Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

15 Mei 2012

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru ibu ucapkan kepada Kak Long,Adik perempuan ibu-Atie,
adik ipar ibu -Za dan Ita (pensyarah nursing),
kaum kerabat ibu,
rakan-rakan guru,
rakan-rakan blog yang bergelar cikgu:
Kak Salmi, Dinas, Hasnah, Mamaijat, Areef, Azhan,
ImanShah, CKlah, ibu Intan dan yang namanya tidak tersebut di sini.
Bekas guru-guru ibu di SK Sultan Ismail 1 Pasir Mas,
SK Zainab 1 Kota Bharu,
SMK Sultan Ibrahim 1 Pasir Mas,
Sultan Ismail Collage Kota Bharu (SIC),
Bekas Pensyarah ibu di MPKTBR.
Dan seluruh warga guru diseluruh negara......

SELAMAT HARI GURU.
Semoga kita terus diberi kekuatan dan ketabahan
untuk meneruskan kerjaya yang semakin mencabar ini.....amin.

 Ada cikgu....ada fail.....tak sempurna hidup seorang guru tanpa fail........

Naurah dan Farouk dah bershopping dengan Ayah malam tadi.
Dalam mug tu ada coklat.
Hadiah-hadiah untuk cikgu-cikgu telah siap dikerjakan oleh kanak-kanak rebina tu.
Harap-harap ada la hadiah daripada kanak-kanak rebina tu untuk "BEKAS CIKGUNYA" ni..
he.he.he.......

p/s:
Ucapan drp seorang "Umi" kepada bekas murid ibu yang menjadikan ibu sedih(di FB).....
"Selamat Hari Guru buat cikgu Nor Zakiah Abdullah,guru kesayangan arwah anak ku..semoga sentiasa didalam rahmat dan mendapat keberkataan Allah selalu hendaknya."

*2 hari tanpa ayah.........

14 Mei 2012

Akhirnya....

Bulan lepas ibu ada buat n3 tentang Naurah sertai 
Akhirnya hari ini Kumpulan Siti Khadijah telah dinobatkan sebagai Johan.
Hadiah disampaikan oleh Guru Besar semasa perhimpunan bulanan unit ko-kurikulum
yang diadakan setiap minggu ke 3.

Naurah selaku Ketua Kumpulan Siti Khadijah bersama pemenang ke 3 Nurul Jannah. 
Ketua kumpulan ke 2 menghilang entah kemana.
Tinggi jugak Naurah ye...ngee........

Mood hari ni : Moody!!!!!!!!eeeeeeeeeeeeeee!!!!!!

Selamat Ulang Tahun Along.....

Selamat Ulang Tahun yang ke 18 untuk Along a.k.a Farah Nabilah.
Along hadir setelah 2 tahun ibu dan ayah dalam penantian.
Along hadir disaat orang lain menyambut Hari Ibu.
Terlalu indahnya saat itu untuk dikenang.
Sehingga saat ini ibu tidak mampu lagi melupakan wajah bahagia ayah
menyambut kehadiran Along..........

Ibu dan Ayah amat bangga memiliki Along.
Dan yang paling indah bila Along hadiahkan kejayaan buat kami.
Tiada hadiah yang amat bermakna bila melihat kejayaan anak-anak.....

Ibu dan Ayah sentiasa mendoakan agar Along terus cemerlang dalam pelajaran.
Menjadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat.....
Menjadi idola kepada adik-adik.
Menjadi kebanggaan keluarga.

Dan tahun ini merupakan tahun terakhir Along dibawah ketiak Ayah dan ibu.
Teruskan langkah Along demi mengejar cita-cita.
Doa Ayah dan ibu sentiasa mengiringi Along.
Dan ketahuilah....kami amat-amat menyayangi Along.....

About me