Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

Memaparkan catatan dengan label FARAH NAURAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FARAH NAURAH. Papar semua catatan

1 Februari 2012

Kemenangan Mengundang Masalah.

2 hari lepas ibu terima panggilan telefon dari Pegawai PKG.
PTP: "Pertamanya saya ingin ucapkan Tahniah pada Cikgu
dan pihal sekolah, 
Calon Tokoh NILAM sekolah cikgu terpilih untuk 
mewakili Zon ke peringkat Daerah..."

Tiba-tiba timbul satu perasaan yang bercelaru.
Nak kata bangga , bangga la jugak..nak kata sedih memang sedih....

Bukan tidak bangga dengan pencapaian Calon Tokoh NILAM
yang mampu mengalahkan calon-calon sekolah lain 
semasa sesi pemilihan dan interview diadakan tempohari.
Dan yang
terpilih pula adalah anak sendiri Farah Naurah...
Dan secara automatik Naurah sekarang adalah
TOKOH NILAM peringkat Sekolah dan Zon..
Kena bersaing untuk ke peringkat Daerah.

Tapi yang ibu tidak gemar, banyak kerja menanti di depan.
Perlu menyiapkan berbagai-bagai dokuman.
Setiap dokuman itu perlu dihantar dengan berbagai deko yang menarik.
Dan Calon perlu diberi persediaan dalam berbagai pengetahuan
terutama dalam bidang PSS.

Dan yang paling sedih dan terkilan 
cikgu NILAMnya Cikgu Anis  tidak sempat menyaksi dan mengiringinya untuk
keperingkat yang lebih tinggi kerana telah bertukar ke sekolah lain...........


Apa pun Tahniah Naurah.
Ibu bangga dengan pencapaian kakak.
Juga tahniah kerana meraih 7A 1B dalam
peperiksaan UPKK (Ujian Penilaian Kelas KAFA) tempohari.


21 Januari 2012

Interview Tokoh NILAM DAERAH

Petang semalam  hantar Naurah ke PKG untuk sesi interview
Tokoh NILAM peringkat Zon.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Ibu menunggu di luar dan Naurah serta calon Tokoh NILAM
dipanggil bergilir-gilir  untuk di temuduga.

Sebelum balik Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP)
sempat berbisik pada ibu :
"Cikgu, tunggu result pada 30hb...nanti saya call"
"Murid Cikgu berbakat tapi semua tu bergantung pada sesi temuduga
dan persaingan dengan calon-calon SK lain.
Apa pun Tahniah.....".

Sesi taklimat oleh PTP sebelum temuduga bermula....
Naurah dan calon Tokoh NILAM tekun mendengar.....

 Sebelum balik singgah pasar malam berhampiran PKG..
Ada ke patut pukul 4.20 pergi pasar malam.
Penjual baru dok pasang khemah....
So tak ada apa makanan pun yang ada.
Balik dalam kelaparan.

Frust punya pasal ibu singgah di gerai berhampiran rumah.
Beli cendawan goreng + pisang goreng + keledek goreng.......
Fuh!!!!!penat la.....

p/s:
Hari ni dah mula cuti tapi ibu perlu ke sekolah
untuk kelas tambahan Maths Tahun 6..........
Bila nak balik kampung nie.....??????

19 Januari 2012

MasyaAllah...Subhanallah

Jangan kata apa-apa SENYUM...
Hanya itu yang mampu ibu lakukan untuk memujuk hati nan lara...
Lara la sangat....tak de maknanya.
Sesekali ibu beristifar....

Puncanya :
Ibu terima panggilan atau dalam bahasa perubatan "on call" dari PKG:.
"Cikgu, petang esok ada interview Calon Tokoh NILAM 
peringkat Zon ke Daerah di PKG.......
CIkgu kena bawa calon untuk ditemuduga dalam BM/BI dan sesi mengarang BM/BI
bersama fail-fail sijil, 
buku folio yang telah siap dibinding, 
buku-buku rekod NILAM yang telah disahkan, 
buku rekod rakan pembaca, 
bla..bla..bla..bla....

