Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

2 Februari 2011

Setelah didesak n keadaan terdesak, baru bertindak...


3 Pesawat TLDM Berlepas ke Mesir

KUALA LUMPUR 2 Feb. – Tiga pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijadual berlepas ke Mesir tengah hari ini bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di negara itu. Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata, pesawat tersebut akan turut membawa bekalan makanan bersama mereka.
"Pukul 12 (tengah hari) ini tiga pesawat milik TUDM akan berlepas dari Kuala Lumpur. “Macam-macam makanan mereka akan bawa sekali dalam pesawat tersebut seperti beras, sardin, minyak masak, rempah kari, tepung dan lain-lain lagi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Katanya, kerajaan juga berusaha mendapatkan visa sementara khas daripada kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan pelajar yang berada di Mesir dipindahkan ke Jeddah sebelum dibawa pulang.
”...Sebab kita nak keluarkan pelajar kita ramai sangat. Jadi kita nak bawa mereka ini ke Jeddah dulu,” katanya. Dilaporkan terdapat kira-kira 11,000 rakyat Malaysia di negara itu dan daripada jumlah tersebut 7,000 adalah pelajar. – Bernama

Bayangkan baru hari ini MALAYSIA baru memulakan misi mereka.
Setelah rakyat negara lain dh terselamat kembali ke tanah air.
MALAYSIA baru nk mula.
Atas ihsan TLDM n TUDM.
Penerbangannya bukannya sampai
sejam dua....
Tetapi memakan masa.
Dan setiap saat nyawa mrk dihujung tanduk....

Alasan yg xmunasabah.
PELAJAR MALAYSIA RAMAI SANGAT???????
Perlukan kata2 itu diucapkan.
Setelah keadaan makin kritikal dan terdesak.
Baru nk memunggah....
SALAH SIAPA???????

Sudah kering airmata kami,
Sudah jenuh kami mengemis...
Merayu2......
Meminta2......
Menagih simpati....
Memohon agar membuka sedikit rasa belas ihsan..
Rasa simpati di dalam hati..

Kalu kami mampu membawa mrk pulang.
pasti kami tidak akan menagih simpati.
kami akan usahakan..
Walau dgn cara apa sekalipn.....
Tapi..............

W.pn mungkin tiada anak "mereka" di sana.
tapi nyawa anak2 rakyat MALAYSIA...
Yg umpama dihujung tanduk.
Dan mungkin mrk bangga kalu dapat membawa pulang sekujur jasad
yang dh xbrnyawa.
Mungkin itu yg mereka inginkan!!!!!!

Perkembangan terkini
MUHAMMAD KHAIRUL ANUAR...
Sudah kehabisan bekalan makanan.
Namun tidak ada seorang pn yg memantau.
Apatah lg brtanya khabar.
Berdua dibilik penginapan.
Dalam kebingungan....
Dan seorg sepupu ibu
terputus hubungan 1 minggu sudah dgn keluarga...

Dan bila seorg adik ibu ,Ahmad Zaki terpaksa bertindak...
Menapak ke Wisma Putra..
Ingin bertanya khabar n perkembangan dari sana....
Katanya Khairul Anuar perlu menunggu giliran.
MUNGKIN 5.2.2011 baru diberi bantuan.
Ya Allah...bagaimana dia boleh meneruskan hidup di sana.
Terkurung tanpa bekalan makanan.
Hidup dlm ketakutan n tekanan.

Dan sesungguhnya ibu terlalu KECEWA dgn sikap org2
seperti ini....
Skrg lihatlah!!!!!
SIAPA KITA SEBENARNYA DI HATI MEREKA!!!!!
.

N3 dlm mood sedih!!!!!!

Sedih + kecewa + terkilan + benggang +.......
Bertambah sedih bila mendengar ucapan VIP dlm TV3 mlm tadi.
Xtahu kemana perginya slogan
"RAKYAT DIDDAHULUKAN...."
yang dilaungkan2...
yang diagung2kan.....
Duit lebih berharga dr nyawa???????......

Bukan ibu xtahu bersabar...bukan waris2 xmengerti.
Tapi kenapa negara lain boleh bertindak pantas.
Kita masih terkial2.
Menanti dan terus menanti.
Bersikap acuh xacuh.
Terus tunggu dan lihat.
Berapa ribu rakyat Malaysia..
Dah kehabisan stok makanan.
Pelajar2 dalam ketakutan.
Rumah dipecah masuk n ada yg dirogol.
Ada berita siarkan semua tu...???????

Cuma saat ini kami waris2 mampu berdoa n terus berdoa.
Sedangkan org2 yg bertanggung jawab lepas tangan.
Seolah2 melepaskan batuk ditangga.

Semua nombor2 yg disiarkan dikaca TV xberfungsi.
Walaupn sampai beratus kali kami mendail.
Hampa....

