Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

22 September 2012

Kesibukan Farah Najdah Sepanjang Minggu

Hari ni nak buat n3 kisah budak sorang nie.
Puteri ke 3 ibu yang kepalanya lebih kurang sama dengan ibu.
Kelakar bila baca statusnya kat FB:
"Saya tak nak jadi doktor, saya nak jadi pensyarah"
Teringat cita-cita ibu masa kecil dulu.
"Saya nak jadi cikgu, saya tak nak jadi doktor".
Kan sama tu........cuma ayatnya terbalik sikit....

A. Aktiviti Membedah Tikus..
Najdah a.k.a beby di makmal sains.
Sempat posing.
Gambar-gambar ni ibu kidnap dari FB Beby dan kawan-kawannya..

Kat tengah tu cikgu Biologi Beby. Comelkan.
Katanya cikgu awal-awal dah pesan, masa buat eksperiment jangan menjerit
tetapi akhirnya cikgu yang terjerit-jerit akibat ketakutan + geli....hehehe....

Operasi bermula.
Ibu tengok gambar-gambar kat FB pun naik loya dibuatnya.
Kesian tikus yang comel tu dikerjakan budak-budak nie.
Jangan risau ye, gambar yang ibu kidnap ni tidak mengandungi unsur kegelian + meloyakan.....
Semua gambar ibu dah tapis.......

Tak habis posing budak-budak nie....Alahai....
InsyaAllah, adalah nanti diantara mereka yang akan bergelar doktor suatu hari nanti.

B. Karnival Ko-Kurikulum 1M1S.
Sejak 2 minggu ni Beby sibuk dengan latihan bola jaring di sekolah.
Dan rentung kulit Beby.
Beby terpilih mewakili sekolah ke Karnival Ko-Kurikulum di Matrikulasi Johor 
pada hari Khamis lepas.
Masa sekolah rendah Beby pernah mewakili sekolah ke pertandingan
Bola Jaring dan bola baling peringkat daerah.
Anak-anak ibu tidak aktif dalam olahraga.
Semua lembik macam ibunya nie.
Cuma mereka  mewakili sekolah dalam sukan dan permainan.......

C. Aktiviti Kelas Bahasa Inggeris Tajaan OUM (Open University Malaysia)
Kelas Bahasa Inggeris tajaan OUM masih berjalan dengan jayanya.
Kisah OUM klik di SINI dan di SINI.
Yang pastinya Beby tidak sabar untuk hadir ke kelas setiap petang Jumaat
dan pagi Sabtu setiap minggu.
Beby sanggup tidak ikut ibu dan ayah outing semata-mata tidak ingin ponteng kelas.
Kalau tak silap ibu, pelajar yang ditaja setiap seorang diperuntukkan RM1200-RM1600.
Semua itu ditaja oleh OUM.

Minggu lepas Beby sibuk berlatih untuk kelas drama.
Yang kelakarnya habis baju ayah jadi mangsa.
Beby yang berpakaian lelaki tu....
Biasanya setiap aktiviti akan diadakan pertandingan diperingkat daerah......
Semoga mereka tidak sia-siakan peluang yang ada......

13 ulasan:

♥MAMASYAZA♥ berkata...Reply To This Comment

alahaiii kak, bedah tikusssss. gelinyaaaa. sah2 le kalo suruh saya buat, saya tak sanggup...tolonggggg

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamasyaza
2lh pasal...tgk FB depa geli je...wekkkkkk!!!!

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

cikgunya menjerit bedah tikus...
cikgunya selalu bedah orang, xbiasa bedah tikus...

Susah nak cari pelajar sekarang yg komited dlm pelajaran dan ko-kurikulum serentak...

CikguAreefNaim berkata...Reply To This Comment

salam,

erm, setiap org pasti ada cita2... namun kgkala, ianya tercapai n juga sebaliknya...

mcm sy, tk penah bercita2 nk jd cikgu apatah lagi ustaz :) tp dh rezeki di sini kan... mmglah apply KPLI, tp tak bermakna, sy terpaksa utk menjd cikgu... Dh rezeki di sini, sdgkan sy mmg apply mcm2 keja, ditipu agen pekerjaan pun pernah, huhuhu...

Nur-nba berkata...Reply To This Comment

Tersenyum Nur membaca kisah cikgu Bio anak akak tu...

Semoga anak2 akak berjaya mencapai cita2 yang diidam-idamkan.. Beby sangat aktif.. Serba boleh.. :)

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

hehe..cikgu yg menjerit geli ye..klu lily pun mmg tak sangguplah kak..geli & takut ngan tikus... :)

ummiross berkata...Reply To This Comment

Comelnya cikgu Beby..

Aktifnya Beby, Alhamdulillah. Seronok sungguh nampak Beby menjalani kehidupannya sebagai pelajar. Bertuah juga sebab dapat peluang kelas BI tajaan OUM tu. Tumpang seronok kan NzA dengan kejayaan anak2..

Salmi berkata...Reply To This Comment

Walaupun gambar dh ditapis, tetap geli geleman.. eeee
Tahniah buat Beby. Moga cita-citanya nak jadi pensyarah akan tercapai.

Unknown berkata...Reply To This Comment

walau macam mana lah kak ibu tapis tapi keloyaan dinda ni kalah orang kemabukan mengandung....hahahahaha

Baby Good Luck

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

sekarang bestkan apa aktiviti anak2 boleh tengok kt FB..cepat pantas.. ^_^

teringat masa matrik dl, belah tikus juge, tp sian sgt sbb tikus tu comel sgt,kaler putih..huu~tak smpai hati..huu~

Kasih Salina berkata...Reply To This Comment

salam kak..saya kalo nampak tikus dah lari & menjerit, ni kan plak nak bedah tikus mau pengsan dibuatnya..geli ooooo...

Dilla Ady berkata...Reply To This Comment

hmmm...teringinnye nak tgk acha berpakaian mcm ni..

harap2 die minat nk jadi doktor..aminnnnn...

comelnye cikgu beby, da mcm kawan2 pulak...sib baik gambar da ditapis kak...sian kt tikus tu..huhu

Murni Alfathunnisa berkata...Reply To This Comment

kalau saya...tak sempat nak bedah tikus saya dah pengsan dulu...hehe...penakut..!

About me