
Namun hari ini ibu kehilanganmu dlm sekelip mata..kerana kesilapan dan kecuaian ibu. Kerana kesilapan ibu!!!!!!..Kenapa ibu begitu cuai, kenapa selama ini ibu tidak pernah menghargaimu, tidak pernah perduli kepenatanmu..Mungkinkah kau merajuk kerana ibu sering merunggut utk mencari penggantimu yg baru n lebih baik. Ah.....Ibu tidak pernah brsyukur dgn apa yg ibu miliki..
Sayu sungguh hati ini, jiwa ibu tertekan, kecewa dan sedih..Setelah sekian lama kita harungi hidup bersama..Berkongsi segala kisah suka duka kini kau telah pergi buat selama2nya. Kau tidak mungkin ibu miliki kembali...Di mana akan ibu cari ganti teman seperti dirimu...Terima kasih Dell kerana selama ini kau begitu setia pada ibu...Selamat tinggal laptop kesayanganku...AKU KEHILANGANMU!!!!!!!!!!!!!!
Catatan saat akhir ibu bersamamu:
6.30 pagi - ibu bersamamu utk brbicara n meluahkan sunyi (ayah out-station kt Perak 3hr)
8.00 pagi - along masak nasi goreng special utk ibu (TQ along krn msk nasi goreng yg sesgt sedap buat ibu..uummuah!- tah mimpi apa????).
8.15 pagi - Naurah lak buat air carot + susu pekat buat ibu (so sweet..)
8.30 pagi - ibu brsarapan smbil minum dn masih tetap setia disisimu..
8.40 pagi - ibu ingin menghabiskan air carot lalu mencapainya n tetiba air trtumpah melimpah ke atas keyboardmu...
8.50 pagi - along brlari mdapatkan hairdryer utk mengeringknmu.....namun satu prsatu gigimu tanggal krn kepanasan....
9.00 pagi - ibu trmenung kebingungan.....
4.00 ptg - ibu mengadap Acer (laptop) ayah...ttp dia xsama spertimu Dell.Ibu benar2 kehilanganmu.....
p/s : pic akn dimasukkan kemudian krn ibu msh tdk sanggup menatapmu...huk,huk,huk!!!!!!