Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

Memaparkan catatan dengan label FARAH NABILAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FARAH NABILAH. Papar semua catatan

13 November 2011

Good Luck Along!!!

Esok hari penentuan arah tuju Along selepas ini.
Peperiksaan yang akan menentukan masa depan.
Ibu, Ayah dan adik-adik mendoakan agar Along
diberi kelapangan dada, kecergasan akal dan kekuatan minda
untuk menjawab soalan yang diberikan....

Ibu doakan agar Along memperolehi kejayaaan cemerlang seperti mana
dalam peperiksaan UPSR dan PMR yang telah Along lalui....

Semoga Along mampu menjawab 10 subjek
dengan jayanya....:
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik Moden
Matematik Tambahan
Fizik
Kimia 
Biologi
Agama Islam
Sejarah
Prinsip Akaun

Semoga Allah sentiasa melindungi Along 
dan doa kami sentiasa mengiringi Along sepanjang masa.
Ingatlah, Along merupakan permata yang terlalu
berharga buat kami....

"Good Luck My Dear....."

3 Ogos 2011

Along dan Inhaler-Puasa ke 3

Semalam terima telefon dari Along.
Suruh ibu jemput dia kat sekolah.
Alahai, kena serangan asthma lagi budak sorang ni.
Sekarang ini kerap pula Along kena asthma.
Mungkin keadaan cuaca dan kekurangan air la tu.
Balik rumah ibu lihat sepanjang hari dia baring aje di katil.

Sambil tu sempat juga ibu bebelkan Along OTW balik ke rumah.
Selalu ibu pesan supaya dia bawa inhaler ke sekolah.
Katanya segan nak bawa ke sekolah bulan puasa kerana
kawan-kawan akan ejek dia tidak puasa.

Hukum penggunaan "inhaler" (klik sini)  dan sini semasa puasa.
Ibu pun bukan setakat search kat internet mengenai hukum penggunaan
inhaler ni tetapi selalu merujuk dengan orang-orang yang 
arif dalam bidang agama...
Memang setakat ini hukumnya di"boleh"kan tanpa membatalkan puasa...


18 Mei 2011

Aktiviti PKS Along @ Melaka

Asyik2 cerita tentang Naurah dan Farouk jerrr.
Kali ni nk wat n3 tentang xtvt Along la pulak.
Asyik terpinggir jerrrrr 3 Farah...he..

Hari Jumaat lepas Along bertolak ke Melaka bagi mewakili sekolah dalam 
program PKS (Persatuan Koperasi Sekolah).
PKS sekolah Along jadi tamu untuk SMK Teknik Bukit Piatu, Melaka.
Masa Bulan Februari sekolah Along sbagai HOS.
Pada awalnya Along berbelah bagi antara nk pergi ke xmau cz 
Angah menarik diri disaat akhir kerana ada exam.

Nak xnk Along kena pergi cz dia Setiausaha Kehormat Program.
Along n Angah ni mmg xboleh berenggan.
Kesian ibu tengokkan Angah bila ketiadaan Along.
Mati kutu dia...he...

Banyak juga tempat2 yang mereka pergi n xtvt memang padat.
Jom layan gambar jelh....

 ni kat Perigi Hang Tuah

 rumah tradisional Melaka....

 Melaka River Cruise

 Siri jelajah Bandar Hilir.
Aktiviti berjalan sekitar Bandar Hilir....

 Tokong Cheng Ho @ Kg Ketek.

@ A Farmosa.
Kalu p dengan ayah/ibu memang xmerasa la nk panjat kt atas sana.
Penat weh!!!!!
Kali ni Along berpeluang panjat ke atas dgn kawan2..

 Muzium Kesultanan Melayu Melaka....

Aktiviti terakhir ialah ke pusat Paint Ball....
Menurut Along, xtvt ni yg paling best....

15 Februari 2011

Tembikai + Jakun

Sepanjang umur along mencecah 17 tahun nie,
belum sekali2 kat rumah kami ada tembikai.
Dan sememangnya kami elakkan beli buah tembikai.
Walaupun pada hakikatnya semua isi rumah ni
teramat gemar makan buah tembikai.
Pelik tapi benar.

Puncanya Along kalah dengan buah tembikai.

