Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

26 Disember 2014

Menangis Dari Kejauhan

Hati mana tak risau dan sedih bila menyaksikan bencana alam
yang melanda negara kita sekarang terutama di negeri kelahiran
ibu,... Kelantan dalam keadaan semakin kritikal..
Lebih sedih bila ibu hanya mampu memandang dari kejauhan...
menyaksikan satu persatu rumah keluarga dan rakan-rakan ditenggelami air.
Menyaksikan penderitaan mangsa banjir yang terpaksa menderita..

Dan saat ini ibu telah terputus hubungan dengan mama, abah
serta adik-adik....juga dengan rakan-rakan rapat yang sering
update tentang keadaan mereka di sana....
Terputus akibat talian internet sudah tidak berfungsi...sudah masuk 3 hari
bekalan elektrik terputus....mungkin handphone dah kehabisan bateri.

Hati bertambah risau dengan keadaan mama
yang tidak sihat....kaki mama tidak mampu
melangkah seperti orang lain dalam kata lain lumpuh....penglihatan
mama kabur kerana penyakit kronik...
Makcik @mummy yang juga tidak berdaya melangkah kerana tidak sihat.
Rumah mereka juga mula dinaiki air.
Seorang makcik bersama keluarganya terperangkap di KL yang baru tiba dari Mekah.
Rumahnya telah ditenggelami air separas dada.

Rumah sepupu ibu dan rumah yang ibu bina disana juga mula dinaiki air.
Semua penduduk di situ diarah berpindah.

Ya Allah...hati bertambah risau
bila mendapat berita hampir 1000 orang
penduduk kampung ibu terpaksa berpindah
kerana air naik mendadak.
Sebelum ini kampung ibu tidak pernah banjir.

Bagaimanakah keadaan mereka di sana.
Ibu hanya mampu berserah pada Allah...
Hanya mampu menadah tangan memohon doa agar keluarga ibu
terutama abah dan mama serta adik2..rakan-rakan...dan mangsa banjir
lain sentiasa di bawah lindungan dan kasih sayang Allah....amiin.

Gambar terakhir adik w.apps petang kelmarin...
"Kak, jangan risau...kami masih dalam keadaan selamat.....
Rumah abah/mama masih tidak ada tanda-tanda di landa banjir....
Tapi mereka terperangkap kerana jalan disekeliling telah dilimpahi air.

Sekitar Banjir di Pasir Mas 2014-Bandar tempat ibu dilahirkan
24.12.2014-Air sungai mula melimpah di bandar.....

Gambar pada 24.12.2014-Benteng di Dataran Air Muleh hampir pecah....

Seluruh bandar Pasir Mas telah dinaiki air....






26.12.2014-Air semakin deras melimpah melepasi benteng.....

 Sesungguhnya keadaan ini amat sukar bagi ibu namun ibu perlu kuat lalui semua ini...Hendak pulang tidak mungkin sama sekali.
Lapangan terbang jugak dinaiki air apatah lagi
jalan darat...
Ya Allah.....

Sama-samalah kita membantu setakat yang termampu....
Semoga ianya meringankan beban mangsa dan juga akan menjadi saham akhirat kita nanti...
InsyaAllah.


14 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...Reply To This Comment

SubhanAllah.

Semoga keadaan akan segera kembali pulih sepenuhnya.

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...Reply To This Comment

sama2 kite berdoa ye kak nza..sapa tak risau kalau terputus hubungan dgn keluarga tersayang..semoga keluarga kak nza dan jugak mangsa2 banjir yg lain semua dipermudahkanurusan dan sntiasa di bwh lindungaNya insyaAllah..

insan marhaen berkata...Reply To This Comment

Ujian dari langit menambahrapat hati kita kepada Allah.

Sabar adalah pengikatnya...

Qaseh Vee berkata...Reply To This Comment

salam kenal ... tabahlah ibu . hanya itu yang mampu saya katakan ... sesungguhnya ujian Allah ada sebabnya . doakan mrk semua selamat dan berada di tempat yg selamat ... saya juga bimbangkan ibu saya di perak yg di bawah jagaan kakak ... semoga tiada perkara buruk yg berlaku...

Ummi Hanie berkata...Reply To This Comment

ya Allah selamatkanlah kelantan dan semua tempat yg dinaiki banjir... amin...

sabar dan doa byk2 ye kak

NzA berkata...Reply To This Comment

@Kakcik Nur
InsyaAllah...mudah2an keadaan cpt pulih

NzA berkata...Reply To This Comment

@Lily Mama Zara|Zareef|Zayed
Terima kasihlily....InsyaAllah...Allah sentiasa mendengar rintihan hambaNya...Moga dipermudahkn.

NzA berkata...Reply To This Comment

@insan marhaen
InsyaAllah.....amiin

NzA berkata...Reply To This Comment

@Qaseh Vee
Terima Kasih QV.....semoga keadaan kembali pulih secpt mungkin....amiin

NzA berkata...Reply To This Comment

@Ummi Hanie
amin..amin..amin.....semoga dipermudahkan..InsyaAllah....

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

semoga banjir cepast pulih kak..berat mata memandang berat lagi bahu memikul

Sham berkata...Reply To This Comment

Sabarla bebanyak kak ek...insha Allah, Allah akan jaga org2 disana...

NzA berkata...Reply To This Comment

@Puan Kutu
Alhamdulillah semuanya dh mkin pulih cuma amat2 sedih melihat kemusnahan yg diluar pemikiran....moga mrk terus tabah.

NzA berkata...Reply To This Comment

@Sham
InsyaAllah.....amin.

About me