year giliran Beby pula ambil PMR.
3 thn berturut2 anak2 ibu ambil PMR.
Dan antara along, angah n beby amat berbeza.
Beby ni agak terlebih penyakit "M".
Risau ibu dibuatnya.

Dia suka study last minute.
Dan ibu tahu sejak di sekolah rendah lagi Beby 
pn menunjukkan potensi cemerlang dlm pelajaran.
Dalam setiap exam, result dia xpernah mengecewakan ibu.
Dia tetap berada dalam senarai TOP 3
Mmg dia punya IQ yg tinggi .
Mudah menerima setiap apa yg baru dipelajari.
cuma dia xbegitu tekun mengulangkaji pelajaran....

Cuma yg memeningkan ibu sikap Beby ni.
Ibu ingatkan penyakit "M" Beby xtrbawa sehingga ke sekolah menengah.
Rupanya masih ada bersisa.
Bila nk exam je ibu terpaksa buat senaman mulut.
Suruh baca..baca...n baca.....
Study...study...n study....
Sedari kecil, Beby agak tomboy.
Suka buli kawan2 dan penyelamat along n angah di sekolah.
Kalu along or angah mengadu dibuli, siaplh org yg membuli.
Pasti akan kena balasan dr beby.....

Dalam sikap yg ala2 tomboy tu,
Beby nie minat memasak.
Cakap je resepi apa, pasti xmengecewakan.
Air tangannya akan menghasilkan hidangan yg sedap secukup rasa.
Ibu pn pelik bila dia punya minat n sikap yg berbeza.

Bila bersua cikgu2 3 farah ni...
Akan terkeluarkan kata2:
"Lain ek perangai Najdah dgn kakak2nya ye..."
Lainnya tu cz Along n angah agak pendiam di kelas.
Lebih tumpuan n control ayu.
Matang...
Beby lak trlebih friendly.
Agak byk brcakap.....

Result terkini utk monthly test......
Bahasa Melayu 90%-A+

 Bahasa Arab 86%- A

 Science 92%-A+

Bahasa Melayu 90%-A+

 Mathematics 87%-A

 Geografi 72%-B
Perdagangan & Keushawanaan 71%-B

Setakat ini Beby dapat 7A 2B....
Dalam ketidak tekunan tu Beby masih mampu meraih kejayaan.
Cuma ibu terkilan cz mungkin Beby boleh meraih kecemerlang yg lebih baik n
mungkin boleh mengatasi kecemerlangan along n angah.....
Doa n harapan ibu agar Beby berubah sikap.
Menjadi lebih rajin ulangkaji.
Dan terus cemerlang dalam pelajaran...
AMIN......

About me