Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

2 Disember 2014

From Penang With Love

Bersua kembali.
2-3 hari ibu menyepi membawa diri.
N3 sebelum ni adalah auto publish je.......
Macam la sebelum ni tak menyepi...hahaha.

Hari ni ibu nak kongsi kisah percutian kami.
From Penang With Love la sangatkan.
Cuti hujung tahun ni kami tak terbang jauh ke obesi macam tahun lepas
klik SINI dan SINI.
Sekadar bercuti dalam negara Malaysia yang terchenta.
Cuti ni pun ayah bisik-bisik pada malam anniversary
kami yang lepas.

Kami pergi bercuti ke Penang ni selama 3hari 2malam.
Bermula 27-30.12.2014.
Last sekali ibu ke Penang tahun 2012.
Tak banyak yang berubah....lagipun tak sampai 2 tahun.

Bertolak hari Khamis malam Jumaat.
Jemput bujang terhangat ibu di Kem Smart Quran.
Minta izin dengan ustaz untuk pinjam Farouk selama 4 hari....

Perjalanan di lebuhraya Utara-Selatan mengambil masa selama hampir 7 jam.
Kami bertolak pukul 10 malam dan tiba 4.30 pagi.
Mem besar sedap je berdengkur disebelah driver.
Driver terpaksa bersengkang mata memandu sorang2....
Ada jugak Ayah minta ibu drive.....mula la ibu bagi alasan
sakit kepala...sebenarnya sayang nak sambung tidur....ha3x...

Tiba di Penang seawal 4.30 pagi.
Ayah sempat melelapkan mata seketika sambil menanti azan Subuh.
Destinasi pertama kami singgah.
Masjid Kapitan Keling.

Selesai solat subuh kami ke jeti feri.
Bujang terhangat ibu  masih berjubah...
Maklumlah malam tu lepas jemput Farouk dari Kem Smart Quran 
kami terus bertolak ke Penang......
Naik kereta terus Farouk tidur sampai ke pagi.
Memang tak sempat tukar baju.

BFF...Ayah dan Farouk.......

Bersarapan nun di seberang sana....
Saja jelah Ayah bawa 2F naik feri.
Tak sahkan kalau pergi Penang tak naik feri.
Murah sangatttt makanan kat situ....
Kami makan nasi lemak dan roti canai.


Pemandangan indah Penang dari atas feri.
Dalam laut tu banyak obor-obor.

Iman muda posing atas feri....

Sebelum check in hotel sempatlah ayah bawa kami pergi shopping-shopping
sepanjang Chowrosta.
Itu pun Naurah dah mula mengadu penat la....sakit kaki la..panas la..
Si ayah memang kaki window shopping...ronda-ronda tak hinggat.......
Akhirnya ibu dan Naurah mengalah dipertengahan jalan.
Ayah mulalah dengki ibu...sms yang dia sekarang sedang bershopping kat
Mydin la...shopping sana la..sini la.....emmmmmm
Malas ibu nak layan......

Gambar ni ibu pinjam dari en google.....
Kami menginap di Hotel Continental Penang.
Kalau dulu kami menginap di Cititel Hotel...
Dekat je antara ke dua2 hotel.


Kami dapat bilik aras 14.
Bilik boleh tahan luas untuk kami berempat....
(*3Farah tak dapat ikut kerana Along dan Angah sibuk dengan presentation dan exam
Beby pulak tak dapat cuti..huhuhu.)
Macam biasa bila sampai hotel perkara pertama yang
dicari kanak-kanak rebina berdua ni adalah swimming pool...
Kat lif dah check senarai semak kedudukan swimming pool tu.
Kebetulan bilik kami mengadap swimming pool di aras 6.
Campak je barang-barang terus ajak pergi swimming pool......
Adehhhh......

2F dah tak sabar-sabar nak berendam......
Ibu taksabar-sabar nak rebahkan badan kat tilam empuk.
Redha jelah dengan permintaan 2F nie.


