Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

Memaparkan catatan dengan label AB-KELANTAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AB-KELANTAN. Papar semua catatan

26 Disember 2011

Selamat Tinggal Golden Sand n New Castle....

Sebenarnya ibu bercuti di Golden Sand dan New Castle.....
Tau tak dimana letaknya tempat tu??????
Tak pernah dengar ek?????
Golden Sand tu gelaran tempat kelahiran ibu "Pasir Mas" 
dan New Castle tu ibu negerinya
Kota Bahru...he.he.he....macam pergi oversea pulakkan........ 

Ibu menghabiskan masa bersama mama dan abah di kampung.
Hati masih sedih kerana sepanjang cuti ibu banyak habiskan masa
disisi mama.
Menyuapkan ubat pada mama, 
menghidangkan mama makanan.
Mendengar luahan hati mama.
Berkongsi cerita, berkongsi kegembiraan dan kesedihan.
Paling sedih bila mendengar luahan hati mama.
Ibu faham perasaan mama yang sudah tidak mampu berjalan
sejak keluar dari ICU 1 tahun yang lalu.
Pergerakan mama sudah terbatas.
Mama terpaksa menghabiskan sisa2 waktu di kamar tidurnya.
Mama hanya mampu mengesot untuk ke tandas.
Mama redha walaupun dalam hatinya terselit rasa sedih.
Dan abah yang banyak memainkan peranannya menjaga
mama sebaik mungkin.....

Hati mana yang tak sayu dan sedih.
Terkilan kerana tidak mama untuk terus berada disisi mama.
Rasa teramat bersalah kerana tidak mampu terus berada disisi mama.
Menjaga mama sebagaimana mama menjaga ibu
dengan limpahan kasih sayang....

Bertambah sedih bila melihat rakan seusia mama masih
sihat berjalan ke sana sini.
Ya Allah!!!! tersentuh hati ibu bila setiap kali melihat mama mengesot.
Airmata tak mampu ibu tahan...
Semoga mama diberi peluang ke dua untuk berjalan seperti orang lain...
Dan semoga Allah terus beri mama dan abah kekuatan dan ketabahan
melalui ujian ini......
Doakan mama ye......


 Di airport Sultan Ismail Petra Kota Bahru.
Rumah abah ke airport cuma 30min saja.
Abah hantar kami ke airport.....
Thanks abah kerana begitu sabar dan tabah menjaga mama sebaik mungkin....
Sayang abah....

 Muka budak yang dah bosan dibalai menunggu..
Kami tiba agak awal so check in pn awal...Jenuh juga la menunggu.....

 Muka2 yang kebosanan dalam flight.
1 jam dari KB ke LCCT macam 1 hari je.....

Setiap kali naik flight ,di sinilah tempat duduk yang ibu dapat.
Disisi sayap.
Dan ini kerja si Farouk yang dah mula bosan....
Snap sana, snap sini.
Buat penuh je memori kad kamera ibu........

tiba di LCCT pukul 12.35 tengahari....

menunggu untuk ke destinasi terakhir sebelum cuti berakhir....

Mood sedih: rindu mama dan abah masih menebal.........
Esok dah mula melangkah ke sekolah.....

27 Oktober 2011

Playground @ Taman Tengku Anis Rantau Panjang.

Pantang balik kampung mulalah Farouk dan Iman Amsyar (anak buah kesayangan ibu)
sibuk merayu-rayu ibu suruh bawa ke taman.
 Inilah budak comel tu....
Kalau nak minum susu kena janji pergi playground.
Kalau nak tidur kena janji pergi playground.....
Redha jelah bila si kecik ni buli ibu........

 main tak hingat dunia...iman dah mula buka baju...panas katanya....

 Naurah dan Iman.

 pemantau kanak-kanak ribena....angah dan beby.
 

11 Jun 2011

Vacation @ Kelantan

Ni cerita masa awal2 cuti ibu ikut ayah berseminar kt 
Terengganu.
Sempat balik kampung yg dirindui.
Sekejap pun jadilah jengah mama dan abah kt kampung.
Kebetulan ibu ada wat projek khas utk mama di sana.
Buat suprise utk mama...
Hadiah sempena besday mama.
 Ibu gembira sangat2 bila tgk mama gembira....
Bujang ni sibuk mengekor kemana je ibu pergi....
Ha tgk, dok kt tepi aksesori org2 pompuan....
Xsesuai!!!!

 shopping2 kat Rantau Panjang...Sibuk je tgk jam..
Ibu buat2 xnmpak dia sibuk belek2 jam......

 ayah singgah beli nenas yg dijual sepanjang jln Pasir Mas-Rantau Panjang..