Sejuk je telinga ibu mendengar arahan-arahan lemak merdu tu....
Dalam hati berkata...SABAR JELAH!!!!!!!!
Kenapalah begitu singkat tempoh masa dan makluman diberi.....

 1. Saksikan timbunan buku "rekod bacaan" yang perlu ibu tanda tangan dalam tempoh 1 hari.
Nasib baik ibu dibantu oleh Ina dan Kak Mas.
Thanks a lot my dear.......

Setelah siap kena jilid cantik-cantik.....
Kalau rajin lagi letaklah reben2 ye......
Seronok sangat-sangat...
Rasa macam nak patah jari mulus n gebuz ibu ni.......

 2. Terpaksa siapkan Folio murid yang lebih kurang 200 m/s dalam masa yang sama.
Kumpul dan buat salinan sijil-sijil penyertaan,
 result exam dariTahun 1-5, 
yang semuanya entah berapa ratus keping itu.....

Dan yang paling tragis GUru Penyelaras NILAM sudah pindah akhir tahun lepas.
2-3 minggu lepas masa ibu calling2, 
Cikgu Anis pun lupa dia letak folder untuk Tokoh NILAM di mana.
Dan Anis cadangkan ibu  rujuk Folio yang lepas aje dan taip semula.......hu.hu.hu......
Ibu segan nak calling2 lagi dan memahami keadaan Anis ditempat baru. 
Risau menganggu.
Nak kacau Guru Penyelaras NILAM baru pun tak sampai hati
sebab dia masih tak tahu apa2........
Redha jelah..........

Maka semalam dan hari ini mata dan jari ibu dah naik kematu 
mengadap dan menaip di PC.
Berkurung pagi-pagi buta di PSS, di Makmal Komputer, dan bergerak
ulang alik ke ofis......

Dan nasib baik Calon Tokoh NILAM
yang cikgu Anis pilih dan didik dari Tahun 1 adalah budak ini....????????

Farah Naurah Bt Mahmud
Pemilihan dan Markah Berdasarkan :
-bilangan buku yang telah di baca  dari darjah 1-5 sebanyak 1,666 buah.
-prestasi peperiksaan dari tahun 1-5 (Nombor 1).
-penglibatan dalam ko-kurikulum peringkat Sekolah, Zon, Daerah, Negeri dan Kebangsaan.
(semuanya berserta sijil sebagai bukti)
-jawatan2 yang disandang dalam Badan Disiplin, persatuan,  unit beruniform, dan sukan (layak)

Dan nasib baik si Naurah amat teliti menyimpan semua
sijil-sijil penyertaan dari peringkat SK, Zon, Daerah, Negeri malah Kebangsaan.
Tak perlulah ibu mengejar budak ini untuk sediakan semua
dokumen sokongan itu......

Dan harapan ibu dan pihak sekolah agar Naurah dapat menjawab soalan-soalan
lisan (dalam BM/BI) dengan fasih dan lancar.
Dapat menulis karangan BM/BI dengan baik.
Dapat berdebat dengan calon-calon terpilih dengan lancar...
InsyaAllah.......

p/s:
Maaf ye kerana kesibukan yang melampau ibu tidak sempat nak BW.
Hu.hu.hu.hu.......

8 November 2011

Sama Tapi Tak Serupa

Dua orang kanak-kanak ribena
Farah Naurah (11 tahun) dan Fatin Alya Irdina (10tahun).
Sangat arkab dan serasi bersama.
Kak Naurah dan Kak Ya.

Bila balik kampung, orang pertama yang
Naurah akan cari Alya (sepupu).
Mereka berdua sangat rapat sejak kecil.
Mungkin juga kerana semasa kecil ibu pernah
membela Alya.
Semasa tu, papa Alya baru di Tahun 3 dalam
bidang perubatan dan mamanya belajar di universiti
yang sama iaitu di UM.
Mereka kawin diusia yang sangat muda dan
mamanya baru berumur belasan tahun..

Ibu terpaksa menjaga Alya walaupun pada masa yang
sama Naurah baru berumur setahun lebih.
Jarak umur mereka cuma setahun.
Disebabkan Naurah masih kecil, Ayahlah yang
terpaksa mengambil alih menjaga Alya.
Alya amat rapat dengan Ayah dan bila tidur, 
dia akan tidur di dada ayah.
Bila Naurah dekati Ayah, Alya akan menjerit dan menangis.
Kesian pula ibu tengokkan baby kecil tu.

