Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

3 Disember 2014

MAHA 2014

Tajuk yang sangat skema....
Dah agak lama jugak ayah rancang nak ke MAHA ni.
Kalau boleh ayah nak angkut semua 5F.
Tapi keadaan sekarang agak kritikal buat Along dan Angah.
Saat-saat  menjelang exam sem mereka berdua sibuk dengan presentation
dan persediaan exam.
Beby pulak sibuk dengan kerja dia.

Makanya sewaktu bercuti  ke Penang , ayah ubah rancangan.
Percutian yang sepatutnya 4hari 3malam dipendekkan sehari
sebab ayah nak jugak singgah ke MAHA ni.

 Bermulalah ke destinasi seterusnya....

Kami singgah makan di RnR Ulu Bernam.
Boleh tahan juga asam pedas claypot ni.
Pekat + pedas......nyum...
Sebelum tu kami singgah RnR Sg Perak.
Kalau ke Utara ibu suka singgah sini sebab banyak jual buah-buahan.

Perjalanan memakan masa lebih kurang  5jam dari Penang ke Kuala Lumpur.
Ditambah dengan hujan dan jalan yang sangat sesak.

MasyaAllah...masa kami tiba memang ramai sangat pengunjung.
Kebetulan hari terakhir dan hujung minggu pulak.
Redha jelah  parking kereta jauh dan mendaki ke atas.
Kat pintu masuk pun dah sesak.
Ibu memang tak suka sangat tempat-tempat macam nie.
Lain la kalau pergi bershopping...ibu sanggup memeriahkan lagi edisi shopping-shopping.......
Ayah tak lepas tangan bujang terhangatnya tapi ayah sanggup biarkan
ibu jalan dengan Naurah kat belakang dia.....huhuhuhu.....

Tempat pertama Farouk tarik tangan Ayah.
Teringin nak masuk dalam bola besar.
Tapi hajat tak kesampaian sebab orang ramai sedang beratur.

Kawasannya memang luas.
Memang tak larat la ibu nak menapak ke setiap station tu.
Ditambah dengan hujan gerimis.
Entah apa yang Ayah minat sangat kat area sini....
Nak kata minat jadi petani..pegang cangkul pun tak pernah.....
Patutnya ayah kena pergi bahagian yang jual mikrofon tu....baru sesuaiiii....

Kes kena paksa bergambar la nie....muka seposen.
Ayah yang banyak snap pic dan w.aaps kat ibu.
Muka macam orang tak redha.
Kak Naurah awal-awal warning jangan tangkap gambar dia.....

Kawasan yang paling menyakitkan deria bau ibu.
Tapi kagum melihat lembu-lembu yang bersaiz besar dan gagah perkasa....

Sekeping ni je  gambar ibu.
Itu pun ayah paksa ibu pergi posing dengan "emak lembu" yang sangat comel....
Farouk malu-malu bila "emak lembu" peluk bahu dia....
"Emak lembu" tu tak nak pulak peluk bahu ibu......ha3x....

Lepas keluar dari kawasan ni ibu dan Naurah sesat.
Tiba-tiba Ayah dan Farouk hilang dari pandangan.
Rasa nak nangis je time tu.
Dah la ibu tak tahu arah tujuan....
Rasa nak je pergi kat petugas tu suruh buat pengumuman :
"PERHATIAN!!!!!!...seorang isteri berjubah hitam bersama
seorang anak perempuan telah kehilangan suami....
En Suami sila datang ke urus setia SEKARANG!!!!!....."
Ooooooo...tak sanggup ibu dimalukan.
Macam mana kalau ada rakan-rakan ibu kat situ.
Memang ada pun rakan lama ibu dari Terengganu di situ
sebab kami masing-masing update status kat FB.....
Cuma tak bersua sebab keadaan sesak dan kawasan sangat luas.
Kalau anak2 kecil takpelah....ni mak budak hilang suami......
Maka dengan gigihnya ibu dan Naurah menjejaki  tempat parking kereta.
Berkali-kali Ayah call tanya ibu kat mana...tapi ibu blurrr..
Tak tahu nak cakap kat mana......
Agak lama jugak  ibu sesat....oooooo...baru tahu bagaimana perasaan
anak-anak kecil sesat dan kehilangan ibu bapa ditempat awam.....

