Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

Memaparkan catatan dengan label KAUM KERABAT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KAUM KERABAT. Papar semua catatan

4 Februari 2011

CUKUPLAH!!!!!!

Terima kasih teman krn xjemu2 bertandang n memberi kata2 semangat.
Disaat getir ini baru kita akn dpt menilai mana teman yg ikhlas
n mana teman yg hadir hanya utk brkongsi kegembiraan semata2.

Dan saat ini hati ibu dh membeku.
mendengar berita2 yang tersiar.
Banyak kenyataan bercanggah dgn realiti.
Cukuplah kami dipergula-gulakan.
mungkin utk org lain ttp bukan kami......
Diberi harapan palsu semata2.
Bercakap xserupa bikin.

Mungkin org lain boleh menerima semua berita2 itu.
Tapi kami yg alami saat ini.
Terlalu byk alasan2 yg xmunasabah.
Alasan2 yg boleh buat kami mampu ketawa disaat duka.....
Perlu dibentak setiap masa.
Baru nk bertindak.

Dan yang paling best perkataan yang kami terima bila menghubungi Wisma Putra ditalian:
"tanggungjawab "KITA" utk keluarkan pelajar
dari Mesir SAHAJA,
bukan utk bawa pulang ke Malayisa.
Yang lain urusan keluarga menyediakan tambang"

Sedapkan telinga mendengar kata2 manis tu...
Tahniahlah utk MEREKA SEMUA dari waris2 yg teranaiya!!!!!!.

Dan pihak lain yg brtukus lumut berusaha membawa mrk.
Bukan dr org yg bertanggung jawab.
Org2 itu hanya bercakap dan bercakap....

Dan bukan kami xmampu.
Kami akan pastikan adik kami selamat kembali ke Malaysia.
Tapi bagaimana bagi keluarga yang xmampu.
Xpelh, biar rakyat Malaysia ini umpama PATI di sana.
Baguskan!!!!!!
Dan tunggulah tindakan yang akan menyusul nnti.
Adakah ini yg mereka mahu????????
Mahu didesak dan didesak baru bertindak.....
TAHNIAH utk org2 sebegini......

p/s:
ribuan terima kasih kpd Pemimpin pelajar, Air Asia, Mas n tabung Haji yg lebih perihatin n cpt bertindak.

3 Februari 2011

Chatting Terkini ibu dgn Muhd Khairul Anuar di MESIR


Kak : salam yu...lega rasa hati kak..
7:49pm
Khairul: still di zagazig sampai ke saat2 ini cuba bayangkan..........nantilah,kalau u berjaya sampai ke malaysia banyak u nak citer.hihihihih
7:49pm
Kak: cuma saat nie kak n family xputus2 brdoa utk yu....byk kali kak call ttp diblok...
bila masanya yu akn brtolak ke cairo??? n camne dgn mknan..masih ok??
7:50pm
Khairul: itulah....aminnn2.......hr ni br dapat online kat CC..sejam lg berkumpul nak ke Cairo......hrp2 berjaya semua perjalanan ke malaysia...hrp2 sampai di malaysia/////amiin2.
bas yg dihantar kedutaan agaknya satu ke dua jer kot.....lepas hantar budak tahun satu ke cairo,datang balik amik....ikot turn....
tak leh imagine.......
7:52pm
Kak: Insyallah yu, semua waris brusha n menekan krajaan msia bw blk kg msia..yu jgn risau..yg pnting yu selamat..mmg ikut turn ttp mrk jamin semua selamat..tiap masa kak ikuti prkmbngan..
7:52pm
Khairul: insyaAllah...u yakin ngan doa2 family semua
7:53pm
Kak: ye yu....siang mlm kami xputus2 brdoa..bagaimana keadaan yu disana gitulh kami kt sini...
7:53pm
Khairul:itulah...u sgt2 tahu,semua sgt2 risau
doa2...
7:54pm
Kak: ye yu..jenuh kak call ttp pak arab yg jwb..kak risau sgt masa tu...xputus2 bristifar..nk mkn pn xlalu...
7:55pm
Khairul: memang.....line makan line agaknya
7:55pm
Kak: xpelh yg pnting yu selamat n msh boleh mkn....
7:55pm
Khairul: semua dah bercelaru......topup yg rm 10 jd rm 15..itu pun setiap org kene beli dua..itu pun kedai2 tuu jerrrr ada......
makan ok....still boleh
jgn risau\
insyaAllah ok
cuma u kene bersiap lah...apa2 kemungkinan
7:56pm
Kak: Alhamdulillah....ni pn kak tgh ok dngar berita...mlm ni penerbangan prtama tiba d jeddah....
7:57pm
Khairul: sekarang kat sini dah kul 2 ptg..perintah berkurung kul 4ptg...semalam 24jam
darurat....br dapat rasa
itupun kerajaan nak berlengah2
nanti balik..banyak la nak citer....hihi
7:59pm
Kak: xpelh sekurg2nya jd pnglman brharga..jap lg kak nk call beritahu mama n semua....ma risau sgt.....yelh kami pn dh xsabar nk tunggu yu blk...ada rahmat sebalik semua nie...
7:59pm
Khairul: ok....doa2lah perjalanan
8:00pm
Khairul: Insyallah.....yu pn kena byk brselawat n bristifar.....insyallah yu selamat..
faizzudin ghazali: TERKINI : Maklumat daripada Bilik Gerakan Kedutaan