 xlupa beli asam jawa yg dimaniskan...hi...

 dan kacang pistachoi yg enak ni...1 kg RM10....
Makan kacang ni boleh buat ibu lupa diri..
Sedap sgt2.....

 sempat menikmati nasi kerabu yang diidamkan...
Tapi nasi kerabu ni xbegitu menepati citarasa ibu..
mcm ada bahan yg xcukup..
Ttp xpelh, sekadar nk lepaskan rindu....

 pernah tgk tak makanan ni..
Ni namanya kerabu sarae..
Kalu xsilap ibu, ianya diperbuat dr rumpai laut....
Rumpai yg digunakan utk membuat agar2 tu...
Masa baru2 kawin ayah ckp ibu makan rumput kering..
Kejam tau!!!!!!!.

Ni jeruk mamae....feveret ibu juga nie...sedap cz rasanya masam2...
Makan dengan nasi...

1 Jun 2011

Seronoknya Mereka!!!!

Semasa ikut Ayah berseminar 4 hari,
yang paling bestnya Ayah cadangkan singgah ke kg ibu.
Rancangan utk stay di Terengganu diubah.
Yahoo!!!!
Xdapat digambarkan betapa seronoknya ibu.
Ayah terpaksa berulang alik antara 
Kuala Terengganu ke Pasir Mas,Kelantan
yg memakan masa 3jam setengah.

Walaupun xlama di kampung ttp masa yg
singkat terisi dgn mcm2 aktiviti.
Seronok tgk Naurah n Farouk enjoy.
Yang tragisnya, rupanya mereka berdua xpernah tgk kerbau secara life.
Kesian anak2 ibu....
Dah macam budak jakun lak.

Anak2 yg baru merasa main api...
Seronok bukan main.
Macam tengok salji turun lak lagaknya,
padahal yg jatuh berguguran tu abu dr pembakaran daun2....
Ni operasi membersihkan kawasan belakang rumah Atok Ayah.
Su Tie (adik ibu) sdang merancang membina rumah di situ...
Ayah pn join sekaki menjadi pemantau jerrr....

melakukan aksi stunt la konon...
Aktiviti panjat memanjat......
Mana nk merasa lakukan semua ni di hutan batu...
hu.hu.hu....

p/s:
Esok kami akan bercuti di P.Langkawi pula kerana
2nd seminar ayah utk this week brlangsung di sana.
Kali ni ayah nk angkut semua anak2 trmasuk 3 farah tu ....
Agaknya sepi lagi la blog ibu utk 3-4 hari.......

31 Mei 2011

Ayah Berseminar, Ibu Bershopping.

4 hari blog ibu agak sepi...
Sepanjang 4 hari ikut ayah berseminar 
cuma 1 kali je ibu sempat update blog.
Terima kasih kpd kekwn blogger cz sudi singgah blog ibu.

Ayah berseminar, ibu pula sibuk bershopping.
Tempat pertama yg ibu tuju kt Butik De'Alfa.
Rambang mata tengok koleksi baju2 esklusif kt situ.
Rasa nk je rembat semua baju2 kat situ.
Semua cantik2 + bling2...
Rasa xmo keluar je dari situ.....

Tapi kalu tengok regenya takut den...
Ibu beli pn kerana tgh ada promosi hebat.
Kalau xde promosi rasanya xmampu nk jejak kaki 
ke tempat camtu.
Ngeri jerrrrr....
Bukan murah.
Sepasang baju harganya ratusan ringgit.

tengok butik tu pun dh rasa terpaku....
Butik 3 tingkat yg dekonya memukau mata ibu....

 koleksi baju2 yg mmg terhad n esklusif di bawah jenama De'Alfa....
Setiap saiz cuma ada sepasang jerrr.....

 peneman n penghasut ibu...Atie( adik ibu) n kak long.....he.he.he...

 ruang ditingkat ke 3......

 masa utk kempiskan purse....

ibu cuma mampu sambar sepasang jerrr....
Baju bling2...
Xmampu nk beli 2-3 psg....hu.hu.hu....
2 pn konon2 utk raya nnti.....

23 Disember 2010

Masjid Kg Laut dalam kenangan.......

Setiap kali ke Kelantan mesti kami akan lalui Masjid ni.
Masjid nie terletak dgn UM cwgan Kelantan di Nilam Puri
Dan setiap melalui Masjid Kg Laut nie mesti ibu xpuas menatapnya.
Xtau kenapa ibu begitu minat sgt dgn masjid nie.
Ttp mmg ibu xbrkesempatan utk singgah.
Maklum la prjlnan yg memenatkn membantutkn keinginan ibu.