Mungkin disebabkan airtangan ibu yang
memandikan dan menyediakan serta menyuapkan makanan
semasa Alya masih bayi, dia begitu rapat dengan ibu.
Bila ibu balik ke kampung, Alya sanggup berada disisi ibu
dan family sehingga habis cuti kami di kampung......
Dan Alya pandai mengambil hati ibu:
Alya: Sedap la ibu masak.
Alya: Ibu nanti ibu nak pergi jalan ke mana petang ni???.
Mungkin kerana kesibukkan papanya yang seorang doktor dan
mamanya seorang pensyarah,
kasih Alya akan tumpah pada kami semasa bercuti....

Dan yang paling ibu tak tahan bila lihatkan pakaian
yang dipakai Naurah dan Alya setiap hari sentiasa "sama".
Rupanya mereka dah siapkan "check list" dan jadual
baju apa yang akan dipakai setiap hari.

Semoga keakraban mereka kekal sampai bila-bila.....
Ibu sayang kamu!!!!!!!.

p/s:
Hari ni ibu dah mula sekolah.
Jeles tengok 3 Farah yang masih bercuti.
Dok rumah jangan lupa masak ok!!!!!!!

16 Ogos 2011

Pelajar Cemerlang UPPM 3-Puasa ke 15

Pelajar-pelajar cemerlang UPPM 3 menerima cenderahati.

Farah Naurah 6 dari kiri.
Masih kekalkan prestasi cemerlang 7A untuk 7 subjek.
Tahniah Kakak!!!
Teruskan usaha dan jangan malas-malas ok.

12 Julai 2011

Besarnya Pisang Gergasi!!!!

Banyak kali jugalah Ayah beli pisang gergasi nie.
Kalau xsilap ibu, org panggil pisang tanduk kot...
Ibu ni bukan kenal sgt  jenis-jenis pisang.....

 Model pisang.
Saiz pisang tu sebesar betis model..
Bayangkan!!!!!
Nak angkat 3 biji tu pun si model kata xkuat....
Boleh caya ke???????

Sebiji pun dah cukup utk makan 1 family.
Punyalah gigih ayah mengoreng pisang tu malam tadi.
1 biji sekejap je dikerjakan anak2.....he.he.he.....

 ni yang ibu goreng utk sarapan pagi tadi.
Bayangkan sebijik pisang dapat 1 pinggan.....
Cukup untuk sarapan anak2....inggal 1 biji lagi ibu KIV dulu.
Takut xhabis..membazir pula....

27 April 2011

Ke Karnival....

Pagi ni Naurah  ke SK Pencu, Ledang 
kerana mewakili sekolah dalam Karnival Matematik 
Peringkat Zon Bkt Gambir 2011.

Kalu xsilap ibu seramai 4 org peserta yang cikgu pilih 
mewakili SK masing2 untuk kuiz Mathematics.
Semoga Naurah mampu mengulangi kejayaan seperti di tahun2 yang lepas.
Doakan Naurah ye!!!!.

di mana2 pn jadi.......

16 April 2011

Tidur pun ada gaya!!!!!

Sedari kecil Naurah ni suka melawa.
Pantang jumpa cermin mula la melaram.
Macam2 koleksi aksesori yg dikumpul.
Rantai, subang n gelang....
Berbeza dengan kakak2nya tu....
Tengok pic kat bawah nie.
Tidur pn penuh dengan gaya.
Berangan nk jadi Princess la tu......

 Apa la yg dimimpikan tu......

7 April 2011

Hari Ini Menentukan.....

