Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

Memaparkan catatan dengan label AB-MELAKA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AB-MELAKA. Papar semua catatan

13 Oktober 2011

Jejaki Sejarah @ Tugu A-Farmosa

Selepas ke Muzium Pengangkutan dan Muzium Islam
Naurah bagi cadangan untuk ke
 Tugu A-Farmosa.
Mak aiiii.......sayup mata memandang.
Larat ke nak memanjat dan mendaki ke puncak sana???
Seingat ibu baru 3 kali ibu sampai ke puncak sana.

Naurah: "Ibu, kakak teringin nak naik kat atas...
Kakak tengok ramai orang ke atas tu..
Along, Angah dan Kak Nana selalu naik tapi
kakak dan farouk selalu kena tunggu kat bawah dengan ibu/ayah.
Ibu: Larat ke kakak nak naik, tinggi tu.
Naurah: tak pelah, kita cuba..kalau penat kita turun semula.
Ibu: oklah..

Tak sampai hati nak hampakan permintaan si puteri ke 4 ni.
Naurah ni jenis suka mengkaji dan dia punya ingatan yang sangat kuat.
Kalau bawa ke mana-mana memang berbaloi sebab dia cepat belajar.

Cikgu-cikgunya jadikan dia pakar rujuk dalam
subjek Kajian Tempatan.
Mungkin juga pengalaman dia yang telah menjelajah
ke seluruh pelusuk Tanah Air dan dia
dapat menyimpan setiap memori  yang dia lalui....
Itulah kelebihan yang Allah berikan pada Naurah.
Lagipun Ayah dan Tok Ayah adalah pakar sejarah......

 Dah hampir sampai ke puncak yang tinggi....

 Tugu A-Farmosa yang sering jadi iguan Naurah untuk ke sana.
Memang dah banyak kali kami ke sini tetapi memang jarang ibu naik ke atas.
Tak sanggup ibu nak mendaki ratusan anak-anak tangga.
Tetapi sekarang telah dibina tangga ke 2 yang lebih
kurang anak tangganya bermula dari Muzium Islam.......

 Ibu siap belikan bekalan air mineral dan air tin untuk mereka berdua...

 Muka Farouk yang dah kepenatan.
Separuh jalan dia dah nak mengalah tetapi ibu beri dia semangat untuk terus mendaki...
Kakak Naurah pula begitu teruja kerana kali pertama
dapat sampai ke puncak idaman.....

 Kakak Naurah yang teruja....

  Kakak Naurah menjelajah setiap ruang...
Farouk selamber je dok melayan air......

 Pemandangan indah Bandar Melaka jelas terpampang depan mata....

Kanak-kanak ribena yang dah penat......he.he.he....
Rasakan kakak!!!!!!!

p/s:
Sampai hari ni lutut dan kaki ibu lenguh-lenguh..
Nak mendaki ke tingkat 3 pun rasa bisa sangat-sangat......

11 Oktober 2011

Jejaki Sejarah @ Muzium Islam Melaka

Selesai siri Jelajah Muzium Pengangkutan,
destinasi seterusnya ibu ke Muzium Islam.
Muzium ini baru dibuka setelah proses renovite beberapa bulan yang lalu.
Yang peliknya semasa kami di sana,
ramai bangsa asing seperti Cina dan Mat Salleh yang begitu
berminat untuk meneliti satu persatu berkaitan sejarah Islam. .
Kami satu-satunya orang Melayu di dalam Muzium Islam 
sepanjang beberapa ketika di sana.
Apa-apa jelah....

Bahagian hadapan Muzium Islam.

Kawasan persekitaran yang dijaga rapi....

Posing sebelum masuk ke dalam..
Bayaran masuk cuma RM2.00 untuk dewasa dan kanak2 percuma.
Murahkan.

Mirmar Masjid lama...
Sangat cantik dan unik....

Batu Nisan Sultan Malik Al-Saleh -pemerintah Islam tempatan yang 
mangkat pada 697 H / 1297 M.

Batu Bersurat Terengganu-1303M

Batu Tersilah Berunai-

Posing lagi dan lagi.
Itulah kerja ibu.
Suka merakam setiap detik aktiviti anak-anak....
Farouk dah mula bosan tetapi kakakNaurah sporting je...