Sejak kecil lagi memang Along langsung
xboleh makan buah tembikai walau sesuap pun.
Along memang pengidap asma dari kecil.
Along xalah pada makanan lain.
Makanlh sebanyak mana aiskrim ke, ais ke, ais-blended ke..
Semua makanan tu xmenjejaskan kesihatan Along
Berlari sejauh mana pn xakan menjejaskan pernafasan Along.
Jangan xtau, along aktif dlm pasukan bola jaring n bola baling
semasa di sekolah rendah.
Pernah mewakili zon dan daerah.
Dan along athlet dalam
acara 3000 m 3 thn berturut2 semasa di sekolah menengah.

Ibu pun pelik bila Along alah sgt dgn tembikai dan anggur hitam.
So sejak itu, ibu n ayah pastikan rumah kami xde buah tembikai.
Adik2 pn seakan memahami dan redha.
Bukan apa, ibu kesian bila tgk along terkebil2
nnti bila org syok makan tembikai.
Sebab tu anak2 ibu mcm jakun sgt kalu pergi kenduri.
Terpandang je buah tembikai mrk mcm xsabar nk makan.
Kesiankan..

Dan 2-3 hari lepas ibu "TERBELI" buah tembikai nie.
Tgk kat kedai buah2 tembikai tu mengugat kalbu.
Kebetulan musim panas.....
Mmg sedap la...
Kat rumah dh byk stok belimbing madu n limau mandarin.
Dah xlalu nk makan....

Balik rumah anak2 ibu seolah2 org yg xpernah tgk tembikai.
"Ibu beli tembikai ke.....bestnya......"

Kesian anak ibu dan yang paling kesian bila
ayat2 yg slalu keluar dari mulut along:
"Ibu, along nk rasa sikit...sikit je..along janji."
"Boleh ye ibu....boleh ye..."

2 yg ibu xtahan.
Bukan xnk bagi makan.
Tapi xberbaloi dgn asma yg dtg menyerang.....
Dan bila Along gigit sedikit...tiba2 terbatuk2.
Dah mula asma dtg menyerang.
Cepat2 Along cari inhaler.
Alhamdulillah....smpt kawal dr trkena serangan.

Tiba2 rasa bersalah lak.
Dan lagi bersalah bila tgk anak2 yg lain makan begitu rakus.
1 biji buah tembikai yg besar boleh dihabiskan dlm sekelip mata.
Alahai...kesian...kesian....

alahai tembikai...tembikai......


budak yg perlu bermusuh dgn tembikai sampai bila2......

8 Disember 2010

Akibat Masalah Bahasa....

Last day SK hari tu kami terus balik kg utk cuti2 Msia.
Kiranya lama la kt kg nie.
So Along n Beby ibu daftar utk tuisyen kt sini
di Pusat Tuisyen ERA, Pasir Mas..
Cikgu2nya mmg yg brpengalaman.
Seminggu cuma 2 hari jelh mrk brdua g tuisyen.
Along ambik persediaan utk SPM
n Beby lak kelas persediaan PMR.

So setiap hari Jumaat n Sabtu mrk brdua ada kelas.
Dr pkul 8.30 -11.30 pagi.
Yurannya................
Teramat murah.
Utk along ada 5 subjek yg diajar :
Maths, add-maths, bio, kimia, fizik, BM/BI
Beby lak :
BM, BI, Sejarah, maths , sains, Geog.
Bayaran kesemua subjek cuma RM120 utk 1 bln utk 2 org..
Bayangkan kt Johor 1 subjek mencecah RM35-RM45.
Mmg murahkn......

Yang kelakarnya cikgu2nya mengajar dlm loghat Kelantan.
Yelh, studentnya pn org Kelantan.
Mmg semua anak2 ibu faham loghat Kelantan cuma slang mrk dh brcmpur aduk.
Dan cikgu2 lak guna loghat yg pekat likat gitu.
Tiap kali blk tuisyen along n Beby slalu brtnya prkataan2 yg asing bg mereka.
Siap wat catatan lagi....
Terkdg perkataan yg cikgu2 gunakan mmg jrg ibu guna...
Kelakar gak ibu tgk mrk brdua nie.
Selain g belajar utk exam, mrk gak g belajar loghat Kelantan.
Dan ada ramai kwn2 yg secara automatik jd juru bahasa utk along n beby.