1. Kos perjalanan Kaherah - Jeddah ditanggung oleh pihak kerajaan
2. Sara hidup sepanjang di Jeddah ditanggung oleh pihak kerajaan.
3. Kos untuk pulang ke Malaysia dengan kapal TLDM yang ditanggung oleh pihak kerajaan. Kapasiti muatan seramai 500-600 orang sahaja.
4. Perjalanan Jeddah - KL dengan tanggungan sendiri
5. Perjalanan Jeddah - Cairo juga dengan tanggungan sendiri
*pengumuman kerajaan dgn maklumat yg diperolehi bercanggah??????sedang tunggu dan lihat penguman terkini.......
Maklumat diperolehi daripada Encik Wan Ahmad Tarmizi Wan Idris Sekretariat Evakuasi, melalui panggilan telefon pada jam 12.48pm waktu Mesir
Last message received on 03/02 at 02:15 مBookmark
8:14pm
Kak: xpolh yu yg pnting yu slmat kluar..ttp hok trkini semua krjaan yg tnggung...yu jgn risau ttg tu...
8:14pm
Khairul: dah nak berkumpul.....wasalm
8:14pm
ok..take care.....

lebih kurang setengah jam lagi Muhammad Khairul Anuar dan pelajar University Zagaziq akan diangkut keluar secara berperingkat ke Cairo...Doakan keselamatan dan kesejahteraan mereka....

2 Februari 2011

Setelah didesak n keadaan terdesak, baru bertindak...


3 Pesawat TLDM Berlepas ke Mesir

KUALA LUMPUR 2 Feb. – Tiga pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijadual berlepas ke Mesir tengah hari ini bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di negara itu. Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata, pesawat tersebut akan turut membawa bekalan makanan bersama mereka.
"Pukul 12 (tengah hari) ini tiga pesawat milik TUDM akan berlepas dari Kuala Lumpur. “Macam-macam makanan mereka akan bawa sekali dalam pesawat tersebut seperti beras, sardin, minyak masak, rempah kari, tepung dan lain-lain lagi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Katanya, kerajaan juga berusaha mendapatkan visa sementara khas daripada kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan pelajar yang berada di Mesir dipindahkan ke Jeddah sebelum dibawa pulang.
”...Sebab kita nak keluarkan pelajar kita ramai sangat. Jadi kita nak bawa mereka ini ke Jeddah dulu,” katanya. Dilaporkan terdapat kira-kira 11,000 rakyat Malaysia di negara itu dan daripada jumlah tersebut 7,000 adalah pelajar. – Bernama

Bayangkan baru hari ini MALAYSIA baru memulakan misi mereka.
Setelah rakyat negara lain dh terselamat kembali ke tanah air.
MALAYSIA baru nk mula.
Atas ihsan TLDM n TUDM.
Penerbangannya bukannya sampai
sejam dua....
Tetapi memakan masa.
Dan setiap saat nyawa mrk dihujung tanduk....

Alasan yg xmunasabah.
PELAJAR MALAYSIA RAMAI SANGAT???????
Perlukan kata2 itu diucapkan.
Setelah keadaan makin kritikal dan terdesak.
Baru nk memunggah....
SALAH SIAPA???????

