Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

5 Ogos 2010

Merembat!!!

Ni kisah dh basi.
Ttp saja nk cerita gak cz ibu amat suka buah rambutan.
Kisah ibu g petik buah rambutan kt dusun.....

Byk la dusun
Ni pokok kt depan rumah kawan sekerja ibu Kak Radiah.
Mak oooiiiiii....dari jauh dh nmpk buah2 rambutan tu masak meranum.
Lebat sungguh berbuah.
Pokoknya lak rendang jerrr.
Boleh petik dgn tangan jer.
Geram sungguh ibu tengokkn.
Kalu boleh dgn pokok2 ibu nk bawa balik rumah...ha.ha.ha..

Kalu la pokok nie kt depan rumah ibu,
mmg confirm ibu akan duduk bawah pokok tu sepanjang hari.
Makan puas2 smpai xlarat...

Sbb tu la kt umah ibu xde pokok rambutan.
Kalu ada confirm xnaik ke rumah la....
Berkampung wat khemah kt bawah pokok je.

Berangan jerr ibu nie..
mcm mana nk ada cz ibu dok taman perumahan.
Ha, nk tanam atas batu ke?????...he.
Tunggu la nnti nk suruh ayah tanam
pokok rambutan kt kebun yg ayah baru beli tu...

Pucuk dicita ulam mendatang bila
kak radiah pelawa ibu n bbrapa kwn g petik buah2 tu.
Dgn control ayu ala2 shy2 cat maka kami mula la operasi petik memetik buah nie.
Ibu dibantu oleh Naurah.
Fuh!!!!!puas hati betul.
Dpt petik buah kesukaan.
Nk wat camne, kalu dok kt kg sndiri mmg
pokok rambutan keliling rumah.
Ni dok kt pekan batu...
Nasib la.


pembantu ibu sedang memetik buah2 rambutan...

dh xnyempat smpai rumah..ibu dh rembat 3-4 biji masa OTW.....

4 Ogos 2010

Realitinya.....

Alhamdulillah hari nie ibu dh selesai brkursus.
Belum sempat ibu habis kursus pepagi buta
(4.00 pagi dh brtolak ke KLIA)
ayah dh terbang ke P.Langkawi
selama 3 hari n pastu terus ke P.Pinang hadiri seminar.
Ayah ajak g ke P.Pinang ttp xdpt ikut ayah cz
otak ibu rasa penat sgt....konon2 la tu...

Nk wat camnekn tuntutan kerja.
Selama 3 hari anak2 ibu trpaksa bawa haluan sndiri.
Naurah n Farouk tumpang cikgunya blk.
Dan Naurah yg trpaksa uruskn Farouk ke SK Agama sblh ptg......
3 Farah trpaksa jln kaki blk SK.
Apa nk buat..............

Ok, lihatlh sndiri selama 3 hari ibu berkursus di tempat nie...
(Mcm dlm ketuhar kn.....)
Malas ibu nk cerita pjg2..
Tu blm cerita tang makan minum mcm bercatu,
n xde tmpt rehat b4 smbung sesi ke 2 sebelah ptg...

Nasib baik ada masjid brhampiran, so bolehlh solat kt situ....
Yelh, siapalh kita utk menuntut lebih2.
Dan siapalh kita utk mengomen lebih..

Sedarlh diri wahai ibu.........
Dan yang pastinya itulh realiti kisah suka duka kaum guru.

Bak kt org umpama lilin membakar diri......

Oklh, xnk sedih2.
Ni cerita 2 hari lepas.
Dah lama gak ayah xmasak steam boat utk family.
Sebelum meninggalkan kami bbrapa hari ayah masak utk kami.
Jom layan..................

peminat steamboat ayah...yum..yum..yum....
Baru baik dr demam campak nie.......

periuk n dapur steam boat kesayangan ayah....

ni ibu punya......
xleh mkn byk2 ......diet konon2nya tu......
sorg lagi peminat xtrem steam boat ayah...hi.hi.hi.....

p/s:
Semasa berkursus tadi (9.48pagi) kami dikejutkan seketika dgn
gegaran selama bbrapa kali n bbrapa minit.
masing2 dlm keadaa trkedu seketika....

maaf ye cz sehari dua nie ibu xsmpt nk singgah rumah kekwn.
Insyallah bila urusan dh selesai ibu akn jengah kalian.....

