Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

21 Januari 2013

Jom Main Lego.

Salam sayang semua.
Hari ini ibu nak cerita tentang hobi baru anak-anak ibu.
Asalnya hobi Farouk dan sekarang dah berjangkit kepada si kakak-kakaknya.

Mula-mula beli sekotak seorang.
Tak cukup sekotak pergi punggah lagi.
Masing-masing nak tambah koleksi.

Ibu sekadar lepak-lepak dan memerhati anak-anak dengan tekunnya mencantum semua tu....
Leka pulak ibu tengok ana-anak main lego...
Setakat ni, ibu belum berminat nak join sekaki.......hehehe....

Beberapa objek yang telah siap dan menjadi koleksi anak-anak.







Kejap baring, kejap meniarap, kejap duduk nak menyiapkan cantuman lego....

Puncanya bermula lego yang ibu beli kat Vietnam untuk Farouk..
Bila kakak-kakak tengok Farouk tekun memasang lego tu masing-masing teringin nak jugak.

Kat sana lebih murah 2X ganda berbanding di Malaysia.
1 kotak sederhana cuma 240,000 dong=RM30 berbanding kat sini RM60.

20 Januari 2013

English In Camp 2013-Tajaan OUM

Salam sayang dan rindu semua.
Kebelakangan ini ibu tak begitu aktif up-date blog akibat masalah kesihatan.
Maaf ye jika ibu pun masih tidak sempat nak BW macam dulu.

Hari ni nak cerita tentang Beby a.k.a Farah Najdah.
Hari Khamis hingga Sabtu  Beby terpilih untuk menyertai 
English In Camp Tajaan OUM (Open University Malaysia) di Tanjung Balau, Kota Tinggi...

Sejak tahun lepas(masa Beby Form 4) Beby terpilih untuk mendapat tajaan OUM.
Hanya 4-5 buah sekolah yang terpilih dalam Daerah Muar dan setiap sekolah
cuma 20 orang saja pelajar yang dipilih setelah melalui peperiksaan tapisan @ kelayakan anjuran OUM.
Kisah Beby..Klik SINI dan SINI

Beby bertolak pada pagi Khamis.
Ibu sekadar hantar Beby di pintu masuk sekolah 
kerana bas akan membawa dia dan rakan-rakan ke sana.
Punyalah besar beg budak ni bawa.
Mengalahkan orang nak pergi haji......alahai...

English in camp 2013.

Beby....

 Pemandangan di pantai.
Tanjung Balau ni terletak di Kota Tinggi.
Kalau dari rumah ibu ke sana memakan masa lebih kurang 2-3 jam jugak la.....

 Wakil dari sekolah Beby seramai 20 orang.
Ini gambar rakan perempuan saja.
Yang lelaki dalam 10 orang juga kot...


Bukan main gembiranya budak ini....
Tiba-tiba ibu teringin nak ke sana.
Cantik sangat pemandangannya.
Sebenarnya banyak gambar yang Beby snap tapi ibu malas nak upload.
Entah kenapa internet kat rumah ni ada problem kalau nak upload gambar ke blog....
Kalau upload kat FB tak ada masalah pun.....Entahlah.

Waktu berendam sampai kecutttt....
Mereka menginap di Pelangi Balau Resort selama 3 hari 2 malam..
Semuanya di taja oleh pihak OUM...

Beby kata makan pun best kat sana...
Tapi katanya dia tetap rindukan masakan ibu...alahai anak...anak...

Pelbagai aktiviti dijalankan di sana.
ibu pun tak sempat nak ingat sebab Beby becok bercerita sampai ibu jadi penat.....hehehe....
Ada jungle tracking, aktiviti kumpulan, persembahan drama dan macam-macam....

Aktiviti dalam kumpulan.

 Persembahan kumpulan.
Ibu pernah ikuti program ini masa dijalankan di Hotel Pelangi Muar....KLIK SINI.

Group Beby bersama hadiah kemenangan.

 Bukan main seronok lagi si Beby nie.
Ni ibu ambil petikan kata-kata dari FB Beby:
I'm having so much fun at the camp .
Get to know new friends , get a new experience , get a knowledge and so many more .
This camp teach me to be more patient and always cooperate with each of the members .
My team ? WHITE TEAM ! 
Our team name ? TIGER WARRIORS !
Slogan ? WE ARE RARE AND WE ARE SQUARE !
Meaning of the hands ? WE ARE ALWAYS UNITED AS A TEAM !
The members ? Nach , Kasyah , Adha , Syud , Hazy , Leeya , Farina , Nurin , Aqaz , Nabila , Aliah !
Our faci ? Eftal !
Cheers ?

