Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

3 Februari 2011

Chatting Terkini ibu dgn Muhd Khairul Anuar di MESIR


Kak : salam yu...lega rasa hati kak..
7:49pm
Khairul: still di zagazig sampai ke saat2 ini cuba bayangkan..........nantilah,kalau u berjaya sampai ke malaysia banyak u nak citer.hihihihih
7:49pm
Kak: cuma saat nie kak n family xputus2 brdoa utk yu....byk kali kak call ttp diblok...
bila masanya yu akn brtolak ke cairo??? n camne dgn mknan..masih ok??
7:50pm
Khairul: itulah....aminnn2.......hr ni br dapat online kat CC..sejam lg berkumpul nak ke Cairo......hrp2 berjaya semua perjalanan ke malaysia...hrp2 sampai di malaysia/////amiin2.
bas yg dihantar kedutaan agaknya satu ke dua jer kot.....lepas hantar budak tahun satu ke cairo,datang balik amik....ikot turn....
tak leh imagine.......
7:52pm
Kak: Insyallah yu, semua waris brusha n menekan krajaan msia bw blk kg msia..yu jgn risau..yg pnting yu selamat..mmg ikut turn ttp mrk jamin semua selamat..tiap masa kak ikuti prkmbngan..
7:52pm
Khairul: insyaAllah...u yakin ngan doa2 family semua
7:53pm
Kak: ye yu....siang mlm kami xputus2 brdoa..bagaimana keadaan yu disana gitulh kami kt sini...
7:53pm
Khairul:itulah...u sgt2 tahu,semua sgt2 risau
doa2...
7:54pm
Kak: ye yu..jenuh kak call ttp pak arab yg jwb..kak risau sgt masa tu...xputus2 bristifar..nk mkn pn xlalu...
7:55pm
Khairul: memang.....line makan line agaknya
7:55pm
Kak: xpelh yg pnting yu selamat n msh boleh mkn....
7:55pm
Khairul: semua dah bercelaru......topup yg rm 10 jd rm 15..itu pun setiap org kene beli dua..itu pun kedai2 tuu jerrrr ada......
makan ok....still boleh
jgn risau\
insyaAllah ok
cuma u kene bersiap lah...apa2 kemungkinan
7:56pm
Kak: Alhamdulillah....ni pn kak tgh ok dngar berita...mlm ni penerbangan prtama tiba d jeddah....
7:57pm
Khairul: sekarang kat sini dah kul 2 ptg..perintah berkurung kul 4ptg...semalam 24jam
darurat....br dapat rasa
itupun kerajaan nak berlengah2
nanti balik..banyak la nak citer....hihi
7:59pm
Kak: xpelh sekurg2nya jd pnglman brharga..jap lg kak nk call beritahu mama n semua....ma risau sgt.....yelh kami pn dh xsabar nk tunggu yu blk...ada rahmat sebalik semua nie...
7:59pm
Khairul: ok....doa2lah perjalanan
8:00pm
Khairul: Insyallah.....yu pn kena byk brselawat n bristifar.....insyallah yu selamat..
faizzudin ghazali: TERKINI : Maklumat daripada Bilik Gerakan Kedutaan

1. Kos perjalanan Kaherah - Jeddah ditanggung oleh pihak kerajaan
2. Sara hidup sepanjang di Jeddah ditanggung oleh pihak kerajaan.
3. Kos untuk pulang ke Malaysia dengan kapal TLDM yang ditanggung oleh pihak kerajaan. Kapasiti muatan seramai 500-600 orang sahaja.
4. Perjalanan Jeddah - KL dengan tanggungan sendiri
5. Perjalanan Jeddah - Cairo juga dengan tanggungan sendiri
*pengumuman kerajaan dgn maklumat yg diperolehi bercanggah??????sedang tunggu dan lihat penguman terkini.......
Maklumat diperolehi daripada Encik Wan Ahmad Tarmizi Wan Idris Sekretariat Evakuasi, melalui panggilan telefon pada jam 12.48pm waktu Mesir
Last message received on 03/02 at 02:15 مBookmark
8:14pm
Kak: xpolh yu yg pnting yu slmat kluar..ttp hok trkini semua krjaan yg tnggung...yu jgn risau ttg tu...
8:14pm
Khairul: dah nak berkumpul.....wasalm
8:14pm
ok..take care.....

lebih kurang setengah jam lagi Muhammad Khairul Anuar dan pelajar University Zagaziq akan diangkut keluar secara berperingkat ke Cairo...Doakan keselamatan dan kesejahteraan mereka....

2dy is Naurah Besday!!!!

Selamat Ulang Tahun ke 11 utk Farah Naurah.
Doa ibu serta keluarga agar Naurah membesar dengan sihat..
Menjadi anak yang pintar, solehah dan dapat menyenangkan
hati orang2 disekelilingnya.

