Assalamulaikum semua.
Bersua kembali setelah beberapa minggu blog ibu bersawang....
Masih bersedih dengan kehilangan Oyen.......
Kali ini ibu sekadar nak buat catatan ringkas kisah semasa cuti sekolah.
10 Mac- Ayah ada meeting di Putra Jaya.
Hampir pukul 8.00 malam ayah tiba di rumah.
Jemput kami dan
pukul 9.00 malam kami bertolak ke Kelantan.
Ayah drive hingga ke Kuantan.
Masuk je LPT 2 ayah dah kepenatan.
Memang seminggu dua ni ayah sibuk...kurang rehat dan sering OS.
So ibu ambil alih drive..
Ibu ni sebenarnya rabun malam namun gagahkan juga memandu.
Risau tengok keadaan ayah yang dah kekuarangan tenaga.
Memandu dikegelapan malam di LPT 2 membuatkan hati ibu tidak tenang.
Macam-macam kisah bermain diminda.....ayah lena disebelah ibu....
Lebih kurang pukul 2 pagi kami tiba di Terengganu.
Ayah mengambil alih memandu.
Tiba di kampung ibu lebih kurang pukul 5.30 pagi...
Selesai solat Jumaat ayah terpaksa check in ke Hotel Perdana pulak.
Ayah ada seminar selama 4 hari di sana.
Ibu dan anak-anak ambil kesempatan bercuti di kampung.....
Ayah berseminar ibu dan 2F cuti-cuti Malaysia.
Adil lah kanz.......
Adik ibu belanja sempena dapat gaji pertama setelah bergelar seorang doktor....
Tqsm adik Yu......
Rutin balik kampung ibu ke RTC sebelah pagi untuk cari lauk pauk yang segar.
Malamnya ibu ke Up Town di RTC.
14 Mac- Sebelah petang kami terpaksa bertolak balik semula ke Johor kerana
ayah perlu hadiri meeting lagi dan lagi.
Singgah di Kuantan untuk jemput Beby.
Kebetulan Beby bercuti.
16 Mac- Ibu dan ayah berdating ke JB pulak.
Bukan dating sebenarnya tapi ayah ajak ibu temankan dia berseminar dan dinner di sana.
Ayah "ofer" untuk singgah di Ayer Hitam...
Itulah umpan ayah kalau nak bawa ibu ikut serta.
Ibu cuma beli kerepek dan semua pasu-pasu tu tak menarik minat ibu.
Tapi Alhamdulillah...tahun 2016 ni sikap ibu dah banyak berubah.
Ibu dah kurang untuk berbelanja.....dah tak ada feel nak bershopping sampai tak hinggat....
Moga2 ianya berterusan sampai bila-bila.....
Lagipun ibu rasa ayah dah sediakan semua kelengkapan rumah dengan secukupnya..
Setakat ini ibu rasa semuanya dah lengkap......
Tak lama kami di sini.
Ayah pun pelik tengok ibu tak beli apa-apa.
Kalau dulu pantang singgah mesti kena berangkut bagai.....he3x...
Petangnya Ayah perlu bergegas ke Seminar Cuepecs.
Ibu pun join sekali bersama wakil-wakil kakitangan awam.
Banyak isu yang dibincangkan.
Tak perlulah ibu nyatakan di sini sebab ibu rasa dah keluar dalam berita di televisyen
dan akhbar.....
Dato Azih Muda...President Cuepecs Malaysia juga merupakan rakan
seperjuangan ayah...
Lebih kurang pukul 5.00 petang seminar selesai....
Kami berehat sekejap di sini...
Malamnya ada Majlis dinner di Hotel Holiday Inn JB.
Majlis selesai pukul 11.00 malam.
Kami tidak menginap di hotel memandangkan 3F berada di rumah.
Kesian anak-anak yang sering ditinggalkan.
Sampai rumah dah pukul 2.00 pagi...3 jam perjalanan yang memenatkan.
Hari-hari seterusnya ayah sibuk dengan meeting dan seminar.
Ibu habiskan masa bersama anak-anak.
Kebetulan Along dan Angah juga ambil kesempatan balik
semasa hujung minggu.......
Tu jelah kisah cuti-cuti Malaysia ibu.
Kisah yang dah lapuk dan berdebu tapi tetap ibu nak abadikan di sini.
p/s:
Maaf ye kawan2 sebab ibu dah amat jarang jengah blog.
Rutin kehidupan ibu dah makin berubah.....huhuhu.....