Dan trkdg anak2 ibu terpegun bila g shopping.
Mcm org jakun lak mrk bila tgk org2 Cina n India fasih berckp loghat Kelantan.
Trkdg mrk keliru antara org berbangsa Cina dgn orn Melayu Kelantan.
Yang yg pastinya org2 Cina lebih selesa brckp loghat Kelantan w.pn sesama mrk....
Tu yg uniknya kt sini.
Gelaran utk perempuan Cina yg dh berumur ialah "MEK".

Dan semasa ibu di form 4 & 5 di kelas ibu terdiri dr 15 org bangsa Cina.
Semua brkomunikasi dlm loghat Kelantan n ada antara mrk xfasih brckp bhs Cina.


Along smpt posing sblm g tuisyen........

kami slalu pekena pizza kt Florida tiap kali blk dr tuisyen.......

13 Mei 2010

Along la pulak...

2dy nk wat n3 pasal along la pulak...
"Asyik2 ibu dok wat cerita pasal Naurah n Farouk jerr..."
(tu ayat along yg mcm jeles jerrr...)
Oklh, 2dy ibu wat n3 pasal along...

Hari Isnin Along dpt piala kemenangan sempena
English Language Week 2010.
Along dpt tempat ke dua dlm Public Speaking Contest.
Xtau le bila masa Along nie berlatih utk contest
nie cz Along nie spesis cool jerr..

Memang every year anak2 ibu sertai contest anjuran sekolah.
Bila dpt anugerah terus simpan jerr..
Manalh ibu tahu......
2 yg ibu xwat n3 pasal 3 Farah nie....

Beby lak masuk Scrabble contest
(entah betul ke idak gitu bunyinya).

Lebih kurg la cara pertandingannya.
Menyusun perkataan dlm bhs Inggeris.
Beby dpt tmpt ke 4.
Kalah 3 mata jer dr pemenang tmpt ke 3 ktnya....

Anak2 ibu nie mmg jenis berani bila brada dipentas.
Berani berpidato, bercerita, bersajak n mcm2 ber.... lglh.
Kira lima2 org ikut mcm ayah yg aktif n berani ke depan.

Xmcm ibunya masa zaman sekolah dulu.
Time sekolah dulu ibu mmg "low profile".
Org xprasan pn kewujudan ibu xbumi nie..
Asyik menyorok jerr kt celah kwn2..
hu.hu.hu....mmg xglamer la gitu.
Sedihkan ttp nk wat camne,
dulu ibu spesis yg pemalu n control ayu gitu..
Cit!!!! perasan je lebih....

Apa2 pn ibu bangga dgn anak2 ibu yg berani, yakin, suka brsaing
dan berani mencuba sesuatu....


piala kemenangan tewmpat ke 2 yang along dapat.

Along .....

17 Februari 2010

Kisah CNY Along...

Pagi2 ni gerimis turun.
Dh lama tanah gersang.
Sejuk ckit pokok2 yg ibu tanam blakang rumah.
Terasa la dingin ckit pagi2 nie.....

Xde story yg menarik ibu nk crita.
Biasa la rutin, w.pn sdg brcuti ttp angah tetap ada tuisyen.
2 yg skarang tiap kali coti, kami xboleh ke mana2.
Sayang lak kalu ponteng tuisyen.
Trpaksa brkorban demi ank2...hu.hu.hu..

This year Along ambil kesempatan ke rumah
kekwn brbangsa Cina sempena CNY.
This year gak first time Along punya ramai kwn brbangsa Cina.
Sebelum ni Along blajar dlm Aliran Agama (RK-A).
So semua pelajar Melayu.

Bila naik form 4, Along dlm aliran sains so ramailh kekwn bangsa Cina.
Yg baiknya budak sorg ni, sewaktu ke rumah kwn,
Along juz minum air kotak n mkn limau mandrin je...
Kawan2 dia siap tempAH mknan dr KFC ttp xdi makannya.
Ktnya pergi krn kwn ttp bkn nk g mkn.....
Apa2 jelh Along........


baru balik dr rumah kwn yg meraikn CNY...

sibuk dok tayang2 angpow yg dia dpt....

along's friends

24 Januari 2010

Dilema Along Berlalu!!!

