Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

2 Mei 2019

Salt Lake ANKARA TURKI

Day 7-Daerah ke 8 (22.3.018)

Destinasi seterusnya ialah kami singgah di tasik garam yang ke 2 terbesar di dunia.
Tasik garam ni terletak di Daerah Ankara.
Katanya air tasik ni boleh merawat penyakit kulit...
Ibu terkena sedikit airnya pun dah rasa pedih...

Di sini juga pusat penghasilan garam terbesar di negara ini.
Memang pekat likat la kandungan garamnya.
Papan tanda di pintu masuk

Ini pun nak jugak posing kat sini....

Papan tanda berhampiran tasik.

Tasik umpama sebuah pantai.

Semasa kami ke sini suhu sejuk.
Dalam 4 darjah celcius.
Kawasan ni sejuk..berangin dan berkabus.
Ada lagi sisa-sisa salji...

Kandungan garam di dalam air.....fuh pedih jari kalau terkena air tu.

Sekejap je kami kat sini.
Sekadar singgah untuk menikmati keajaiban alam ciptaan Allah.
DI pintu masuk/keluar ada kedai produk kecantikan, ubat-ubatan berasaskan garam.
Ada juga jualan desert dan souvineer.
Harga berpatutan di sini.
Adalah juga ibu beli desert Turkey kat sini.

Kami meneruskan perjalanan ke suatu destinasi lain...Jom.

KLIK SINI :
Part 2-Istanbul
Part 3-Bursa
Part 4-Uludag


Jom terbang bersama TURSINA TRAVEL

1 Mei 2019

Perkampungan CAPPADOCIA TURKI

Day 6-Daerah ke 6 (21.3.2018)


Selesai agenda belon udara kami dibawa pula ke Underground City
Bandar purba bawah tanah.
Kami juga melalui Goreme dan Uchisar Valley, Pasabag Valley dan Pigeon Valley.
Semua tempat-tempat tu di gua-gua batu.
Rasa macam hidup zaman kartoon Flintstone.

Penduduk di sini kebanyakkan tinggal di dalam gua-gua batu...
Tak sangka kan di zaman teknologi moden 
masih ada orang tinggal di dalam gua batu.
Unik sangat.

Pemandangan unik sepanjang perjalanan sangat memukau ibu.
Antara view nya.

Persinggahan dipertengahan jalan.

Singgah di sini untuk sesi bergambar.....

sana sini gua-gua batu.

Unik kan....

Kami singgah ditempat menjual souvineer

Pasu-pasu tanah bergantungan.

Kat pokok pun dihias dengan pasu-pasu tanah liat.

Pasu-pasu daripada tanah liat.

Rumah penduduk kampung.
Sangat unik.

Di dalam rumah gua.
Ya Allah..tak dapat ibu bayangkan macam manalah mereka tinggal 
di dalam ruang yang sempit dan berliku-liku ni.
Dah la sejuk beku.
Lagipun masa ni suhu 3-5 darjah celcius.

Ada ruang yang agak besar di tengah gua.

Lorong-lorong sempit dan curam...
Ngeri je.
Ibu terpaksa berhati-hati risau tergelincir....

Pintu antara bilik ke bilik.

Fuh....lega dapat keluar dari gua dan dapat melihat cahaya matahari....

Penduduk di sini sangat peramah.
Mereka berpakaian ala-ala kampung dan sangat berbeza dengan 
orang-orang Istanbul yang cantik bergaya umpama model.

Wapaupun kami berinteraksi umpama ayam dan itik tapi masing-masing
faham apa yang diingini.

Mereka suka bergambar dengan pelancong....
Saiz penduduk di sini sama dengan orang dari Malaysia berbanding di Istanbul yang
tinggi lampai dan cantik bergaya.

dan lagi...Mereka menarik tangan kami untuk bergambar bersama-sama....

Semasa dalam perjalanan menuju keluar kami terpandang kanak-kanak comel ni.
Bertenggek atas batu sambil memegang manik
"five lira...five lira"...sambil menunjukkan jari-jari kecilnya.
Ya Allah..tersentuh hati ibu melihatnya.
Ketika anak-anak kita sebaya ini masih sibuk dengan bermain toys...dan gajet..
tapi anak kecil ini surah pandai membantu keluarga.
Menitis airmata ibu.
Allahhu..sebak...dalam penat anak ini masih mampu tersenyum'
Kami menghulurkan beberapa "lira" tanpa mengambil manik yang dijualnya.
Tersenyum riang anak kecil ini sambil mengucapkan sesuatu dalam bahasa ibunda.
Mungkin ucap terima kasih.
Ya Allah..semoga si kecil ini dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Di sana ada sebuah kedai menjual karpet, cadar , sarung kusyen dan souvineer.
 Ibu beli karpet, sarung kusyen dan souvineer di sini.
Penduduk di sini juga menjual pelbagai jenis tudung.
Harga di sini  berganda-ganda murah berbanding di tempat lain.
Kalau kalian berkesempatan ke sini...belilah..
Bantulah mereka kerana keadaan hidup penduduk di sini agak susah.
lagipun harganya amat murah dan berpatutan.