Sudah kering airmata kami,
Sudah jenuh kami mengemis...
Merayu2......
Meminta2......
Menagih simpati....
Memohon agar membuka sedikit rasa belas ihsan..
Rasa simpati di dalam hati..

Kalu kami mampu membawa mrk pulang.
pasti kami tidak akan menagih simpati.
kami akan usahakan..
Walau dgn cara apa sekalipn.....
Tapi..............

W.pn mungkin tiada anak "mereka" di sana.
tapi nyawa anak2 rakyat MALAYSIA...
Yg umpama dihujung tanduk.
Dan mungkin mrk bangga kalu dapat membawa pulang sekujur jasad
yang dh xbrnyawa.
Mungkin itu yg mereka inginkan!!!!!!

Perkembangan terkini
MUHAMMAD KHAIRUL ANUAR...
Sudah kehabisan bekalan makanan.
Namun tidak ada seorang pn yg memantau.
Apatah lg brtanya khabar.
Berdua dibilik penginapan.
Dalam kebingungan....
Dan seorg sepupu ibu
terputus hubungan 1 minggu sudah dgn keluarga...

Dan bila seorg adik ibu ,Ahmad Zaki terpaksa bertindak...
Menapak ke Wisma Putra..
Ingin bertanya khabar n perkembangan dari sana....
Katanya Khairul Anuar perlu menunggu giliran.
MUNGKIN 5.2.2011 baru diberi bantuan.
Ya Allah...bagaimana dia boleh meneruskan hidup di sana.
Terkurung tanpa bekalan makanan.
Hidup dlm ketakutan n tekanan.

Dan sesungguhnya ibu terlalu KECEWA dgn sikap org2
seperti ini....
Skrg lihatlah!!!!!
SIAPA KITA SEBENARNYA DI HATI MEREKA!!!!!
.

N3 dlm mood sedih!!!!!!

Sedih + kecewa + terkilan + benggang +.......
Bertambah sedih bila mendengar ucapan VIP dlm TV3 mlm tadi.
Xtahu kemana perginya slogan
"RAKYAT DIDDAHULUKAN...."
yang dilaungkan2...
yang diagung2kan.....
Duit lebih berharga dr nyawa???????......

Bukan ibu xtahu bersabar...bukan waris2 xmengerti.
Tapi kenapa negara lain boleh bertindak pantas.
Kita masih terkial2.
Menanti dan terus menanti.
Bersikap acuh xacuh.
Terus tunggu dan lihat.
Berapa ribu rakyat Malaysia..
Dah kehabisan stok makanan.
Pelajar2 dalam ketakutan.
Rumah dipecah masuk n ada yg dirogol.
Ada berita siarkan semua tu...???????

Cuma saat ini kami waris2 mampu berdoa n terus berdoa.
Sedangkan org2 yg bertanggung jawab lepas tangan.
Seolah2 melepaskan batuk ditangga.

Semua nombor2 yg disiarkan dikaca TV xberfungsi.
Walaupn sampai beratus kali kami mendail.
Hampa....

Xperlulh lagi menyakiti hati kami...
Kami yg menanggung keperitan.
Mrk semua aset negara.
Bukan calang2 orang.
Cerdik pandai dr Malaysia.
Semua pelajar2 cemerlang.
Ditaja oleh JPA
(sbnarnya JPA skrg hanya mampu menaja yuran semata2.
Kos hidup terpaksa ditanggung ibu bapa..itulh realitinya....).
Tapi kami xmelatah.
Tetap berdiam diri....

Dan mungkin skrg kami xboleh lagi berdiam diri.
Terpaksa berusaha sendiri.
Dalam keadaan yg sukar.
Panggilan telefon pn disekat.
Terputus hubungan...
Namun kami xputus asa.
Selagi ada kudhrat.
Ibu dan family terus berusaha.
Dan berusaha, demi adik tersayang..

Ya Allah......
Selamatkan nyawa mereka di sana.


Bila ibu ingin menyuapkan makanan....
Semuanya seolah2 tersekat dikerongkong.
Mengenang adik yg dh terputus bekalan dr semalam.
Bagaimanakah nasib Muhammad Khairul Anuar???
Pasti adik yu dalam kelaparan,
terpaksa menahan lapar.......
dalam ketakutan..
dalam kesedihan...
dalam kekusutan....

