Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

19 Julai 2010

Operasi Pelupusan Harta Farouk..

Saja je tu.
Kerajinan dtg melanda dihujung minggu.
Ayah lak xde so ibu selongkar la brg2 lama farouk.
Xtau la knapa ibu masih rajin menyimpan semua
perabut, kenderaan, n bagai2 milik Farouk masa kecik
(mcm byk sgt bunyinya ttp mmg makan ruang!!!)...
Tu belum koleksi mainan yg menggunung.
Yg ibu pelik smpai le ni ayah suka sgt beli mainan
utk farouk sdgkan dia dh sekolah.

Mmg kalu ikutkan ibu nk simpan semua khazanah nie utk kenangan ttp
bila difikirkan xde maknanya.
So setelah ibu minta izin dr Farouk,
maka ibu kumpulkan brg2 tu.
Farouk pn siap cakap:
"Buang je ibu, Farouk dh xnk adik, Farouk cuma nk abang jerr".....
Apa2 jelh farouk, malas ibu nk layan....

Buai, walker, kerusi, selimut n mcm2 lg.
Ibu cuba gak selongkar 2 stroller Farouk,
1 yg besar gedabak n 1 kecil (utk bw naik flight) ttp xjupe lak.
Ibu pn dh lupa letak kt mana.

So brg2 nie ibu beri kt kwn ibu yg ada baby twins.
Semua masih elok lagi.
Drp dok wat menyemak kt rumah lbh baik ibu bagi
kt orgkn.......

smpt lak si Farouk n naurah wat main2 brg2 nie...
hish!!!!!ada je kerja depa berdua tu.....

p/s :
minggu memenatkan, this week ibu jd guru brtugas,
ptg ni ada meeting n ptg br abis..
berkejar jemput angah tuisyen kt SK.

Esok pepagi kena g SKS3 cz ada program motivasi Maths UPSR...
pastu..kerja melambak2 tgh tunggu ibu kt bilik kerja tu....

Balik jerr ada lauk pauk dr MIL.
Alhamdulillah....Boleh la ibu wat berbuka..

Penat sungguh!!!!!

18 Julai 2010

Denggi @ Risau

Sebut je denggi ibu naik risau.
Taman perumahan ibu telah diwartakan kwnsan hitam.
Every month ada je kes denggi.

Terkini anak saudara sebelah ayah.
Rumahnya selang sebuah jerr dr rumah ibu.
Ni kira 2nd time la dia kena denggi.
Bln lepas anak jiran belakang rumah.
Mmg every months la ada kes.

Ibu pn xfaham dgn sikap sstengah org.
Suka sgt simpan brg2 yg xbrguna tu.
Pas tu bila hujan mula la air brtakung.
W.pn kita beria2 bersihkan kwsan rumah ttp org lain wat xkisah jerr.
Nyamuk nie lak spesis suka terbang sana sini.
At last, org yg xbrsalah jd mangsa....

Smlm kwnsan perumahan ibu kena sembur lagi.
Mmg rasa dh xtahan asyik kena sembur jerr.
Along n Farouk la jadi mangsa cz depa berdua tu
ada asma n kalah dgn semburan asap tu.

Setiap kali pengumuman semburan akn dijlnkan,
mula la ayah akn larikn kami semua.
Smlm ayah larikan kami ke hypermarket KINI..
Bayangkan kami semua dgn pakaian yg selekeh.
Berselipar jepun lagi..
3 Farah dh mula bengang bila ayah suruh turun kete...
Masing2 dgn muka stress semacam jerrr....

Ibu bkn apa kot2 trserempak dgn anak2 murid.
Mmg haru la kena gosip kt sekolah...
Hi.hi.hi.....
mesti la heboh tgk cikgu selekeh semacam jerr....
Nasib baik xpakai kain batik n baju t-shirt ....
Kalu tak jwbnya mmg haru la....
Tension betul.
Nk xnk trpaksa la g window n eye shopping jerr cz xbawa pn dompet.
Yelh, org yg melarikan diri dgn tergesa2...hi...

Apapn ibu doakan agar Diana
(anak saudara sblh ayah)
cpt sembuh.
Dia skrg di rawat di Hospital Pakar Sultanan Fatimah Muar.
Mujur la ibunya bertugas sbg ketua jururawat kt situ.
Boleh la selalu memantau......

17 Julai 2010

Lunch dgn menu ayam masak paprik


Dah lama xmasak ayam paprik.
Hari ni tringin lak rasa nk makan.
Kebetulan smlm masa Majlis israk Mikraj kt sekolah
Farouk n Naurah xpuas makan nasi paprik.
Ktnya dagingnya 2 ketul jerrr, syur jerr yg byk.
Makan free nak oiiiiii......
So utk lunch ibu cuba la masak.....

ni la hasilnya....kalu sapa2 nk cuba ibu bagi resepi kt bawah nie....

Bahan:
5 biji bwg merah/bwg besar
3 ulasBwg putih
1 inci Halia
Cili dikisar
sos tiram
sedikit garam n gula/serbuk perasa.
ayam/daging
carot/brocoli
daun limau purut
sos cili

Cara ;
-tumis bwg merah, bwg putih dan halia smpai kuning.
-masukkn cili kisar hingga naik bau
-masukkn sos tiram dan biarkn sebentar
-masukkn garam n gula secukup rasa.
-masukkan ayam/daging
-tunggu hingga masak
-masukkn daun limau purut
-masukkn sos cili
-kacau n biarkn kering sedikit........

dan ibu goreng cendawan nie......

Selingan iklan...he...
Xdelh, petangnya mcm biasa ibu g hantar
4 Farah n Farouk utk latihan takwando.
Ayah mcm biasa g outstation.
Ada mesy MBK-JPA kt KL.
So dok la ibu sesorg kt umah..

Biasa la ptg Sabtu ibu singgah g jumpa Tok Janggut.
Kali ni saja2 nk tukar menu lain lak.
Asyik Chezzy Wedges jerrrr.....
Xpernah rasa "KFC Toasted Pocketful" yg nmpk
mcm mengancam tu.
Biasa gitulh, ibu rasa dulu sblm bawa anak2 mkn.
Kalu xsedap xpyh order.
Nnti membazir..maklumlh, kami ramai n kalu order mesti la byk....

Aduhai, masin bangat....!!!!!
Rasa mcm trcekik jerrr kt kerongkong nie.
Nasib baik set nie diberi air lemon.
Hish!!!kalu tgk kt TV mcm marvelos sgt.
Ttp xtau la kot2 KFC kt tmpt ibu nie trcurah garam brkilo2 kot.

p/s: Ok, along, angah, beby, naurah n farouk, mmg xpyh order lh...
Ibu mkn pn xabis...mmg xs*d*p....hu.hu.hu......

KFC Toasted Pocketful yg nyaris wat darah ibu naik......
Masinnnnnnnnnnnnnnnn....

About me