Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

10 Ogos 2011

Bertadarus-Puasa ke 9

Sekarang ini bila waktu rehat ,
di sekolah ibu diadakan program tadarus Al-Quran.
Semua murid-murid wajib bertadarus dan dibimbing oleh setiap guru.
Setiap guru telah diagih-agihkan kepada surah yang berbeza
untuk membimbing murid-murid dalam kumpulan yang kecil.

Ini group ibu, ibu diberi juzuk 27.

Budak-budak kecil ini senang dibentuk.
Mereka mendengar kata dan patuh pada arahan.
Walaupun terkadang mereka mencabar kesabaran guru.
Alhamdulillah, bila loceng rehat berbunyi ,mereka tanpa
lengah-lengah menuju ke tempat yang telah ditetapkan...
Bersiap sedia untuk bertadarus bersama-sama..

Indahkan kalau program macam ini berjalan setiap hari
di sekolah dan di rumah walaupun selepas Ramadhan .
Bila difikir-fikirkan, kehidupan kita sekarang  banyak
dihabiskan untuk mengejar keduniaan semata-mata.......

9 Ogos 2011

Resepi Semalam-Puasa ke 8

Maaflah ye kerana sejak puasa ni ibu asyik tayang makanan.
Bukan niat nak menunjuk-nunjuk tetapi memang kewujudan  
blog ini pun untuk catatan atau dairy ibu sekeluarga.
Laipun ibu masak ala kadar mengikut selera 
anak-anak dan ayah.
Kategori simple dan mengelakkan pembaziran.
Dan mungkin akan jadi bahan atau rujukan anak-cucu ibu kelak.
InsyaAllah..Itupun kalau blog ni masih panjang umur........

Yelah, ada orang kata tayang-tayang makanan tak elok.....
Tidak kisahkan kerana ibu tahu rakan-rakan blogger
yang bertandan adalah rakan-rakan yang sudi berkongsi dairi kami...
Kita kena hormat niat masing-masing..
Setiap orang tidak sama.
Tidak syoklah kalau ada yang seolah-olah tidak puashati
dengan tema blog seseorang..

Ada orang wujudkan blog Politik, Keagamaan, Kekeluargaan, Bicara Artis
Isu Semasa, bisnes dan macam-macam...
Itu baru dinamakan perkongsian..
Dan semua itu ibu akan singgah demi mendapat ilmu....
Tak gitu?????....
Kata orang sentiasa "THINK POSITIF"....
Hish!!!! kesitu pula ibu nie...

Oklah, ibu nak tayang (tayang la sangat) hasil airtangan
ibu + Farouk semalam.
Sila jangan bosan ye......

 Semalam ibu masak murtabak maggie.Resepi di sini.
Ada kejadian disebaliknya.
Taulah Farouk tu, kalau ibu masuk dapur dia mulalah sibuk
volunteer nak tolong.
Terkadang ibu jadi rimas dengan "kerajinan" luar biasa dia.
Semalam punyalah sibuk nak tolong kacau bahan perencah.
Akhirnya!!!!!!!!....abis bahan-bahan tu jatuh dan tumpah.
Sempat juga kena marah dengan ibu yang tengah kepenatan ni....

Daging masak rose. Resepi di sini.

 Dah buntu nak masak ikan tongkol ni.
Akhirnya ibu bakar jelah.
Anak-anak ibu tidak begitu minat ikan tongkol padahal ikan ni baik untuk minda.
Klik sini.

dan lawannya air asam ini..
Sedap jugalah tetapi hanya ibu dan ayah yang makan.
Anak-anak tak layan....hu.hu.hu....

Melayan Budak Ini-Puasa ke 8

Macam biasa selepas solat Zohor ibu tak buat apa-apa.
Sekadar menunggu kedatangan Asar 
sebelum masuk dapur untuk menyediakan juadah berbuka.
Tiba-tiba datang si Farouk mengajak ibu bermain chess.

 Farouk: Jom ibu, main lawan chess dengan Farouk..
bolehlah...bolehlah 
(perkataan "bolehla" akan  disebut berulang-ulang kali kalau dia minta apa-apa)
Ibu: Yelah, tapi sekejap jelah sebab nanti ibu nak solat Asar dan nak masak.
Farouk: Terima kasih ibu..Farouk teror tau main chess....
Yelah tu sangat.

So kami lawan la main chess...
Entah permainan apa yang dia ajar ibu.
Tengokkan macam main "dam aji" je.
Ibu ikut jelah tanpa banyak songeh.....

Bila Farouk dah hampir kalah:
Ibu : Eh, kenapa "horse" Farouk mengundur ke belakang.
Farouk : Tak pelah bu, "horse" Farouk dah tua, dah tak larat nak lompat ke depan...
Lagipun "dia" puasa..."Dia" penat la bu.......
Ibu: Haik!!!!, boleh ke macam tu????.
Farouk: Boleh la bu.....
Along tersenggeh-senggeh tengok adiknya mula auta bila dah nak kalah.

Tiba-tiba aje Farouk berlari keluar.
Farouk: Bye ibu, Ayah ajak Farouk pergi beli air tebu untuk berbuka.
Ibu mainlah sorang-sorang  ye......
Ibu: Amboi-amboi, tadi bukan main lagi ajak ibu lawan....
Alahai, pandai ye, bila dah nak kalah melarikan diri.....
Alahai, bujang ibu......

About me