Tapi percayalah adik yu...
kami xberdaya...
Kami xpunya kuasa...
Kami xmampu lakukan apa2.....
Sudah puas kami berusaha...
Merayu sana sini...
Menagih simpati....
Menuntut hak kami sebagai rakyat Malaysia...
Meratap pd mereka2 yg bertanggung jawab...
Mereka cuma berkata.....
HARAP BERSABAR DAN BERTENANG....



1 Februari 2011

Kerajaan Malaysia...tolonglh bertindak


"TIADA KEPERLUAN untuk membawa mereka balik ke Malaysia....
"PELAJAR MALAYSIA DI MESIR masih OK....."
"Kita xboleh bawa pelajar Malaysia pulang krn kos yg tinggi"....
Petikan kata2 dari org2 yg atasan........

Petikan dari FB adikku Dr Ahmad Zakimi di Malaysia:

My bro Anuar Muhammad is one of medical student who trapped in Zagazig, Egypt...No some helping them over there...My bro maybe soon running out of food and money. No longer can survive...where is Malaysian government? do something laa...I'll not forgive them if something happen to my brother...SELAMATKAN ADIKKU...
TRACING BANTUAN KEPADA ADIKKU DI MESIR DARI AKU DI MALAYSIA...aku dh buat panggilan hampir 200 kali this morning...harapanku utk meminta bantuan dari wisma putrajaya berkecai...talian phone tidak dijawab...hampeh betoi...aku try call adik aku kt egypt a few time...so dpt...sumber dr FB Dr Ahmad Zakimi Abdullah
Rintihan dari Muhammad Khairul Anuar di Zagaziq Mesir:
"kitorg tak dapat apa2 berita skg...pihak kedutaan... tak dpt dihubungi...kita org dh kehabisan top up...mknan pun bertahan utk sehari jer...skg ni dah dapat perintah berkurung 24 hours...gate rmh kami dikunci...abg mie kene tolong dptkn berbantuan dari pihak kedutaan skg..."sumber dr FB Ahmad Zakimi Abdullah

P/S: kepada student kt Zagazig, plz contact En Luqman (ketua pelajar incharge di Zagazig) ditalian +20111235115...
Xtau camne lagi ibu mampu menaip kata2.
Terlalu sebak + sedih + kecewa + hampa.

Segala berita yg tersiar diakhbar n TV yg
kita dengar xseperti yg mrk alami.

Mereka terumbang ambing di sana.
Tanpa apa2 berita.
Tanpa apa2 bantuan.
Tanpa apa2 tindakan....
Tanpa2 apa2 maklumat dr pejabat kedutaan.

TOLONGLAH...
Cepatlah bertindak.
Kenapa masih bersikap "TUNGGU DAN LIHAT"..
Sedangkan negara lain dh bertindak pantas
membawa rakyat mereka keluar.
Dengan berbagai2 cara.....

Dan kita masih terkial2.
Mengurung pelajar2 di dalam bilik.
Tanpa apa2 tindakan.
Dan sekadar ingin memindahkan mereka ke negara jiran.
Yang belum tentu selamat.

Bukan ibu emosi ttp belasan ribu nyawa rakyat kita di sana.
Adik2, saudara mara rakan2 blogger pn alami nasib yg sama.
Dan adik ibu salah seorg yg menerima nasib yg sama.
Please!!!!!!! jgn hanya tahu bercakap dan bercakap..
Mesyuarat demi mesyuarat tanpa ada apa2 keputusan.....
Sedangkan rakyat negara lain dh berpusu2 keluar.

Mungkin mereka ingin menyaksikan ada nyawa melayang dahulu.
Baru mereka tersedar dr mimpi.....

YA ALLAH....
HANYA PADAMU TEMPAT AKU BERMOHON DISAAT INI......
BERILAN MEREKA KEKUATAN N LINDUNGILAH MEREKA YA ALLAH....

30 Januari 2011

Risau.....

Hati ibu terlalu risau.
Mengenangkan adik yang berada nun jauh
di Universiti ,Zagaziq, Mesir.
Sudah 2 hari kami terputus hubungan.
Akibat pergolakan yang berlaku di sana.
Menurut abah, semua talian internet di putuskan.
Dan xtaulh camne dgn talian telefon.

Berkali2 ibu cuba hubungi adik.
Namun masih gagal.