Tingkat atas dibahagi kepada beberapa bahagian mengikut kategori.
Islam Zaman Rasulullah
Islam Zaman Kesultanan Melayu Melaka
Islam Zaman Penjajah.
Macam-macam yang farouk tanya.
Tak terlayan ibu dibuatkan....

Bahagian dalam.
Macam-macam replika dan bahan-bahan sejarah yang ada di sini....

Posing lagi sebelum keluar......
Dan seterusnya kami ke.............?????????

9 Oktober 2011

Jejaki Sejarah @Muzium Pengangkutan.

Hujung minggu kali ini kami ke Melaka.
Yang kelakarnya kali ini kami berpecah kepada 3 kumpulan.
Ayah dan Beby nak ke Mahkota Prade, 
Along dan Angah nak bershopping kat Dataran Pahlawan,
dan Farouk pula sibuk nak ke Muzium Samudera.
Tak puas-puas dengan Muzium Samudera yang Farouk panggil
Kapal Lanun....
Jadi terpaksalah ibu mengalah dan 
bawa Farouk dan Naurah menuju ke tempat yang mereka nak pergi....
Selamatlah duit ibu.
Kalau ikut ayah atau along memang ada jelah yang akan ibu beli....

Jadinya cuma kami bertiga yang lakukan
aktiviti jejaki kesan sejarah.....

Destinasi pertama di Muzium Pengangkutan Melaka.
posing dulu ye anak-anak...
Buat kenangan cz  ibu nak tepek dalam diari family kita.

 posing kat Keretapi Tanah Melayu..
Aktiviti panjat-panjat keretapi....
Rasanya baru 2 kali  mereka berkesempatan naik keretapi KTM.
Kalau tak silap ibu dari KL ke Pasir Mas Kelantan.
Itupun semasa dari Kota Bharu ke KL kami menaiki kapalterbang dan
semasa balik anak-anak nak naik keretapi.
Terpaksa batalkan penerbangan..
Sabar jelah.
Perjalanan KL-Pasir Mas memakan masa 10 jam dengan keretapi...
Tapi menurut anak-anak mereka lebih enjoy naik
keretapi dari naik kapalterbang.
Apa2 jelah......

 lepas tu posing pula di bawah kapal terbang TUDM....

 itu tak pasti pula kereta apa ni padahal ada tertulis kat sini....

 Ini pun pengangkutan juga ye aunty2, uncle2....
Mereka pernah naik yang real punya dan Naurah sampai pucat lesi mukanya.
Sekarang dah serik..Takut katanya.....

 posing  jauh-jauh ajelah Farouk ye
sebab ramai sangat orang sedang tunggu giliran nak bertenggek kat atas 
replika lembu tu....

Kakak Naurah pun sama......

Banyak-banyak tempat, playground juga jadi tempat pilihan mereka....
Alahai bosan je ibu tunggu mereka berdua yang penuh riang ria dan gelak ketawa.....
Dah..dah..jom kita jelajah ke Muzium seterusnya..
Tungguuuuuuuuuuu...siri seterusnya.

15 Jun 2011

Senior VS Junior @ Melaka

Semalam balik sekolah ayah ajak ibu pergi Melaka.
Ayah ada urusan kat Melaka so minta ibu temankan.
Ajak Angah ttp xmo pergi...
Ajak Farouk pun xmo pergi krn katanya nk pergi ngaji...
(Ibu tau, Farouk tu ada projek dgn kawan2 dia la tu kt surau...)
Naurah lak belum balik SK Agama.
Beby ada tuisyen kt SK.
So ibu berdua jelah dengan Along temankan ayah....

Yang kelakarnya + harunya bila ayah campakkan ibu dan Along
betul2 kt shopping komplek.
Mcm suruh kami berfoya2 kt situ....
Bagi masa 3 jam utk ibu n along 
Amboi2 bukan main lagi ye ayah ni.
Mmg tau sangat prangai ibu yg kaki shopping.
Tapi kali ni ayah salah tempat.
Ayah xtau ke ibu tgh pokai nie....hu.hu.hu...
Kalu campak kt situ bersama duit yg berkepuk2 oklh gak.

 posing tempat ayah campakkan kami berdua di depan Dataran Merdeka.
Toleh kiri, toleh kanan, toleh depan, toleh belakang semua shopping komplek...
Hu.hu.hu....ayah kejam tau!!!!!