Inilah tempat yang paling mereka teruja.
Awal-awal dah cakap mereka  tak nak kemana-mana sebab
semua tempat dah pernah pergi....
2F : Kalau cuti kita rehat-rehat jelah...jalan-jalan kan penat....
Alahai......

Dah tak perduli panas terik yang membakar......

Daripada berdua berendam sampai penuh 1 kolam......masih tak puas-puas...
Mem besar dah bosan tahap ultramen......
Entah berapa banyak gambar ibu upload ke insta..buat status kat fb..
berwassap dengan group family dan rakan2 masa tunggu 2F ni berendam...
Nampak tak bertapa bosannya jadi penunggu tu....

Akhirnya hujan turun dengan lebatnya....Hurrayyyy........
Bertapa gembiranya ibu......maka dapatlah ibu bersenang lenang kat bilik....

Hari ke 2 dan ke 3 pun sama....
Sedap je tuan kecik ni berehat setelah kepenatan yang melampau......
Tau pun penat....Muka pun dah rentung....
Ibu cakap kat ayah nanti rumah baru ayah siap, silalah bina kolam besar2.
Tak payah lagi bawak budak 2 orang ni pergi bercuti.....
Biar berendam kat rumah je......

Bayangkan mereka berendam sehingga matahari terbenam....
Ibu suka view ni.
Ibu snap dari aras 6 tepi kolam renang.......

Ni pic masa pergi b.fast...Makanan kat sini so-so je.
Sekepala RM14 je untuk b.fast..
Lepas je isi perut terus ajak pergi swimming pool lagi dan lagi......
Emmmmm...stress betul la....

 Muka perenang utama negara....ha3x....

Malamnya ibu keluar dating berdua dengan Ayah.
2F dah kepenatan mengalahkan perenang negara.
Ajak keluar dah taknak.
Awal-awal dah zzzzzz......
So kami berdua jelah keluar shopping-shopping....makan-makan...
ronda-ronda....emmmmmm..sunyi pulak tanpa anak-anak.
Mulalah ibu sedih tiba-tiba...terbayang suatu hari nanti ibu dan ayah
berdua macam nie.......oooooo.....sayunya hati...
Dalam sayu hati habis jugak semangkuk sup kambing ibu hirup...ha3x...
Ibu dan Ayah pekena sup kambing ala mamak.

 Misi utama ibu cari nasi kandaq....
Memang feveret ibu.
Amat sesuai dengan selera dan tekak ibu nie....
Kat luar hotel bersepah restaurant   nasikandar.
Harga pun ok.....

Akhirnya percutian 4hari 3malam dipendekkan jadi 3hari 2 malam saja.
Agaknya ayah dah mati kutu tengok 2F habiskan masa di swimming pool...
Ibu pun dah mati kutu dok jadi peneman 2F berendam pagi petang....

Akhirnya ayah tukar program lain.......(*tungguuuuuuu...).
Selamat tinggal Pulau Pinang....
InsyaAllah kami datang lagi......

22 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...Reply To This Comment

Kalau ke PP, kakcik suka menginap di Sunway Seberang Jaya sebab dekat tempat membeli-belah - Senang nak beli makanan. Lepas tu baru naik feri atau jambatan ke pulau... :)

NzA berkata...Reply To This Comment

@Kakcik Nur
kami tak pernah pulak menginap kt area sana...nnti kena cuba jugak la....he3x....tqsm kcik atas cadangan tu.

Murni Alfathunnisa berkata...Reply To This Comment

kak nza, breakfast kat penang sentral ye kak..? tu mesti sup hameed tu kan...

kakcik, bila nak datang penang lagi..?

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Adoi, kak! Nak gelak pulak pasal sedih keluar berdua tu tapi habis sup dikerjakan. Memang sedih kak. Saya pun dapat rasakan 'kesedihan' akak keluar suami isteri je ^_^

Kalau baru kahwin dulu, seronoklah keluar berduakan. Bila dah ada anak ni, lain macam sikit kalau tak bawa anak-anak bersama. Ralat paralaks memanjang!