Risau sgt hati ibu, abah, mama n family.
Rasa xtentu arah memikirkan keselamatan adik.
Ada khabar2 angin bertiup,
Ada bilik pelajar Malaysia telah kena serbu.
Tersentap jantung ibu.
Xtau nk buat apa.
Hanya mampu berdoa n berserah.

Sekarang adik sdg cuti utk study week.
2 minggu lagi adik exam.
Adik di 3rd years dlm bidang perubatan.
Menuntut pengorbanan yg besar.
Dan bbrapa bln ni adik xsihat.

Ya Allah, selamatkan
Muhammad Khairul Anuar.
Lindungilh dia.
Berilah dia kekuatan.
Berilah dia kesabaran.
Berilah dia ketenangan.
Berilah dia ketabahan.
Berilah dia kesejahteraan.
Berilah dia keyakinan diri.
Berilah dia kesihatan yang baik....

Kawan2 ibu,
tolong doakan keselamatan adik kesayangan ibu,
Muhammad Khairul Anuar.
Agar dia selamat di sana.
Terima kasih teman.....

Untuk yu:
tolong hubungi kami yu.
Kami sgt risau ttg keselamatan yu di sana.

wajah kesayangan ibu dan anak2...
Muhammad Khairul Anuar......


bakal bergelar doktor 3 thn akan dtg...Insyallah..
Semoga yu dpt menjejak langkah abg mie
( adik ke 5 ibu Dr Ahmad Zakimi.. )



yu...kami risau!!!!!!

18 Januari 2011

Pets Tok Ayah....

Sejak pencen dari kerja dgn Gomen ,
abah a.k.a Tok ayah mmg xdok diam.
Ada je kerja nk dibuatnya.
Sejak pencen abah a.k.a Tok Ayah dilantik menjadi penceramah oleh JAKIM.
Mmg abah sibuk menjadi penceramah bebas di Bank2 n Masjid2/surau2
sekitar Pasir Mas, Kelantan.

Dalam pada sibuk tu sempat lak menternak binatang.
Bukan byk pn.
2 ekor swan, 2 ekor burung, n 2 ekor itik nila.....

Yg kelakarnya abah bela 2 ekor swan ni.
Siap ada nama lg.
Sekor nama Boy n sekor lagi Baby.
Manja sgt dgn abah.
Bila nampak abah, kedua2 ekr ni berlari2 dapatkan abah.
Ttp awas kalu nmpk org lain...
Confirm kena kejar.....

Abah gak ada bela ikan keli.
Rasanya dah 2 tahun abah bela ikan keli nie.
Mmg dh besar2 ikan2 tu.
Ha, bila anak2 ibu balik kg hari tu mulalah merenggek2
minta abah a.k.a Tok ayah ikan keli tu......
Mmg besar sungguh.
Adalh sebesar betis orang dewasa tu.....
Besarkan!!!!!!!.

Naurah n Farouk nilh sdg tolong atok ayah.
Tolong kacau gitu.......


Tok ayah bersama cucu2nya.....

ni la ikan keli yg dh siap disiang abah a.k.a tok ayah.....

Info ikan keli:
Selain protein yang tinggi,ikan keli juga kaya dengan asid lemak Omega-3 yang mempunyai banyak kelebihan kepada tubuh manusia.Antara kelebihannya adalah seperti berikut:
  • meningkatkan sistem penglihatan
  • meningkatkan sistem saraf
  • memulihkan radang
  • mengurangkan kadar bengkak pada sendi
  • mengurangkan risiko sakit jantung
  • baik untuk perkembangan otak kanak-kanak

24 Disember 2010

Rindunya kt Anak Otomen Mebiuh!!!!

Rindunya pada "Anak Otomen Mebiuh" nie...
Sebulan bersama rasa baru bbrapa hati disisinya.
Xpuas menatap raut wajah yg comelnya..
Kepetahannya bicara.....
Ketawanya..
Senyumnya....
Jelingan matanya yg bundar...
Alis matanya yg lentik....
Lesung pipit dipipinya....
Dan segala2nya ibu rindu....

Xpuas rasanya ibu memeluk dirinya...
Xpuas mencium pipi gebunya.....
Xpuas ibu melihat aksinya....

