Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

Memaparkan catatan dengan label A-BANDUNG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label A-BANDUNG. Papar semua catatan

9 Jun 2013

Misteri Nombor 18.

Dah hampir seminggu ibu terbang ke Bandung,
baru terheggeh-heggeh buat catatan di sini.
Apa-apa jelah, yang penting ada catatan...hehehe...

1.6.2013 tarikh penerbangan kami.
Tinggal 1 jam nak bertolak ke LCCT baru terheggeh-heggeh packing barang.
Macam biasa, ibu cuma bawa baju yang perlu saja dan yang lebihnya stok makanan.

 Isi perut di MarryBrown LCCT.....

 Tiket yang di printe siap-siap.
Maklumlah booking tiket secara on9.....Tibai printe jelah.
Yang paling ibu musykil bila tengok seat no. 18B.
Memang ibu dah agak akan dapat seat no 17 atau 18 setiap kali penerbangan.
Ibu amat fobia dengan nombor itu
Dah puluhan kali naik flight, yang pasti no itu yang ibu akan dapat.
Nombor misteri  itu menempatkan ibu betul-betul di sayap kapal terbang 
yang sering buat hati ibu gundah gulana......
.
  Siap sedia untuk terbang.....
Bawa 1 beg saja dan pulang nanti akan bertambah menjadi 3.....hehehe...

 Peneman ibu shopping kali ini....

 Dan di sinilah tempat duduk ibu puluhan kali terbang di awan biru.....

 Kenapa ibu tidak suka berada ditempat itu?
Ibu takut dengan bunyi kipas kapal terbang ( macam budak2.)
Ibu akan fikir yang bukan-bukan.
Ibulah antara orang yang fobia bila berada di udara.
Macam-macam ada dalam fikiran.....
Ibu akan habiskan masa dengan tidurrrrrrr....
Dan biasanya gambar-gambar diudara akan di snap oleh ayah atau anak-anak.

Setelah beberapa hari masa dihabiskan di sana makan tibalah untuk kembali ke tanah air.
5.6.2013 akhirnya menjelma.
Tidak lupa sediakan wang baki cukup-cukup Rp150,000 untuk cukai
ibu dan along untuk keluar dari Bandung.
"Kalau engak ada uang tax, makanya engak boleh keluar dari sini ye buk!!!!!"

 Budak yang dah tak sabar nak balik Malaysia.

 Di balai menunggu.
Flight kami delay selama 45 minit.
Fuh.....bosan sungguh.....

Penantian berakhir....Jam 10.45 pagi waktu Indonesia bersamaan 11.45 pagi waktu Malaysia
kami dibawa terbang...Jom balikkkkkkkkkkkkkkkk.....

Budak yang kena paksa temankan ibu bershopping di Bandung.......

Dan yang pasti ibu masih dapat tempat duduk di no 18 lagi dan lagi dan lagi.
Kerisauan ibu makin bertambah kerana 25 minit sebelum mendarat ada bunyi sesuatu
pada kipas sayap kapal terbang.
Makin lama bunyinya makin kuat dan menakutkan.
Seolah-olah ada sesuatu benda asing menganggu.
Tiba-tiba kami diarahkan duduk ditempat masing-masing dan memasang tali pinggang.
Ya Allah, tak putus-putus ibu berdoa.
Selama ini ibu tidak pernah lalui peristiwa sebegitu di awan biru.....

Alhamdulillah...akhirnya kami selamat mendarat di bumi bertuah Malaysia tepat jam 12.45
setelah tepat 2 jam perjalanan........

InsyaAllah bulan 12 nanti ibu dan anak-anak akan terbang lagi ke sebuah destinasi
idaman mereka.
Adakah ibu akan ditempatkan lagi di seat yang sama?????????????
Tungguuuuuuuuu............

6 Jun 2013

Bandung...Kami Datang

Selamat bersua kembali.
Alhamdulillah akhirnya ibu selamat menjejak kaki semula di bumi tercinta.
Rindu Malaysia.
Penerbangan memakan masa selama 2 jam yang tidak begitu menyeronokan dari kebiasaan.
Mungkin anak2 kapal yang tidak begitu mesra alam.....

 Budget kali ini kurang sikit daripada bershopping di Vietnam.
Tapi tetap bergelar jutawaan.
Ibu cuma habiskan RM2K+  untuk bershopping.
Kalau ikutkan hati parah tapi belajar menjadi seorang yang kuat iman...hehehe...
Itu pun beli kain sulam 3 pasang seorang untuk 4Farah + ibu.
T-shirt untuk Farouk dan 4Farah.
Sedikit souvineer untuk family dan rakan.

Pemandangan bandar Bandung dari atas.....

 Sentiasa sesak.

 Tanpa polis trafik.


 Highway menghala ke Jakarta.
Perjalanan lebih kurang 2-3 jam.

 Jarang nak jumpa trafik-light.....


 Rumah sakit.

Sekolah yang amat berbeza dengan Malaysia.......



 Agaknya kalau ikut drive kat sini mau kena serangan jantung....


 Peniaga jalanan pun di mana-mana sehingga ibu rasa rimas....

 Yang jadi pengemis jalanan tak terkira.
Dari seawal usia hingga ke tua.
Kesian melihat kedaifan mereka.
Tapi yang kaya raya pun ramai.
Terlalu tinggi jurangnya antara mereka.....

Dalam hati rasa bersyukur kerana masih ramai lagi orang hidup
merempat dan menderita berbanding kita....

About me