Bersua kembali setelah ibu menyepi seketika.
Sekarang ni nak mengadap blog memang terbatas sungguh.
Lagipun ibu tidak begitu sihat.
Banyak kisah tertangguh........
Hari ni dah 5 hari kita berada di bulan Mac.
Kisah bulan lepas yang ibu draf tertunggak di sini.
Siri ke 2 Kisah di Sebalik Tabir untuk bulan Februari.
Kisah hidup seorang guru yang perlu melangsaikan tugas-tugas
dibelakang tabir...he3x.....
Bermula tahun ni, InsyaAllah ibu cuba buat catatan kisah disebalik
tabir seorang guru terpencil seperti ibu bersama rakan-rakan.
Mungkin bila sebut guru orang ramai cuma melihat dan menilai
dari aspek PdP saja.
*Siri Pertama
Disebalik tugas rutin mengajar pelbagai kisah yang kami lalui
sepanjang masa.
Bukan sekolah ibu saja tapi sekolah-sekolah di seluruh negara......
Ada suka...duka...enjoy..penat...lelah...seronok.....semua itu secukup rasa.
Apapun ibu tetap enjoy dengan dunia ibu.,
3.2.2015-Rewang
Istilah gotong-royong.
Petang cuti Thaipusam ibu dan rakan-rakan sibuk dengan aktiviti kami di sekolah.
Walaupun cuti kami tetap bekerja.
Bukan paksaan tapi ianya dengan kerelaan sendiri.
Alhamdulillah masyarakat sini amat rapat dengan sekolah.
Gabungan PIBG yang akrab amat membantu setiap program.....
4.2.2015 -Maulidur-rasul
Setelah bertukus lumus dengan aktiviti rewang,
tibalah hari kemuncak.
Perarakan sempena Maulidur-rasul.
Bujang terhangat ibu pun bukan main sibuk...Jadi mamat pacak...ha3x
Farouk dibaris hadapan sekali memegang bunga manggar.....
Pelbagai aktiviti disusun 2 minggu sebelumnya.
Perarakan, Jamuan, Kuiz Agama, Qasidah dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran,
Ceramah Maulidur-rasul dll.
Kumpulan pelajar Maahad TahfizDarul Madad dijemput.
Mereka mengalunkan Qasidah diketuai oleh seorang pelajar cacat penglihatan.
Ruginya ibu tak dapat join sebab dalam masa yang sama ibu sibuk berkemas kat bawah.
Menurut rakan-rakan ibu..suara beliau sangat merdu sampai menitis airmata
para hadirin yang mendengarnya......
8.2.2015-Pelancaran Program NILAM
Sebelum bermula setiap program, 2 minggu dah kena buat
pelbagai persediaan...
-buat kertas kerja dan meeting
-tempah banner
-tempah 'button'
-buat penanda buku
-latih pengawas PSS koir.
- printe out sijil-sijil on-line.
Sijil2 pulak boleh diprinte selepas pukul 12.30 tengahari - 7.00 petang je...
Emmm..sebab tu ibu masih tak berkesempatan nak jengah blog kawan2.
Awal pagi hari pelancaran ibu berpeluh hingga kekaki.
Itupun ramai rakan-rakan yang ringan tulang membantu.
Biarlah gambar berbicara.....
Banner dan 'button NILAM' tu ibu tempah daripada seorang kenalan ibu jugak seorang wartawan.
Ibu bagi contoh design dan En H yang merealisasikan Banner yang sangat menepati citarasa ibu.
Yang pasti ibu pilih warna kegemaran ibu...kuning....
Penanda buku tu ibu buat sendiri...printe...gunting...liminite...gunting dan ikat reben.
Sekitar Majlis berjalan.
-Story telling
-Majlis Perasmian daripada GB
-Penyampaian Sijil dan 'Button Penghargaan NILAM'.
-Koir
Farouk salah seorang penerima "button NILAM" dan pesertakoir.
Koir...latihan selama 1 minggu bermula pukul 1.00-2.10 petang.
Bersambung hujung minggu.
Syabas anak2 cikgu kerana begitu bersungguh-sungguh walaupun cikgunya
dah tak tentu arah.....adeh....
Kalau nak tengok tentatif boleh
klik SINI ye.
Selesai program perasmian ibu bergegas pula ke tempat kursus.
8.2.2015-Bengkel Penarafan IQ-PSS.
Selesai Pelancaran program ibu memecut pula ke PKG.
Kali ke 2 ibu berkursus untuk tahun 2015.
Bengkel rutin GPM setiap tahun.
Kena jawab hampir 100 soalan secara on9 untuk dianugerahkan
bintang-bintang bergemerlapan.....
Alhamdulillah melalui IQ-PSS ni, PSS ibu dah 3 tahun berturut-turut
diiktirafkan mendapat 5 Bintang dan menerima Sijil Penghargaan......
11.2.2015- Latihan Kebakaran
Tak semena-mena tetiba bunyi loceng panjangggggg berdering....
Terpingga-pingga jugak sebab tetiba je bunyi.
Masa tu tengah syok dalam makmal dengan murid tahun 6 ber"Crome Book".
Nak kata habis waktu tak mungkin sebab loceng berbunyi ditengah waktu.
Baru teringat taklimat minggu lepas.
Terus arahkan murid-murid beratur diluar.
Bila ibu jengah ke luar makmal komputer, bukan main ye anak-anak murid
menyelamatkan diri dan tinggalkan cikgu keseorangan.
Alahai anak..kalau betul berlaku kebakaran jawabnya "kamu"
biarkan cikgu rentung sendirian......adeh.....
Berkumpul di pdang sambil dengan taklimat daripada guru berkenaan.
17.2.2015-Bahan NILAM
Sekali lagi sekolah ibu terpilih untuk menghantar wakil Calon NILAM
ke peringkat Daerah.
Menyiapkan bahan-bahan yang perlu.
Maka berkurunglah ibu sendirian di PSS.
Dalam kotak tu segala evidents Calon Tokoh Nilam sejak di Tahun 1-6.
Jenuh nak kumpul bahan-bahan tu semua....
23.2.2015 Mesyuarat GPM
Menghadiri mesyuarat kemuafakatan GPM (Guru Perpustakaan Media)
peringkat Zon di PKG....
Bulan Mac, macam-macam program yang telah berjalan
dan menunggu giliran untuk dilancarkan......
p/s:
Mohon maaf kerana masih tak berkesempatan nak jengah blog rakan-rakan.
Makin hari masa ibu makin terbatas mengadap blog......