2dy nk crite ttg along lak.
Dh lama xcrite ttg dia.
Awal2 prsekolah hr tu along dlm dilema.
Balik sk mcm bad-mood jer.
Ttp along ni spesis yg jenis memendam rasa.
Bila ibu tnya, rupanya dia mcm xpuas hati dgn pilihan ibu.
Sbnarnya skrg ni student Aliran Sains
diberi pilihan 2 subjek pilihan iaitu
ICT n Akaun.

Antara subjek yg along wajib ambil :
BM, BI, Maths, Add-Maths, Fizik, Biologi, Kimia, Agama, dan Sejarah.
Subjek pilihan ICT n Prinsip Akaun.
Ibu n ayah cadangkn along ambil P.Akaun memandangkn
peluang yg lebih luas brbanding dgn ICT yg
dh trlalu ramai lepasan universiti yg menganggur.
Cewah....dh fikir ke depan gitu.
Ibu n ayah bkn memaksa cuma mmberi pandangan je.
Ttp myb along rasa serba salah.

2 minggu pelajar aliran sains diberi peluang utk membuat pilihan.
Ttp alhamdulillah, nampaknya along dh agak serasi dgn subjek trsebut.
Mmg zaman sk menengah dulu ibu minat sgt nk pilih kelas Perdagangan.
Ttp mmg xde rezeki cz zaman ibu, aliran sains xde pilihan lain.
Semua telah ditetapkn.
Ibu pernah buat rayuan ke JPNK utk tukar aliran ttp ditolak.
Alasan, subjek Sains n Matematik ibu masa SRP(time tu ambik SRP) dpt A1.
Dgn rasa sedih ibu meneruskn pelajaran dlm aliran sains.
Bila xminat, mulalh belajar smbil lewa.
W.pn result SPM melayakkn ibu ke universiti ttp dh xminat.
So, ibu brdoa agar kisah silam ibu tu xbrulang kpd along....
Ibu xnk ank ibu belajar dlm keterpaksaan.
Ttp alhamdulillah,
nmpknya along dh mula meminati bidang yg telah ditawarkn n yg dipilih itu..


12 November 2009

Bila Along tangkap leleh!!!!

Hari Rabu along g lawatan ke
Rumah PDK kt Muar.

Lawatan anjuran sekolah khas utk pelajar yg dh abis PMR.
Byk gak program lawtan yg sk dia anjurkan.
Cikgu2 mmbawa mrk ke Rumah OKU, Rumah Org2 tua dll.
Bagus gak cz xle bebudk ni g sk menganggur n melilau2 xtentu arah.
Byk pengalaman yg mrk dpt.
Maklum le bebudk skrg dh trover dos pndai..
Kekdg kesian gak kt cikgu2 sk menengah ni..
Terima kasih cikgu cz mengajar ank2 ibu smpai pndai..
Hanya Allah yg mampu membalas jasa cikgu2 ni.
Mmg trlalu byk kerenah pelajar2 ni.
Sebenarnya yg penting adalah didikan ibu bapa kt rumah.
Kebanyakan sikap ank2 brmula dr didikan kt umah.
Biarlh didikan agama seimbang dgn akademik..
Pastikn ank2 dh khatam Al-Quran seiring dgn mrk pndai mmbaca buku.
Kebykn kita trlalu bangga bila ank2 dr kecil dh pndai mmbaca ttp blum lg abis muqqadam..
Sebab tu ibu pastikn ank2 ibu mesti khatam sblum melangkah ke Th 3.
Dan ibu mmg xde kompromi kalu mrk ponteng solat!!!(ganazzkn!!!)
Barulh ibu bapa xpening kepala n dpt la ank2 yg mendengar kata n cemerlang!!!........
Ewah...ewah!!!! brceramah lak ibu.
Bkn apa, ibu sekadar brkongsi pengalaman dgn kekwn especilly yg ada ank2 yg masih kecil...
Sebenarnya n3 ni nk crita ttg along.
Dia ni mmg sorg yg sensitif n cpt tangkap leleh...
Kt org mudah sgt menangis n sedih.
Ktnya dia kesian sgt tgk nasib ank2 kt PDK tu.
Yelh, penghuninya trdiri dr ank2 yg serba kekurangan dr segi mental n fizikal.
Dr balik xputus2 dia dok pujuk ibu pergi ke sana n jengah ank2 kt sana.
Ktnya kesian sgt tgk nasib malang mrk sume....
Bila ibu tgk pic n movie yg along snap, mmg kesian sesgt.
Ibu brsyukur krn Allah telah kurniakn ibu, ank2 yg sempurna dr segi mental n fizikal.
Yg paling ibu brsyukur dianugerahkan ank2 yg mendengar kata n
xprnah melawan ckp.
Alhamdulillah...
Sesungguhnya ada insan yg lebih malang dr disekeliling kita....