"Otomen Mebiuh" selalu disebut..
Konon2nya hero idolanya...
Ibu pn xpasti apa nama sebenarnya hero Utraman tu...
Yg slalu ibu dengar dr mulut mongel Iman :
Otomen Mebiuh...otomen mebiuh.....

Iman Amsyar.
Anak sdara yg sntiasa disisi ibu bila pulang ke kg.
Seorg anak manja, comel dan pintar.
Berusia br 3 thn ttp kepetahan n gelagatnya mcm org dewasa.
Saat ini ibu terlalu merinduinya......
IBU RINDU IMAN!!!!!!

Salam rindu utk Iman Amsyar
yang sedang brcuti di Hadyai, Thailand brsama kluarga.

Jgn lupa souvenir utk ibu.....

24 November 2010

Siapa Sangka ,Mati Hidup Semula.....

Siapa sangka 2 bln lepas mama bertarung dgn nyawa.
Doktor pakar Dr Nash memaklumkan mama dh xde harapan utk hidup.
Mama koma n dlm keadaan kritikal.
Sistem badan mama menolak semua ubat2 yg dimasukkn.
Doktor memberi kami kata2 semangat agar menerima ketentuan ini.
Dan disaat itu hanya Allah saja yg tahu perasaan ibu.
Sedih, sayu, syahdu....
Menurut doktor, semua organ dalaman mama dh xbrfungsi.
Semuanya dh rosak.

Ya Allah, hanya airmata peneman ibu.
Hanya surah yasin n doa2 yg mampu ibu hadiahkan.
Doa teman2 yg xputus2 mendoakan mama.

Dan akhirnya hari ini....
Saksikan sendiri keadaan mama.
Senyuman mama terukir penuh ceria.
Gurau senda mama masih dapat ibu rasai.
Sentuhan penuh kasih sayang masih dapat ibu miliki.

Dan yg termahal bila mama brkongsi kisah2 semasa mama di ICU.
Bermacam2 perkara Allah tunjukkan pada mama
yg xdpt kita saksikan di alam nyata.
Dan setiap detik mama lalui peristiwa yg
xtrfikir dek akal.
Mama rasai seolah2 mama sudah pergi meninggalkan kami.
Dan mama seolah2 telah hampir sampai ke alam itu.
Terlalu agongnya kekuasaan Allah pd hambanya.
Peristiwa itu mama kongsi dgn kami.

sweetest couple of the year......mama n abah.

wajah2 ceria mama yg ibu snap 2 hr lepas....

22 Oktober 2010

Perkembangan Mama skrg....

Kiranya dah lbh kurg 3 minggu mama discharge dari wad.
Alhamdulillah keadaan mama makin pulih.
Cuma mama masih xmampu berjalan lagi.
Dan sejak mama keluar wad, ibu belum berkesempatan lagi jumpa mama.
Ada je program yg menghalang ibu untuk pulang ke kampung.
Kalu nak ikutkan hati yg sarat dgn kerinduan,
hanya Allah saja yg tahu.
Ttp apa boleh buat,nak xnak ibu terpaksa redha....

After seminggu mama kluar wad ibu masih
xbrkesempatan brckp dgn mama melalui telefon.
Tiap kali call, mama tidur.
Mayb kesan ubat-ubatan buat mama ngantuk n penat.
Sedih hanya Allah saja yg tahu.
Bayangkan selama 17 hari mama di ICU + 3 hari di wad,
ibu xdngar suara mama.
Dan 10 hari after kluar pn ibu masih xbrkesempatan brbicara dgn mama.
Hampir 1 bln ibu merindui suara mama.
Selama ini setiap 2 hari ibu akan call n brckp dgn mama.
Terlalu sedih rasanya.

Ttp minggu lepas ibu sudah mampu berbicara dgn mama.
Terlalu gembiranya rasa hati dpt mendengar suara ceria mama.
Suara yg terlalu ibu rindui.
Moga mama terus pulih....amin...

sepanjang di sana, adik ibu telah menyediakan sebuah bilik hotel utk keselesaan kami ttp ibu lebih selesa berada di bilik menunggu ICU krn di situ ibu rasa lebih dekat dgn mama...
Wajah2 penat kami...
Balik sekejap ke bilik hotel utk berehat.....

Hotel Sutera Inn berhampiran dgn HRPZ 11......

kebetulan semasa disana, ada jamuan raya di stadium brhampiran.
So ibu, along n ita smpt g lunch kt sana.....