Xperlulh lagi menyakiti hati kami...
Kami yg menanggung keperitan.
Mrk semua aset negara.
Bukan calang2 orang.
Cerdik pandai dr Malaysia.
Semua pelajar2 cemerlang.
Ditaja oleh JPA
(sbnarnya JPA skrg hanya mampu menaja yuran semata2.
Kos hidup terpaksa ditanggung ibu bapa..itulh realitinya....).
Tapi kami xmelatah.
Tetap berdiam diri....

Dan mungkin skrg kami xboleh lagi berdiam diri.
Terpaksa berusaha sendiri.
Dalam keadaan yg sukar.
Panggilan telefon pn disekat.
Terputus hubungan...
Namun kami xputus asa.
Selagi ada kudhrat.
Ibu dan family terus berusaha.
Dan berusaha, demi adik tersayang..

Ya Allah......
Selamatkan nyawa mereka di sana.


Bila ibu ingin menyuapkan makanan....
Semuanya seolah2 tersekat dikerongkong.
Mengenang adik yg dh terputus bekalan dr semalam.
Bagaimanakah nasib Muhammad Khairul Anuar???
Pasti adik yu dalam kelaparan,
terpaksa menahan lapar.......
dalam ketakutan..
dalam kesedihan...
dalam kekusutan....

Tapi percayalah adik yu...
kami xberdaya...
Kami xpunya kuasa...
Kami xmampu lakukan apa2.....
Sudah puas kami berusaha...
Merayu sana sini...
Menagih simpati....
Menuntut hak kami sebagai rakyat Malaysia...
Meratap pd mereka2 yg bertanggung jawab...
Mereka cuma berkata.....
HARAP BERSABAR DAN BERTENANG....



1 Februari 2011

Kerajaan Malaysia...tolonglh bertindak


"TIADA KEPERLUAN untuk membawa mereka balik ke Malaysia....
"PELAJAR MALAYSIA DI MESIR masih OK....."
"Kita xboleh bawa pelajar Malaysia pulang krn kos yg tinggi"....
Petikan kata2 dari org2 yg atasan........

Petikan dari FB adikku Dr Ahmad Zakimi di Malaysia:

My bro Anuar Muhammad is one of medical student who trapped in Zagazig, Egypt...No some helping them over there...My bro maybe soon running out of food and money. No longer can survive...where is Malaysian government? do something laa...I'll not forgive them if something happen to my brother...SELAMATKAN ADIKKU...
TRACING BANTUAN KEPADA ADIKKU DI MESIR DARI AKU DI MALAYSIA...aku dh buat panggilan hampir 200 kali this morning...harapanku utk meminta bantuan dari wisma putrajaya berkecai...talian phone tidak dijawab...hampeh betoi...aku try call adik aku kt egypt a few time...so dpt...sumber dr FB Dr Ahmad Zakimi Abdullah
Rintihan dari Muhammad Khairul Anuar di Zagaziq Mesir:
"kitorg tak dapat apa2 berita skg...pihak kedutaan... tak dpt dihubungi...kita org dh kehabisan top up...mknan pun bertahan utk sehari jer...skg ni dah dapat perintah berkurung 24 hours...gate rmh kami dikunci...abg mie kene tolong dptkn berbantuan dari pihak kedutaan skg..."sumber dr FB Ahmad Zakimi Abdullah

P/S: kepada student kt Zagazig, plz contact En Luqman (ketua pelajar incharge di Zagazig) ditalian +20111235115...
Xtau camne lagi ibu mampu menaip kata2.
Terlalu sebak + sedih + kecewa + hampa.

Segala berita yg tersiar diakhbar n TV yg
kita dengar xseperti yg mrk alami.

Mereka terumbang ambing di sana.
Tanpa apa2 berita.
Tanpa apa2 bantuan.
Tanpa apa2 tindakan....
Tanpa2 apa2 maklumat dr pejabat kedutaan.

TOLONGLAH...
Cepatlah bertindak.
Kenapa masih bersikap "TUNGGU DAN LIHAT"..
Sedangkan negara lain dh bertindak pantas
membawa rakyat mereka keluar.
Dengan berbagai2 cara.....

Dan kita masih terkial2.
Mengurung pelajar2 di dalam bilik.
Tanpa apa2 tindakan.
Dan sekadar ingin memindahkan mereka ke negara jiran.
Yang belum tentu selamat.

Bukan ibu emosi ttp belasan ribu nyawa rakyat kita di sana.
Adik2, saudara mara rakan2 blogger pn alami nasib yg sama.
Dan adik ibu salah seorg yg menerima nasib yg sama.
Please!!!!!!! jgn hanya tahu bercakap dan bercakap..
Mesyuarat demi mesyuarat tanpa ada apa2 keputusan.....
Sedangkan rakyat negara lain dh berpusu2 keluar.

Mungkin mereka ingin menyaksikan ada nyawa melayang dahulu.
Baru mereka tersedar dr mimpi.....

YA ALLAH....
HANYA PADAMU TEMPAT AKU BERMOHON DISAAT INI......
BERILAN MEREKA KEKUATAN N LINDUNGILAH MEREKA YA ALLAH....

About me