lihatlh dan tenungkan wajah2 ank2 yg serba kekurangan ini.....
Bukan mereka pinta lahir ke dunia dalam keadaan cacat begini....

Along brsama seorg penghuni PDK yg hipperraktif.

13 Oktober 2009

Ha!!!!...Along di Kuarantin!!!!!!!


Lebih kurang pkul 10.30 pagi tadi tetiba ibu dpt call dr ayah. Cemas sungguh suara ayah time tu smpaikn ibu jadi panik tetiba....
Menurut ayah along kena serangan asma mengejut di dewan peperiksaan (along mmg pengidap asma dr kecil ttp dh lama xkena n trkawal....).
Ha!!!!.....betul ke apa yg ibu dngar ni. Ayah suruh ibu segera ke sekolah along memandangkan exam PMR msh brjln.
Seorg guru along telah hubungi ayah supaya segera ke sana!!!urgent!
Time tu xtau nk ckp prasaan ibu.....panik, trperanjat, trkejutt, risau n simpati.
Terus ibu meluru kluar ke sk along ( lbh kurg 6 km dr sk ibu). Pecut kete xusah crite....
Tetiba kt sk along , ibu jupe guru yg brtugas hr tu n ktnya along telah dibawa ke bilik kuarantin...Wat exam kt sana.....
Tiba kt bilik tu ibu lihat along ditemani olh sorg guru pengawas exam. Time tu paper Bahasa Arab sdg brjln..Along pndang ibu dgn mata yg sayu xbrmaya..... Kesian sungguh anak ibu.
Cikgu tu mempelawa ibu msuk ke dlm bilik tu melihat keadaan along.......
Dgn keadaan dada trcunggap n tangan mengeletar along teruskn menjawab soalan Bahasa Arab tu.
Terus ibu ke klinik brhmpiran utk dptkan "inhaler". Brgegas kmbali ke sk along...sapu2 vicks kt dada n blakang n bg "inhaler" utk disedut utk legakn prnafasannya.....
Kesian sungguh ibu rasa.
Tiap saat ibu brdoa sepjg along jalani exam agar serangan asmanya xdtg. Dan setiap kali nk melangkah ke sk, ibu selalu brbisik dan brdoa supaya along brtahan dr sbrg penyakit sepjg PMR brjln krn biasanya asma along dtg tiap kali bln Sept-Nov...Tapi apa nk buatkn, semua ini adalah ujian dr ALLAH n ibu terima dgn hati yg trbuka....
Dan yg paling ibu sedih, rupanya dr semlm along dh trmuntah2 sewaktu nk menduduki paper Sejarah sblah petangnya...
Ktnya dia sngaja xnk ibu risau n dia diamkn saja tnpa mmberitahu ibu......Aduhai along ni..
Dan di dlm kesedihan ini, ibu ttp brdoa agar ALLAH kabulkan doa ibu agar kejayaan tetap menjadi milik along....Ibu juga pasrah sekiranya sebaliknya brlaku...Inilh dugaan dr yg Maha Kuasa. Ada rahmat yg trsembunyi disebaliknya.... .
Untuk Along, ibu tahu sememangnya along adalah anak yg cemerlang n trbaik yg ALLAH anugerahkn utk ibu n ayah!!!!!!!

6 Oktober 2009

Good Luck Along!!!!