Hari ni Naurah  ke SK Durian Condong, Ledang
utk ke Karnival Agama Islam.
Dah hampir 1 minggu jalani sesi latihan bersama rakan2 n 
dibimbing oleh Tearcher Nor Zalena.
Semalam baru ibu sempat jengah tgk mrk brlatih.
Budak2 nie kalu dilatih mmg masing2 mmg berbakat.
Semoga kumpulan Nasyid ini mengulangi kejayaan tahun lepas.
Mereka dinobatkan Naib Johan Zon 2010...
Klik sini

 sesi latihan terakhir semalam....

mohon restu cikgu2 sebelum bertolak ke Karnival Agama Islam.

ni pic tahun lepas yg sempat Ustazah Rosniza snap semasa pertandingan berlangsung..
Baju sama gak dgn tahun nie..SK xde budget nk tempah yg baru....

 Naurah menerima hadiah Kemenangan Naib Johan Peringkat Zon 2011
klik sini

p/s:
Berita trkini...Mrk cuma dpt saguhati jerrr.....

4 April 2011

Hadiah 3 in 1....

Pagi ni Naurah terima 3 hadiah semasa perhimpunan.
2 yang tajuk n3 3 in 1.

 Pertama-Hadiah Kecemerlangan Akademik 
dalam Peperiksaan UPPM 1
disampaikan oleh GPK 1 Tn Hj Mohamad B Md Amin.

Kedua- Ni pulak Naurah dapat tempat ke 3 mengarang sempena 
Program Anti Dadah 2011.
Hadiah disampaikan oleh Pn Hjh Nik Fauziah Bt N.Yusof 
Guru Besar SKPK

Ketiga- Naurah dapat Johan dalam pertandingan Melukis Poster sempena 
Program Anti Dadah 2011
Hadiah disampaikan oleh En Osman B Shahidan GPK-Hem.

p/s:
Hari ini Kak Nana a.k,a Beby masuk Spelling Competition n Along dlm acara coral speaking.
Gud luck..Moga berjaya.....

12 Mac 2011

Mengidam Kuih Chara...

Lama dh ibu xbuat kuih chara...
Tiba2 balik dr SK,
Naurah vounteer nk masakkan.
Agaknya tringin sgt nk makan tu.
Nk minta ibu buatkan mmg xde maknanya la....
Balik SK mmg ibu dh xdelh nk masak cz utk lunch pn,
ibu dh prepare awal2 pagi.
Balik SK masa utk ibu tenangkan fikiran.
Lepak2 depan TV smbil baring2......

So bila teringin nk makan kena la Naurah masak sendiri....
Meh tgk Naurah beroperasi kt dapur......
dgn uniform SK belum ditukar terus menuju ke dapur.
setelah soal selidik ibu ttg resepi teruslh Naurah beroperasi.
Dan akhirnya siap juga kuih chara hasil sentuhan jari jemari budak tecik ni.
Yang dasyat tu Along jadi tukang rasa.
Bukan 1-2 bijik ttp 5 biji  dimakan....
2 baru edisi rasa merasa, belum masuk edisi makan.....

24 Februari 2011

Ulat Buku!!!!!!

Budak ini memang layak diberi gelaran ulat buku.

Kalu dah dapat buku,
xkiralah buku teks ke, 
buku ilmiah ke,
buku teks sekolah menengah ke,
buku cerita ke, 
buku komek ke, 
majalah ke....
Apa saja yang boleh dibaca.....

Akan dibaca sampai abis.
Selagi xabis, xusahlah nk ganggu dia..mmg bolayan.
Sanggup mengadap berjam2 xjemu2.

Kat mana je boleh jd tempat dia membaca.
Kt dapur,
Kt kedai,
Dalam kereta,
Kt kedai makan.....

Dan bila dh abis baca,
ibu jadi mangsa Naurah test IQ.
Mcm2 dia soal..
Soalan spontan:
Kenapa kat kelas diletakkan papan hijau bukan papan hitam???
 Kenapa bumi Allah ciptakan bulat???
Kenapa ..kenapa dan kenapa......????????
Ayoyo..ni kes murid  lawan cikgu nie...
Lebih2 lak dia.....

Terkadang ibu trfikir gak,
kenapa ibu xserajin n setekun Naurah bila dapat buku.
Bestkan kalu jadi ulat buku.
Memang luas pengetahuan am dia.
Yang pasti Naurah ikut ayah yg sememangnya ulat buku.
Sbb tu ayah jd pakar rujuk rakan2nya......
Ibu???????....ulat tiduzzzzzzzzzzzzz!!!!!