Masa ibu dan Naurah sesat sempat pulak Ayah dan Farouk bergembira di sini....

 di sini......
Kat sini Farouk naik kuda letrik....
Ayah ada w.apps videonya.....
Ni sedang menunggu giliran la kot.

dan disini......

Walaupun Farouk nampak manja tapi dia berani.
Dia pernah pegang ular yang saiznya 2x ganda lebih besar.
(*masa bercuti di Taman Reptilia Perlis 2011 Klik di SINI.)
Kalau ibu memang terjerit-jerit lupa dirilah jawabnya.
Ayah pun sebenarnya penakut....
Nampak tak Farouk berselfie masa ni.
Ibu tahu ayah berada jauh beberapa meter dari Farouk dan suruh
Farouk snap gambar sendiri....silalah percaya.

Akhirnya ibu dan Naurah jumpa juga jalan keluar.
Maka kami terus ke kereta.
Ayah call lagi dan lagi....
Risau agaknya ibu hilang.....
Sayang jugak kat isterinya nie.....ha3x.

Dalam  lebih 30 minit barulah Ayah dan Farouk muncul.
Adeh......rasa dah tak nak lagi pergi tempat macam nie.....

12 ulasan:

pB berkata...Reply To This Comment

Assalamualaikum,

kami disini dari jam 9 pagi hingga 9 mlm...

NzA berkata...Reply To This Comment

@pB
Lama tu. Mmg puaslh menjelajahkan.

LYAfrina berkata...Reply To This Comment

best la berpeluang ke MAHA ni..
lya jauh sgt nk pergi

NzA berkata...Reply To This Comment

@LYAfrina
Mmg byak info kat sini..kalau byk ank2 kecil kena brtabahlh cz luas sgt2..tapi tren n bas disediakan cuma xsnggup beratur.

Unknown berkata...Reply To This Comment

tergelak2 Zura baca n3 akak nih.
memang x best kan pergi tempat sesak cam nih. Zura pon lagi syok pergi shopping kompleks. hahahaha

NzA berkata...Reply To This Comment

@Nafira usof
Kita serupa la zura...akak on jenis xlasak n cpt penat..sbb tu xsanggup menapak. Tapi kalau bab shopping xhinggat plk...he3x

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Saya tak pergi pun MAHA ni, kak sebab ramai sangat orang. Saya ni ala-ala retis antarabangsakan. Berpeluh nanti ^_^

Mak lembu yang comel tu tak peluk akak sebab akak tinggi sangat. Sakit tangannya nanti. Lagipun maybelah, dia rasa Farouk lagi comel. Hahaha!

Kenapa akak tak google je cari jalan keluar? Nasib baik tak buat pengumuman, kalau tidak jadi bahan satu BP tu nanti. Manalah tahu ramai rupanya kengkawan ada kat situ.

Anak hilang makbapak biasalah dengar. Isteri hilang suami sampai nak nangis-nangis ni, luar biasa pulak rasanya ^_^

NzA berkata...Reply To This Comment

@Mummydearie
Ha3x....kalau ke situ mau brpeluh smpai ke tapak kaki.

Rasanya mak lembut tu takut kena belasah kot....

Mmg aneh kalau si isteri meraung sbb kehilangan suami. MAunya masuk metro. Femes 1 Msia..ha3x

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Walaupun saya kerap lalu kat MAEPS time MAHA ni berlangsung, tapi saya tak singgah-singgah juga. Sebab saya tau saya tak larat nak jalan kat situ. 2010 pernah pergi dua kali, bila balik, penat menapak ke kereta, jauh parking kat kuarters UPM...

Tak singgah ke IOI City Mall ke, setentang dengan MAEPS tu? Tak sampai seminggu buka kepada umum...

NzA berkata...Reply To This Comment

@Muhammad Syahmi
Yelah...mmg xlarat sgt. Akak pernah pergi 2thn lepas. Tu pn en ayah ajak temankan. Bkn beli apa pun. Beli pokok kari n pokok bunga.

Xpergi syahmi sbb dh badmoon sbb hilang jejak...he3x

aizamia3 berkata...Reply To This Comment

Kami pergi hari Sabtu tu.. buat lintas hormat je kat sana.. hehehe.. ;)

NzA berkata...Reply To This Comment

@aizamia3
He3x....mmg ramai org. Akak plk pergi hr ahad....masyaallah...nk fengsan

About me