Esok bermulalh perjuangan along. PMR sedang menanti!!!!!!. Ibu pn xpasti adakah along dh
benar2 brsedia cz along ni spesis cool n coller je. Langsung xnmpk tanda2 kerisauan..Hepy2 jerr n penuh dgn senyuman. Ibu lak trover dos risau.
Dalam kepayahan dan msh blm chat ibu gagahkn jua utk bangun n menunaikan solat hajat utk ank ibu. Hanya pdNya ibu pohon n panjatkn doa agar ank ibu diberi ketenangan, kelapangan hati, dipermudahkn segala prjlnan dlm menjawab soalan.
Begitulh seorg ibu...Xprnah jemu mendoakn kejayaan n kebahgiaan ank2...
Ptg tadi ayah call ibu (em!!! dr ptg td g opis dgn Farouk-byk keje yg prlu disiapkn. Farouk slalu jd ofis-boy ayah ......). Suruh ibu bawa along g mkn kt Marry-Brown (0.5 km je dr umah) sbg motivasi saat2 trakhir nk hadapi exam , ttp ibu msh xlarat nk drive lg. Kt ayah, dia msh byk keje kt ofis.....myb balik lewat ckit!!!!
And along pn ckp, ibu n ayah xprlu susah2 cz along ok je.....
Good Luck along!!!!!!!...
Semoga kecemerlangan menjadi milik along utk ke 2 kalinya slepas UPSR. Hanya itulh hadiah yg paling brharga buat ibu, ayah n semua!!!!!!!
Ingatlh betapa bahagianya ibu n ayah disaat along, angah n Beby menghadiahkan kecemerlangan sewaktu UPSR dulu!!!!!!!.....
Amin!!!


Layanzzzz!!!!!!

28 September 2009

Angkara Along Lagi!!!!!

Pecah!!!, pecah!!! dan pecah!!! lagi. Ibu pn xtau along punya tangan. Pntang trsentuh benda, senang pecah. Semalam ibu mengamuk sakan. Maunya tdk, dapur masak ibu bolh pecah. Bayangkn camne ibu xangin satu bdn. Dapur kaca/fiber(betul ke org panggil camtu?????..) pecah trkena hentakan lesung batu. Punya le rajin dia nk potong ayam, siap guna lesung batu wat ketuk pisau. Mujur xguna kapak, gergaji n parang. Mcm nk sembelih "dynasor" je. Yg ibu pelik, ckit je lesong tu trhentak, terus satu dapur retak mcm cermin kereta....

Membebel saka ibu...bknnya murah. Ayah lak xde. Dh puas ibu bebel, kira berbakul2 + brlori2 n along dh brjurai2 airmata syahdu + sedih + sesal + takut + ngeri baru hati ibu puas...Lega + puas hati!!!!! Dasyatkn ibu... Ala2 mcm ibu tiri gitu or myb lagi dasyat dr tu...

Terus ptg tu gak ibu pecut pegi kedai. Alahai hari Ahad, sume kedai tutup, mujur ada sebuah kedai buka. Mmg xbyk pilihan so ibu terus smbar je sebuah dapur. Kata tokey kedai tu, dapur tu tgh offer, dlm RM300+++. Keluaran trbaru ( konon2 le tu...) Ibu malas nk byk crite , terus beli je. Dok melayan tokey kedai tu brckp blk umah hr dh mlm.

Lps solat maghrib, penuh execited n smgat brkobar2 ibu pn try le psg dapur baru. Tetiba je mcm bau gas. Tilik punya tgk, mcm ada kebocoran..Dgn bantuan jiran pn xbrjaya gak so blk skolah trpaksa le ibu antar check blk kt kedai tu.....

Nasib baik kt umah ada dapur spare ( dapur mawar..betul ke org panggil cam gitu..apa2 jelh..). Hari ni, dapur yg xchnatik tu le yg byk wat jasa kt ibu....malang betul!!!!!!


* Hr ni tetiba baru ibu rasa sayu bila tringat kata2 ibu yg diluar kawalan tu. Kesian along!!!!!!!. Biar apa pn yg ibu serang dia, mmg dia jenis spesis yg xpndai melawan. Diam membisu + air mata brjurai n pg tadi siap selit duit RM250 (duit raya kot!!!) kt purse ibu sbgai byran ganti rugi...Alahai along, kesian ank ibu...Xkn le ibu sanggup nk mintak ganti rugi lak...Yg pastinya ibu xbolh control jeerrr.....Maafkn ibu ye!!!!!!!





Ha, tengok....mau ibu xhangin satu badan.........oh! dapur kesayanganku.....


About me