Terkadang jawapan yg Naurah beri xterfikir dek akal kita.
2 yg kat kelas Naurah selalu jadi mangsa cikgu2nya.
Suka menguji pengetahuan dia dan yang pasti setiap soalan 
yg diberi akan dibalas dgn jawapan yg memang tepat n jitu...

14 Februari 2011

Larian Perdana Mahkota Johor.....

TENSIONNYA!!!!!
Baru berjaya buka n update 3 blog ibu.
Gara2 password ibu telah diceroboh.
Lantas abis ke 3 blog ibu kena block...
Baru jap tad dpt sms dr google.....
Alhamdulillah dh boleh on line semula.....

Pagi Sabtu awal2 dah pergi sekolah.
Ada acara
Larian Perdana Mahkota Peringkat Negeri Johor......
Ala2 merentas desa gitu.
So cikgu2 kena la berkampung kt sekolah..

Yang happy tentulah anak2 murid...
Espclly athlet2 sekolah.
Mantain je depa lari....
Kalu bab2 xtvt luar mmg seronok sakan la..
Xpayah diajar pn mrk dh terlebih pandai....

Tapi murid2 yang berbadan montel a.k.a kanak2 milo
mula la tunjuk muka stress.
Nk lari sejauh 3.9km@3900m gak tu...
Penat woooo...
Mau2 melecet kt celah peha mrk tu.....

Dan yg paling best menanti kt garisan penamat.
Sesedap rasa je cikgu suruh mereka berlari ke garisan penamat.
Tengok muka masing2 dh tau.
Merah padam n melangkah kepenatan....
Agak2 dlm hati depa tu berkata:
" senang la cikgu cakap ...dia xlari..
kitaorg penat dia xrasa........."


xtvt memanaskan badan...
bersemangat semua cikgu2...
mcm nk lari jauh gak tu......

cikgu2 sempat posing sementara dok tunggu anak2 murid berlari...
Nk wat camne,
cikgu2 pompuanan kena jaga garisan penamatkan..kan..kan..
Ibu lak cam biasa...bahagian hadiah...
So xleh mcm puteri lilin......
Cikgu2 lelaki lak jaga check point kt 2 buah kg nun...
p/s:
cikgu2 lelaki jgn mare ye...kitaorg smpt posing maut.......

tengok tu..anak sapa la tu.
Ada gaya athlet la......

zoommmmm...
e..eh..anak ibu la...Naurah...
Bukan no 1 tau ttp tempat ke 9....
he.he.he..
Jangan xtau, semua anak2 ibu kaki bangku...
Ehemmm..cam ibu nie yg sntiasa control ayu gitu....
Wakaka......
.Naurah layak terima medal gak....
40 medal disediakan ikut kategori....

muka ceria..
Penat hilang cz dpt medal.....
Motivasi gak tu.....

.

9 Februari 2011

Koleksi Naurah

Sejak kebelakangan ni bukan main suka lagi Naurah dgn koleksi
Ben 10 selain koleksi princess.
Biasanya budak2 lelaki yang suka Ben 10 kan...

Apa je brg2 yg ada gambar Ben 10 mesti Naurah suka.
Xkiralh kecik ke besar.
Dan mangsanya ayahlh.
Kalu dgn ibu susah ckit.
Malas nk layan....

jam tangan Ben 10 tu hadiah dr ayah masa dpt no 1....

berus gigi pn Ben 10......

koleksi Naurah.....

16 Januari 2011

Chef Naurah n Kak Nana a.k.a Beby...

Xde cerita yg menarik pn bila weekend.
Kalu org lain, weekend utk santai2 n jln2.
Tapi ibu trpaksa buka pejabat kt rumah.
Seminggu dua ni masih dlm suasana kesibukkan thp maksimum...

Bila xde kerja jz lepak2 kt rumah.
Bila lepak2 perut asyik lapo jerrr.
Dan mula masing2 tunjuk bakat memasak.
Kali ni Naurah n Beby a.k.a Kak Nana nk masak waffle.
Dan tukang order sapa lagi xlain xbukan Farouk...
Abis 2 bijik waffle Farouk makan......