Dan sepanjang 11 tahun Naurah wujud di dunia ini...
Ibulah orang yg paling bertuah kerana dikurniakan seorang anak
yang pintar, baik, xbanyak kerenah dan lemah lembut.
Xpernah membantah dan sangat mendengar kata.
Dan sesungguhnya ibu amat bangga kerana memiliki
permata yg begitu berharga....
Syukur ibu kepada ALLAH di atas pemberian ini.
Ibu berdoa agar Naurah berjaya dunia dan akhirat...
Amin.....


kek yg ayah sponser...beli sejak kelmarin cz risau 2dy kedai tutup.....

Farouk yg suka menempel.....

hanya acara potong kek jerrr.....
Juga slamat ulang thn juga utk cousin Naurah, nabhan yg pertama..
Mrk brkongsi hari yg sama...kalu xsilap ibu la......


perkembangan Muhammad Khairul Anuar di Mesir:
Adik ibu (Ahmad Zakimi ) hubungi adik yu supaya bersiap sedia w.pn dia belum dpt sebarang maklumat dr pihak kedutaan.
Masih tiada apa2 arahan yg dia terima.

Skrg kami terpaksa sntiasa berhubung dgn wisma putra utk dptkan maklumat.
Semoga semuanya selamat.....

2 Februari 2011

Setelah didesak n keadaan terdesak, baru bertindak...


3 Pesawat TLDM Berlepas ke Mesir

KUALA LUMPUR 2 Feb. – Tiga pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijadual berlepas ke Mesir tengah hari ini bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di negara itu. Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata, pesawat tersebut akan turut membawa bekalan makanan bersama mereka.
"Pukul 12 (tengah hari) ini tiga pesawat milik TUDM akan berlepas dari Kuala Lumpur. “Macam-macam makanan mereka akan bawa sekali dalam pesawat tersebut seperti beras, sardin, minyak masak, rempah kari, tepung dan lain-lain lagi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Katanya, kerajaan juga berusaha mendapatkan visa sementara khas daripada kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan pelajar yang berada di Mesir dipindahkan ke Jeddah sebelum dibawa pulang.
”...Sebab kita nak keluarkan pelajar kita ramai sangat. Jadi kita nak bawa mereka ini ke Jeddah dulu,” katanya. Dilaporkan terdapat kira-kira 11,000 rakyat Malaysia di negara itu dan daripada jumlah tersebut 7,000 adalah pelajar. – Bernama

Bayangkan baru hari ini MALAYSIA baru memulakan misi mereka.
Setelah rakyat negara lain dh terselamat kembali ke tanah air.
MALAYSIA baru nk mula.
Atas ihsan TLDM n TUDM.
Penerbangannya bukannya sampai
sejam dua....
Tetapi memakan masa.
Dan setiap saat nyawa mrk dihujung tanduk....

Alasan yg xmunasabah.
PELAJAR MALAYSIA RAMAI SANGAT???????
Perlukan kata2 itu diucapkan.
Setelah keadaan makin kritikal dan terdesak.
Baru nk memunggah....
SALAH SIAPA???????

Sudah kering airmata kami,
Sudah jenuh kami mengemis...
Merayu2......
Meminta2......
Menagih simpati....
Memohon agar membuka sedikit rasa belas ihsan..
Rasa simpati di dalam hati..

Kalu kami mampu membawa mrk pulang.
pasti kami tidak akan menagih simpati.
kami akan usahakan..
Walau dgn cara apa sekalipn.....
Tapi..............

W.pn mungkin tiada anak "mereka" di sana.
tapi nyawa anak2 rakyat MALAYSIA...
Yg umpama dihujung tanduk.
Dan mungkin mrk bangga kalu dapat membawa pulang sekujur jasad
yang dh xbrnyawa.
Mungkin itu yg mereka inginkan!!!!!!

Perkembangan terkini
MUHAMMAD KHAIRUL ANUAR...
Sudah kehabisan bekalan makanan.
Namun tidak ada seorang pn yg memantau.
Apatah lg brtanya khabar.
Berdua dibilik penginapan.
Dalam kebingungan....
Dan seorg sepupu ibu
terputus hubungan 1 minggu sudah dgn keluarga...

Dan bila seorg adik ibu ,Ahmad Zaki terpaksa bertindak...
Menapak ke Wisma Putra..
Ingin bertanya khabar n perkembangan dari sana....
Katanya Khairul Anuar perlu menunggu giliran.
MUNGKIN 5.2.2011 baru diberi bantuan.
Ya Allah...bagaimana dia boleh meneruskan hidup di sana.
Terkurung tanpa bekalan makanan.
Hidup dlm ketakutan n tekanan.

Dan sesungguhnya ibu terlalu KECEWA dgn sikap org2
seperti ini....
Skrg lihatlah!!!!!
SIAPA KITA SEBENARNYA DI HATI MEREKA!!!!!
.

About me