We got the T.I.G.E.R
We got the P.O.W.E.R
We got the T we got the P
We got the TIGER POWER !
TIGE POWER ! POWER ! ♥ ♥ ♥


Ibu rasa amat berbaloi-baloi program ini dijalankan kerana
ianya banyak menekankan dalam komunikasi Bahasa Inggeris.
Biasanya anak-anak mahir dalam penulisan tetapi segan untuk berinterasi dalam 
Bahasa Inggeris dengan rakan-rakan.
Tetapi ibu lihat Beby amat petah berinteraksi dan sebutan yang digunakannya pun amat-amat mengkagumkan.....

Terima Kasih OUM kerana memberi peluang serta menaja anak ibu serta rakan-rakannya dan
semoga program ini diperluaskan walaupun budget agak mahal untuk menaja
setiap orang pelajar sepanjang tahun.....
Kalau tak silap ibu, setiap pelajar ditaja dengan kos sebanyak RM1600 seorang.


19 Januari 2013

Hotel Kurus dan Tinggi di Ho Chi Minh.

Salam sayang semua.
Maaf ye sejak kebelakangan ni ibu agak lemau meng"update" blog akibat masalah kesihatan.
Dah seminggu ibu di serang demam + athma attack + selsema + batuk......

N3 ini pun di atas permintaan rakan blog yang akan ke Vietnam cuti nanti.
Ibu dah buat n3 tentang restauran halal. di sana (atas permintaan rakan blog juga).
Harga penginapan tak semahal makanan di sana.
Sekali makan kita akan habis dalam RM100++ tapi sewa hotel
agak murah berbanding Malaysia.
Ibu menginap di hotel 3 bintang je..
Semalam dalam RM 115- RM 120 seorang.
Inilah hotel yang paling slim yang pernah ibu tengok.
Rupanya kat Vietnam ni, selain dari orang2nya yang kecil + slim,
reka bentuk rumah dan bangunannya pun lebih kurang sama jugak.
Kebanyakannya slim je dan bentuk kotak-kotak tapi kemas...
Walaupun kawasan pendalaman, rumah penduduknya tidak ada rumah yang uzur.
Semua dalam rekabentuk moden walaupun kecil.....

Memang ada hotel besar + mewah di sana tapi non mampu la ibu nak menginap di sana.
Sekadar untuk merehatkan diri setelah penat bershopping.....
Hotel 3 bintang pun dah cukup selesa untuk ibu....

Di kad ni tertera alamat dan no telefonnya.
Bila kita chek in, tak perlu susah-susah nak angkut beg bagai.
Semuanya pekerja hotel uruskan.
Bagilah tips sedikit untuk mereka.
Di sini juga terus diberi pw internet tanpa perlu kita minta...

Pemandangan depan hotel..
Ce tengok...slim jekan hotel tu tapi tinggi la jugak....
Area sini je ada 3-4 buah hotel dengan rekabentuk yang sama tapi harga berbeza.
Setiap hotel yang ibu jumpa memang tidak disediakan parking kereta.
Yang ada cuma parking motorsikal di bawah bangunan hotel.
Yellah, kat sana pengangkutan mereka kebanyakan menggunakan motosikal....


Ok, ibu zoom sikit gambar nie.
Inilah bahagian dalamnya.
Memang selesa......

Masa untuk check out....
Datang dengan 1 beg, balik dengan3 buah beg yang besar + sarat dengan kain + baju...

 Di airport Ho Chi Minh.
Sabar menanti check in.
Amat-amat lambat dan agak lembab pengurusannya...
Kawalan amat ketat di aiport Ho Chi Minh.
Nak bawa naik sebotol air mineral pun tak dibenarkan....huhuhu.....

Selamat tinggal Ho Chi Minh..InsyaAllah tahun depan ibu akan kembali lagi.....

Tiba di LCCT hari dah lewat petang.

p/s:
Akhir tahun ni ibu agak lapang sikit.
Tidak lagi terikat dengan peperiksaan awam setelah ibu kena lalui selama
beberapa tahun lepas.
Bermula along  dan angah dan Beby UPSR----->PMR----->SPM setiap tahun
tanpa henti.....
Fuh!!!!Minda ibu amat penat.....sudah lama ibu tidak mampu bercuti ke luar.....
InsyaAllah selepas Beby SPM hujung tahun nie, 
ibu dah tak terlalu terikat lagi dengan tuisyen dan program sekolah yang padat...

InsyaAllah akhir tahun ni  ibu dan anak-anak akan terbang ke 
Pulau Macau, Hong Kong (disneyland) , Shenzen dan Ghounzou.....
Tiket dah siap booking awal-awal.......
Cuma menghitung hari untuk ke sana.....InsyaAllah......

About me