Meh tgk kakak tgh masak waffle.....
pembakarnya Naurah tenggekkan kt atas bekas air hu.hu.hu.......

ni pembakar yg ayah beli dulu.....

taraaaaaaaaaaa..................dh siap.

Naurah n Kaka Nana letak perisa coklat......

****************************

*Ni bungkusan yg ibu nk bagi kt bbrapa rakan blogger
"TEMAN TTP MESRA"hr tu.

Kwn2 yg byk mengomen kt blog ibu bln december lepas tu....
Gift nie dh siap ibu poskan hari Rabu.

Utk
Ummi hanie, sha, hanie-h4ni3, dinas, dilla dan Normaliza,
tunggu ye n bila smpai tinggalkan pesanan utk ibu kt cbox ke, email ke or FB.
Risau gak kot2 xsmpai.

*Untuk teka ibu kt n3 "Indahnya Kenangan itu",
ibu nk bagi cenderahati gak.

Peneka yg tepat
ialah Aisya.....

10 Januari 2011

Ibu ada "Maid" free...!!!!

Kejamnya ibu nie.
Ada ke patut cakap camtu kt anak.
Xdelh, gurau2 je utk hilangkn stress yg melanda.
Naurah nilh yg slalu volunteer kt dapur.
Suka siang dan bersihkan lauk pauk xkira la
ayam ke, ikan ke n apa2 jelh spesis lauk.

Dan ibu, teramat la suka hati sesgt bila ada org nk tolong.
Besar tapak tangan dulang saiz XXXXXXL ibu tadahkan.
Naurah nie ringan tulang sejak kecik lagi.
Ala2 "Gadis Melayu Terakhir" gitu.
Suka buat kerja2 kt dapur.

Tapi kalu bersihkan ikan,
alamat smpai putih berseri2 la ikan2 tu...
Xpelh, janji kerja siap n kurang la ckit kerja ibu.

Ha, sapa2 yg nk isi borang permohonan
nk wat menantu ke,
adik ipar ke,
anak saudara ipar ke
cousin ipar ke.......
boleh lh hantar borang cpt2 ok...
hi.hi.hi......
Hish!!!!apa la ibu nie, Naurah tu baru umo 11 thn la.....

Sesi pagi....

muka serius mcm mak2 jerrr.....

awal2 pagi ayah dh ke pasar tani.
Ibu pn xtau pkul brapa????
Cz pagi2 tadi lepas solat subuh ibu trlelap jap.
Bangun tidur dh ada sarapan roti canai n lauk pauk pn dh trbongkang dlm singki....
Dan ayahhhhhh....dh ke ofis cz 2dy tah apa2 lg kerja yg xsettle kt sana.....


Sesi Tengahari
Ibu keluar ke BG.
Nk uruskan pendaftaran Along n Beby tuisyen.
Lepas tu singgah jap kt LYC Market.
LYC nie br je dibuka.
Sibuk Naurah n Farouk ajak ibu ke sini
cz mrk brdua dh slalu ikut ayah beli lauk pauk kt situ.

Saja la ibu nk jengah.
Selalu Naurah n Farouk bercerita ttg bilik yg sejuk mcm peti ais tu.
Pelik gak ibu cz semacam lak mrk brcerita.
Bkn xpernah pergi hyper market pn slama nie.

Bila masuk ke bahagian ke 2 ibu hairan gak
cz kebykkn pekerja yg masuk kt situ pakai baju sejuk.
Alah mcm dok kt oversea tu.
Bila masuk je kt situ rupanya mmg mcm masuk dlm peti ais.
Mmg sejuk sungguh.
Siap ada airbatu lagi di saluran gas kt bhagian atas.
Mak oiiiiii....airnya siap menitik2 kt bahagian kepala....
Hu.hu.hu...SEJUKKKKK!!!!!!

singgah kt LYC ibu beli lak ikan talapia kesukaan anak2 nie.
Dan Naurah skali lagi volunteer nk bersihkan ikan2 tu....
Best...best.....

mangsa Naurah yg dh siap diproses...Siap rendam dlm air asam lagi....

About me