 Terlanjur dh dekat dengan A-Famosa, so kami pergilah posing2 kat sana...
Ibu pn jadi la model dgn along.....

 Cak!!!!!!!! Anak dan Ibu beraksi sebalik tembok.....

 Entah gaya jenis apa la 2 beranak tu..senget semacam jerrr...hi...
Lepas tu kami menapak ke serata kawasan tu...
Area situ mmg byk Muzium...
Muzium Kesultanan Melaka, Muzium Setem, Muzium Islam dan mcm2 muzium lglah...
Masa sampai kebykkan muzium tu dh tutup cz dh ptg....
So posing2 jelh.....

 jumpa pula kereta lembu nie.....posing lagi dan lagi....

 Ha.ha.ha....kalau bosan sila tutup mata ok..
Ibu sbnarnya buntu cz model cilik ibu Farouk n Naurah xde..
Kalu ada mrk berdua confirm jadi mangsa kamera ibu.....
Tiba2 masa ni rindukan mrk....

 kt sini along posing sorg2..Ibu segan nk posing cz ramai org...he.
Kalau xde org confirm, atas gajah tu pun ibu panjat....hehehe....

lagi dan lagi....
 sampai depan Muzium Samudera ni, ibu call farouk..
Saja nk dengkikan dia
Farouk minat sgt dgn Muzium nie..
Tiap kali dtg Melaka mesti sibuk ajak nk masuk dlm tu...
Farouk panggil Kapal Lanun....
Masa ibu call suara dia dh sedih + syahdu..
Ada pulak dia kata ibu xajak dia pergi jalan2 kt Melaka.....

 ni kat kesan runtuhan kubu lama.....

 xsah kalu xsinggah shopping..
Xbeli apa pun jz beli FM dan along beli teddy bear....

Ibu dh penat so layan along jelh posing.....

dah penat jln2 singgah A&W.....niat hari nk ke McD ttp ramai org..Lagi pun along puasa so kami tapau je mkn kt surau.....

Lebih kurang pukul 8 mlm lebih ayah baru muncul....
Sampai rumah dah pukul 11 mlm...
Datang sk pagi ni mcm mata panda....hu.hu.hu....

p/s:
sory ye kawan2 kalu ada antara link kawan2 xde,
ibu xmasukkan lagi cz masih dlm pencarian dan kemas kini blog...
Mana2 yg dtg komen trkini je ibu dapat masukkan utk ketika nie...
Harap Maaf!!!!!

5 Mei 2011

Terokai Zaman Pra-Sejarah di Taman Botani Melaka

Sesi Jelajah Zaman Pra Sejarah
Hari pertama cuti2 Msia kt Melaka hari pekerja anak2 ibu sempat terokai
Zaman Pra Sejarah @ pre history selepas jejaki ke sini dan sini.
Bukan main seronok farouk bila tengok replika binatang pra sejarah nie...
Panjat sana, panjat sini.
Camerawomen yang loteh.
Snap sana, snap sini.
Ibu kan suka snap gambar cuma xsuka bergambar....
Buka letih kaki ttp lengoh tangan melayan 5 org ni nk bergambar....

 gajah mammuthus yg besou punya.....

mentang2lh binatang tu cuma replika je, bukan main lagi masing2 dok brganyut....

tolong!!!!tolong!!!!tolong!!!!



 camerawomen lak kena paksa posing...
Ada ke patut pergi tmpt mcm ni pakai seluar putih..
Ha ambik!!!!!!!!..

 ni lak eryops..rupanya mcm biawak jerrr...

5F

  kura2 gergasi jadi mangsa kanak2 rebina.....

Ada berani!!!!!
Meh lawan...

ni pet baru farouk...besar sgt nk bela kt rumah......

help me...help me...
 

di hadapan muzium herba...



About me