Petangnya kami check in di Suhan Hotel dan Spa.


Di hadapan hotel.

Malamnya kami ke Bandar Cappadocia.
Kecil dan lengang je bandarnya.
Kami menaiki teksi.
Sebenarnya hotel tidak begitu jauh dari pekan cuma kalau berjalan kaki tu agak penatlah.



Terdapat hotel-hotel dan kedai-kedai dibina di dalam gua.
Ada sebuah hotel di pekan ini amat unik cuma ibu agak seram melalui perkarangannya kerana dekorasinya yang menyeramkan
Diiringi dengan bunyi muzik macam filem serammm....Scary.
Usahkan nak bergambar kat depan hotel tu..nak toleh pun seram sebab kat atas bumbung
diletakkan replika yang menakutkan...
Kemain kami lari sebab terperanjat dan takut...ha3x...

Deretan kedai-kedai di sini juga bersambung dengan gua.
Di bahagian hadapan je nampak macam kedai biasa tapi bila masuk rupanya
kami perlu melalui lorong ke bahagian belakang bersambung dengan gua.

Salah sebuah kedai seramik di dalam gua.
Awalnya kami agak takut nak masuk semasa dipelawa...ha3x....
Rupanya harga barangan kat sini berganda-ganda lebih murah.
Teruja sangat ibu melihat pinggan seramik yang cantik dan murah berganda-ganda
 dari tempat yang kami singgah.

Bahagian dalam berliku-liku....seram je.dah la pergi malam..ha3x.
Dalam seram tu sempat juga ibu beli pinggan seramik.
Tuan kedai hadiahkan along 2 utas gelang kristal...

Ditengah roundaboard.....
Sebelum balik ke hotel kami singgah makan kebab yang femes di pekan ni.
Memang sedaplah.

Banyak pengalaman berharga yang kami dapat di sini...
Menyaksikan keindahan alam ciptaan Allah yang berbeza-beza setiap daerah yang kami pergi.
Perjalanan diteruskan keesokkan harinya..

KLIK SINI :
Part 2-Istanbul
Part 3-Bursa
Part 4-Uludag


Jom terbang bersama TURSINA TRAVEL

29 April 2019

Persediaan Asas Umrah

Kali ini ibu nak share lah sedikit alatan yang perlu kita 
bawa semasa nak pergi mengerjakan umrah.
Kadang-kadang benda-benda asas ni kita sering terlupa bawa.

1. Selipar Jepun
Semasa pergi umrah ibu sekadar berselipar jepun je.
Tak perlulah kita nak bawa kasut yang mahal dan cantik kerana di sana 
kita cuma berselipar untuk pergi ke masjid dan membeli belah.
Lagipun setiap kali masuk ke masjid selipar tu perlu dibuka dan dimasukkan ke dalam plastik.

2. Ubat-ubatan : 
Penting sebab ubat di sana agak mahal. 
Bawalah paracatemol, ubat batuk, ubat selsema, ubat @gula-gula sakit tekak, 
ubat-ubat rutin seperti penginap darah tinggi, semput dll.
Minyak-minyak angin perlu dibawa bersama.

3. Sejadah kecil : 
Selain menjimatkan ruang dalam bagasi, sejadah ni amat penting 
kerana ada kalanya kita terpaksa solat di luar masjid.

4. Gunting kecil : 
Untuk ibadat umrah. 
Perlu disimpan di dalam bagasi semasa penerbangan.
Nanti tak pasal-pasal kena rampas.

5. Pakaian : 
Untuk wanita bawalah 3-4 helai jubah sudah mencukupi. 
Ibu lebih selesa memakai tudung labuh untuk solat.
Pakaian dalam perlulah bawa lebih ye.

6. Setokin :
 Perlulah dibawa lebih kerana biasanya kita solat dan ulang alik ke masjid.


7. Sepet @ Ketip Kuku :
Walaupun nampak remeh tapi sangat penting.

8. Plastik untuk Menyimpan Selipar:
Kat Masjidil Haram ada disediakan plastik-plastik ni.
Tapi lebih baik kita bawa yang agak tahan supaya kita tidak.membazir plastik yang pakai buang.
Kat Masjid Nabawi rasanya tidak disediakan plastik ni.

9. Peralatan Penjagaan Diri
Sabun (terutama di Mekah nanti), syampoo,
Sikat, lip bam, vaseline, losyen dll.

10. Spray Wuduk
Sangat-sangat penting sebab di Mekah tandas agak jauh di luar sana terutama perempuan.
Jika kita terbatal wuduk kita
sekadar spray je untuk
Berwuduk. Yang penting kita mengikut tertib -tertibnya.

Ibu rasa ada beberapa perkara lagi yang perlu dibawa mengikut keperluan masing-masing.
Ibu sekadar share apa yang terlintas difikiran ibu....

About me