1 Oktober 2010

Terima Kasih Semua......

Khamis 30.9.2010
Terima khabar yg mengembirakan.
Seawal pagi adik mie sms ibu.
14 days mama in ICU, mama was extubated.
Mama dh mula dpt brnafas sndiri tnpa bantuan ventilator.
Mesin pernafasan yg amat menakutkan ibu.
Ventilator yg menjadikan ibu fobia hingga detik ini.
Salur sebesar jari telunjuk yg dimasukkan ke mulut mama hingga ke paru2.
Aduh...siksanya.

Syukur padaMu Ya Allah.
Ibu sudah mampu tersenyum.
Langkah ibu penuh dgn keyakinan.
Ibu yakin,
Allah akan kurniakan ke ajaiban demi keajaiban buat mama.

Mama di sisi adik mie aka Dr Ahmad Zakimi
yang bertukus lumus merawat mama sebaik mungkin di ICU.
Terima kasih dik krn merawat mama tnpa mengira penat n lelah...

Jumaat 1.10.2010
Terima call dr SIL Ita (Isteri Dr.A.Zakimi).
Jantung ibu tersentap lagi.
Setiap deringan telefon buat ibu ketakutan n kebimbangan.
Risau ttg khabar mama.
Ya Allah terlalu bersyukur,
Ita membawa khabar gembira.
Saat itu, ibu terlalu bahagia.
Ita maklumkan mama dh mula boleh brsuara.
Mama meminta sedikit air.
16 days in ICU.. lidah n tekak mama kering tnpa setitis air.
Hari ini mama dh mampu menelan sedikit air.
And otherwise not on any inotrope support.....
Mama cuma menerima antibiotik n ubat penahan sakit melalui tiub saat ini.

Abah pn dh semakin ok.
Abah mmg kuat semangat.
Mampu melangkah.
Melawan kepenatan demi mama.

Dan Alhamdulillah kak long mengambil cuti
mengantikan tmpt ibu krn minggu nie ibu xdpt menjengah mama.
PMR angah semakin hampir.
Ibu perlu disisi angah.
mengiringi angah di saat akhir sblm melangkah ke dewan.

Begitu juga Iman kesayangan ibu....
Demam Iman dh beransur pulih.
Moga mrk brdua makin sihat.

Iman setia menunggu ibu sebelum bertolak ke
Hospital Raja Perempuan Zainab Kota Bharu.

Dan Iman Amsyar tetap setia disisi ibu sewaktu di bilik menunggu ICU.
Saat ni mama Iman aka atie bekerja (guru di SM Maahad KB) dan Iman bersama ibu.

sedang mewarna di bilik menunggu ICU.

seorang anak kecil yg terlalu baik.
Sedikit pn xmeragam.
Xlasak n mendengar kata.....

penat mewarna.....mengayakan watak Ultraman.
Iman menjadi penghibur n penawar dikala ibu bersedih.
Bila iman memandang muka ibu bersedih tiba dia akan menadah tangan dan berdoa
"Ya Allah, Ya Tuhanku...sembuhkan tok mama..amin."
Tersentuh hati ibu melihat anak sekecil Iman begitu memahami.
Ibu tahu Iman terlalu rindui atok mama..
Iman rapat dgn atok mama.....

penat bersembang dgn ibu, Iman lena tidur disisi ibu....

bila lapar, Iman makan tnpa byk kerenah......


Thankz 2 Allah.
Thankz 2 all...
Thankz 4 ur doa,....
Hanya Allah yang mampu membalas jasa2 kalian.
Xjemu2 n xputus2 berdoa buat mama.
Dan melakukan solat hajat buat mama.

Allah Maha mendengar,
Allah Maha melihat,
Allah Maha menyaksi segala2nya....
Dan ibu berdoa...agar hari esok xada lagi air mata ibu mengalir.
Semoga hari esok terus memberi sinar buat kami.
Ibu dh xsnggup menangis lagi.

Saat ini Ibu rindukan senyuman mama.
ibu rindu ingin berada disisi mama.

Dan semoga adik yu bisa kembali ke luar negara dlm keadaan tenang.
Menyambung pengajian dlm bidang perubatan dgn semangat yg kuat.....
Insyallah..

Ya Allah, kami bersujud kepadaMU.

About me