So sewaktu cuti hr tu smpt bbrapa kal ibu lalu dpn masjid nie.
Pn masih xbrkesempatan utk singgah.
Balik rumah abah, ibu brtnyakan abah ttg masjid tu.
Byk gak info brguna yg abah ceritakan....

Mmg unik.
Rupanya masjid tu berasal dari Kg Laut Tumpat...
Ttp telah dipindahkan ke Nilam Puri akibat banjir.
Bayangkan camne la org ramai mengangkat masjid tu dari 2 Jajahan berbeza....
Kg Laut, Tumpat ke Nilam Puri, Kota Bharu mmg jauh.
Rasanya lebih kurg 3Okm juga kot.
Dan uniknya xde sebtg paku pn digunakan diawal pembinaannya...

So keinginan ibu trkabul juga.
Smpt gak ibu singgah w.pn xlama.
Kebetulan Masjid ni berhampiran
sebuah Kolej Islam AntaraBangsa KIAS
Nk singgah lama2 segan lak cz ramai pelajar
KIAS tgh dok ambil duit kt ATM di kwsan masjid tu...
Nasib baik no plat kereta ibu dr Johor..he...

Kalu berminat nk tahu lebih lanjut ttg masjid nie boleh la klik
sini
dan sini dan sini.

ni gambar Masjid yg masih berada di Kg Laut Tumpat.
Ibu ambil dr en google....

skrg di Nilam Puri.....


sempat snap 2-3 kpg gmbar utk kenangan.......

19 Disember 2010

Last Day @ Dataran Istana Kota Bharu

Hari ni bersiaran dari rumah sndiri setelah menempuh perjlnan yg jauh.
Alhamdulillah dh slmat tiba di rumah.
TENSION!!!!!!!!
Tgk keadaan rumah dh xmcm rumah.
Maklum la dh hmpir 1 bln tinggal.
Fuh!!!!!jenuh nk kemas.
Ttp ibu guna akta kuasa.
Msg2 diberi tugas n ada dh siap volunter sblm dpt tugas cuci bilik air....he..

Last day @ Kelantan masih sesi terjah lagi.
Lepas solat Jumaat ikut abah g rumah Timbalan Mufti Kelantan.
Dato ni senior abah masa kt SM Maahad KB dulu.
Tapi xde rezeki nk jumpa Dato cz beliau ada urusan lain.
So lepas tu ibu terus ke Kota Bharu.
Abah xikut cz singgah kt rumah anak angkatnya
di Kutan sementara tunggu Dato balik..

Saja2 jln2 cz abah ada cerita ttg "Bank Pitis" ada kt KB.
Abah ibu nie pakar Sejarah.
Tanya apa saja ttg Sejarah Negara or Sejarah Islam semua kt kepala.
Maklum la masa ngajar lower n upper 6 dulu abah ajar subjek Sejarah Islam.
2 thumbs up utk abah w.pn diusia 67 thn ttp ingatan masih kuat.

Mmg jem masa nk melalui Jambatan Sultan Yahya nie.
Kebetula musim2 cuti n weekend lak....
Aduzzz!!!! lama gak nk melepasinya.
Biasanya kalu dr Pasir Mas ibu ikut jln altenatif lain.

Tiba kt sana pn dh masuk Asar.
So xde la lama2.
Jz snap pic anak2 je wat kenangan.
Mmg ibu kagum tgk seni ukiran kayu yg halus kt situ.

Menara Dataran Kota Bharu...simbol Negeri Serambi Mekah.....

buah hati ibu......
ayah su pn join gak.....

kt belakng tu pintu pagar...kalu xsilap ibu pintu pagar istana lama kot....


ni la Bank Pitis tu.
Rasanya dibina pd thn 1800 + lagi.
Pitis tu bermaksud duit dlm loghat Kelantan.
Kiranya dh lama la sistem bank nie wujudkn.....
Kecil je banknya tu......

posing lagi n lagi.....

Farouk pn bkn lain lagi posing.....

Naurah pn xnk kalah....

seni ukiran pintu kecil tu pn menarik.....

ni pintu utama.....besar n tinggi..mmg xnmpk langsung bangunan kt dlm tu...

di situ pn ada Muzium Adat Istiadat...
Dulu penah gak masuk bbrapa kali.
Masa pergi nie Muzium tutup cz hr Jumaat....
So melepas la Farouk utk masuk ke sana....


along....

angah.....

Naurah...eh!! kak Nana mana????
..hi.hi.hi...dia majk kena marah dgn ibu.

Suka sgt usik adik2.....

dan Faroukkkkkkkkkk......

Bye2 Kelantan.
Insyallah..kita ketemu lagi...
Mood sedih :
Kesian tgk wajah sedih mama.

About me