2 Ogos 2010

Kami Jangan diPinggirkan!!!

Hari nie, esok dan lusa ibu diarah brkursus.
Bkn perkara pelik n janggal krn mmg kursus sebahagian dlm hidup pndidik.
Ttp ibu agak trkilan n kecewa.
Terkilan bkn kerana kursus ttp ada sbb disebaliknya.

Awal 2003 negara dikejutkan dgn PPSMI
(Pengajaran n Pembelajaran Sains n Matematik dlm BI).
Program yg dibuat agak trgesa2.
Rintihan sebahagian besar guru2, NGO n pakar akedemik xdiambil kira.
Ibu masih ingat betapa Prof Engku Aziz brjuang utk menghalang.
Bagaimana airmata seorg pakar akedemik sepertinya menitis.
Sedih..sungguh ibu sedih saat ibu....
Prof dipinggirkan hanya kerana menyatakan pendiriannya

Dan setelah lbh kurg 7 thn dijlnkan trnyata ianya amat menduka citakan.
Xbrjaya sperti yg diharapkan.

Rintihan hati ibu:
Puas ibu dihantar brkursus saat ibu.
Dalam erti kata "Paksa Rela"
Boleh dikatakan setiap 2 hari seminggu ibu meninggalkn anak2 murid.
Trpaksa brhempas pulas kembali ke sekolah utk
menghabiskan sukatan pelajaran yg trtinggal.
Dan setiap bulan ibu perlu meninggalkan anak2 yg masih kecil di bawah jagaan ayah.
Membawa perut yg sarat mengandung berkursus n brkursus.

Mcm2 perkara yg perlu ditempuhi.
Berbagai2 tekanan yg kena hadapi.
Dipantau pihak atasan,
dipanggil utk kursus tnpa mengira masa n keadaan,
dikerah melalui mcm2 peperiksaan,
ditemu duga,
didatangi mcm2 orang,
n perlu lalui public speaking.
Diungkit2 ttg elaun yg xpernah kami minta setiap kali menghadiri kursus.
(kebykkn elaun ibu ibu gunakan utk PSS)

Sedih teramat.
Bila sesuatu yg xdipinta diungkit2....
Ibu benar2 tertekan.
Byk masa dihabiskan diluar sekolah.
Anak2 murid trpaksa ditinggalkan.
Perit ibu rasakan saat itu.
Kalu boleh ibu xingin mengingati lagi saat2 itu.

Dalam hati hanya Allah yg tahu...
Sedih, kecewa, perit, n mcm2 perasan menghantui....
Ttp pada siapa harus ibu mengadu.
Ibu boleh brkongsi semua ini dgn rakan2 senasib.
Rata2 xpuas hati.
Apakn daya...
Siapalh kita utk brsuara.
Perlu akur n perlu menutup mulut.
Memekakkn telinga dgn ugutan.

Dan yang pastinya kita diulit dgn cerita2 indah.
Cerita2 yg trpaksa dibuat.
Utk menutup kesilapan yg dilakukan tnpa rela.
Yg menanggung perit adalah kami.
Juga anak2 murid yg xbrsalah.
Mereka trpaksa akur.
Dan menerima apa yg diarahkan.
Prestasi mrk hnya org2 trtentu yg tahu.
Keadaan yg sebenarnya brlaku.

Dan hari ini ibu dipanggil lagi.
Seolah utk memutarkan balik waktu.
Waktu2 yg telah dirampas brtahun2...
Ibu n rakan2 perlu ditukarkan balik dari
MATA HIJAU KE MATA HITAM..
Dr Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu.
Harus kembali ke alam nyata.
Setelah brtahun2 kita di alam angan2.

Alhamdulillah ibu ttp brsyukur.
Doa2 ibu n rakan2 dimakbulkan oleh Allah swt.
W.pn memakan masa yg agak lama..
Niat ikhlas utk kepentingan generasi akan dtg.
W.pun brtahun2 berlalu...

Dan juga harapan ibu n rakan2 seangkatan,
jangan dipinggirkan kami kaum guru.
Jika ada sesuatu perubahan sistem pendidikan yg ingin dilakukan.
Kerana kami yg lebih tahu.
Apa yang terbaik utk anak2 didik kami....
Jadikan semua ini suatu pengajaran.
Jangan biarkan nasi menjadi bubur......

About me