Kita orang perempuan pergi celah mana pun nak shopping tapi budak-budak ni memang nampak swimming pool kat hotel jerk!

NzA berkata...Reply To This Comment

@Murni Alfathunnisa
Aha tepat sekali...akak bagi markah 100%...he3x....

NzA berkata...Reply To This Comment

@Mummydearie
sebab sedih makan xhinggat...ha3x...

Yelah MD, setahun dua ni hidup akak penuh kerinduan...siang malam rindukan anak2.....kalau boleh diputarkan kembali saat2 3Farahs disisi.....huwaaaaa.....

itulah...stress betul la budak2 nie....

cahayahidupku.blogspot.my berkata...Reply To This Comment

Swimming pool lah tempat kesukaan anak2 kan NZA.. berapa lama nak berendam ikut suka hati mereka jer.. :)

NzA berkata...Reply To This Comment

@CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati)
betul la kak yati.....kalau pergi bercuti sanggup habiskan masa berendam je....

Masya berkata...Reply To This Comment

kematu montot kalau g bercuti kat penang .. perjalanan jauh huhuhuhu

aizamia3 berkata...Reply To This Comment

Teringin nak pergi Penang nak guna Jambatan baru tu.. hehehe.. tapi ntah bila sebab en. suami sibuk dengan urusan harian.

Nur berkata...Reply To This Comment

Tak pekena nasi kandaq beratoq ke kak Nza? Dah dekat dah tu, ngan masjid kapitan keling, tapi waktu malam la syokkk.. :D

NzA berkata...Reply To This Comment

@Masya
Mmg jauh cuma yg bonusnya melalui h.way. kalau ke pntai timur dr johof ni trpaksa lalu jln biasa yg sesak dgn lori..fuh mmg berasap tiap kali blk kg.

NzA berkata...Reply To This Comment

@aizamia3
Akak pn xsmpt lalu situ...trkilan plk rasa.

NzA berkata...Reply To This Comment

@Yati
Adik akak suggest gak ke situ xcuma kena byk brsabar sbb ramai org.

Unknown berkata...Reply To This Comment

ini lah dia.. mandi sampai lebam. hehehehe. kemain sonok lah dapat berendam lama2 yer~

tak sabar nak tunggu sambungan episod jalan2 nih.

ibuayu berkata...Reply To This Comment

anak2 kalau ckp hotel je ..swiming pool yg dicarinya kan kak.....so next destination mana tu..x sabar lak nak baca...

NzA berkata...Reply To This Comment

@Nafira usof
gitulah setiap kali pergi bercuti...adeh ank2...
sbnarnya smbungan kisah prcutian kami xbest pun.....huhuhu

NzA berkata...Reply To This Comment

@ayu Ismail
itulah anak2 ni kan..pantang jumpa air abis lupa tujuan utama bercuti....
oksmbungan percutian dh dikluarkan....kisah xberapa nk best...

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Kenapa 2F tu tak terus je mandi hujan... lagi best, 2-in-1. Huhuhu...

Suka dengan pendapat 2F: "Kalau cuti kita rehat-rehat jelah... Jalan-jalan kan penat...."

NzA berkata...Reply To This Comment

@Muhammad Syahmi
Kalau pihak hotel benarkan mmg confirm 2f berendam...sbb dh jd polisi bila hujan terus ditutup..he3x..

Adeh...syahmi pn join idea 2f tu ye....

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

@NzA

cuti ni memang saya nak cuti secuti-cutinya...

tapi tak boleh juga, ada banyak urusan peribadi dan keluarga yang perlu diselesaikan. tak rasa macam cuti pun. huhuhu...

NzA berkata...Reply To This Comment

to Syahmi
betul3x...rehatkan badan n minda....seronok kalau boleh bermalas2 tnpa memikirkan soal kerja utk seketika....

Akak pn akn bercuti ke kg bermula sabtu ni...sama jugak..nk selesaikan urusan keluarga di sana....

About me