Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

16 September 2012

Kisah Hari2 Terakhir Syawal.

Salam rindu semua.
Maaf ye kerana kebelakangan ini n3 ibu makin berkurang
dan ibu pun dah kurang BW.....
Bukan sibuk tetapi........????????

Di sini ibu buat catatan hari-hari terakhir Syawal.
Sebenarnya banyak cerita yang ingin ibu kongsikan di sini.
Tetapi sejak kebelakangan ni idea ibu dah makin tandus........

Hari Jumaat-14.9.2012
Ada sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah.
2 orang kanak-kanak riang ria sudah siap bersedia untuk ke sekolah bagi meraikan
sambutan raya bersama rakan-rakan dan guru-guru....
Tahun ini Kakak Naurah dah warning Farouk awal-awal untuk tidak lagi pakai
sedondon........segan katanya.
Kakak Naurah berbaju kuning dan Farouk berbaju warna unggu.....

Dimajlis hari raya....
Beg sandang Naurah pun berwarna kuning.
Dah nampak ciri-ciri suka melaram..
Agaknya ikut sapa la tu.......

 Saban tahun bila ada majlis sambutan raya,
akan ada pertandingan Busana Bergaya.
Kalau tengok baju budak-budak sekarang memang kalah cikgu-cikgunya.
Anggun sungguh......
Sepasang baju mencecah ratusan ringgit.....

Untuk Tahun ni Naurah merangkul Naib Johan Busana bergaya....

Dan Farouk tidak menang pun.
Ibu sebenarnya paling tak suka baju Melayu farouk yang warna purpule nie.
Tapi entah kenapa Farouk suka sangat baju ini......

Sabtu 15.9.2012-
Marhaban..Marhaban..Marhaban.....
Sebelum pergi marhaban posing dulu.
Naurah ni suka bergaya.
Pening juga ibu memikirkan baju budak sorang ni.
Kalau kakak2nya cuma ada 3-4 pasang baju raya tapi Naurah ada hampir 10 pasang baju raya.
Nak buat macam mana, Naurah nilah yang selalu ikut ibu dan ayah ke setiap
open house, jadi ibu terpaksa sediakan baju raya yang lebih untuknya.
Kat Johor rayanya memang meriah sampai terlajak ke bulan Zulkaedah.
Hari Selasa ni pun masih ada jemputan open house.....

Marhaban rumah pertama di pagi Sabtu...
Rumah pertama kami dihidangkan dengan ketupat + lodeh + rendang
dan makanan sampingan.
Nasib baik ibu tak makan ketupat....Selamat la perut ibu untuk seketika.....

Naurah , Farouk dan rakan sekelas Farouk, Anis...
Anis tumpang kereta ibu sepanjang marhaban.
Risau pula tengok si kecil nie bonceng basikal kawannya......
Rumah ke dua yang kumpulan ibu kunjungi....
Rumah seorang guru....

Marhaban  bermulaaaaa......

Rumah ke dua kami dihidangkan dengan mee goreng dan pelbagai juadah sampingan...
Budak-budak ni kalau dah jumpa dadih dah tak layan makanan lain...

Ni rumah ke 3.
KAmi dihidangkan dengan ayam goreng + kentang dan pelbagai kuih muih.
Menu kegemaran budak-budak....
Licin dikerjakan.....

 Rumah ke 4 masing-masig dah tak larat nak makan.
Terpaksalah cikgunya ni bungkuskan semua makanan dan digih2kan untuk dibawa pulang.

Selesai marhaban, kami ke open house.
Along pun ikut sama kerana kebetulan Along bercuti selama 3 hari...

Kat sini lagi mengancam dan terancam.
Ibu dah tak mampu memandang tetapi membaham...hehehe...
Macam-macam menu ada dan disediakan dalam bentuk gerai.
Ada murtabak, pelbagai jenis mee/kuewtiaw, nasi beriyani gam, ayam goreng CFC,
sup tulang dan macam-macam menu yg sedap-sedap.
Maklum la rumah orang terkenal dan dihadiri ramai VVIP......

Selepas hadir ke open house Tn Hj Janis,
 ibu bergegas ke kenduri kahwin.
Sebenarnya ibu terlepas sebuah lagi open house akibat kesuntukan masa.
Petangnya ibu terpaksa ke Tangkak untuk servis kereta.
Melayagn la duit ibu untuk servis" major" kali ini.
Dah la tengah bulan....huhuhu.......

p/s:
Dengar khabar angin ada lagi sekumpulan murid
Tahun 6A, 6B dan 6C nak datang beraya hari ini.
Maklum la mereka baru tamat exam...
Kunjungan penutup bulan Syawal.......


23 ulasan:

ummiross berkata...Reply To This Comment

NzA, begitu rupanya cara orang Johor beraya, ada marahaban lagi, sungguh meriah sekali, teringin pulak nak merasa suasana macam tu, tak pernah pulak suami ummi bertugas di Johor, kalau tidak dapat merasa suasana di sana.

Hehe..sessi membaham ye, tentu menunya sedap2 belaka, ummi dengar cerita pun dah tak tertahan kecur ni hehe..

mamaijat berkata...Reply To This Comment

.....membaca N3 ni aje buat mamaijat sebu perut....
dah terbayang kemengahan dinda....
walau cubit sana sikit...sini sikit...lama lama pasti membukit juga kan....

♥MAMASYAZA♥ berkata...Reply To This Comment

wow sampai 10 psg ekk baju anak dara akak tu, tapi serius le kak, cantik2 belaka. sronok saya tgk baju2 dia

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

patutlah tgok baju naurah asik bertukar,cantik2 plak tu..rupanya 10pasang baju raya.aduh mana tak tumpahnya kuah klu tak kenasik kan..hehe

raya dijohor mmg meriah.klu kt utara ni paling kuat pun seminggu je raya.hihi

Salmi berkata...Reply To This Comment

Wah, Naurah sampai 10 pasang baju raya!! Yelah kan.. kuah, ke mana tumpahnya kalau bukan ke nasi.. betul tak Yah?? hehe..
Rindunya nak bermarhaban macam dulu-dulu..

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
mmg meeriah ummi raya kt Johor..kita yg trkdg rasa xlarat sgt2....hr ni dh brakhir syawal ttp masih beraya sakan.....

tang yg kecur n xthn mengawal nafsu makan yg jadi masalah pd nza skrg nie ummi.....huhuhu....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaijat
betul tu kanda....bila blk rumah baru prasan hr tu langsung xjamah nasi padahal mcm2 menu nasi ada.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamasyaza
Mayb thn ni yg trakhir Naurah dpt baju byk kot cz thn dpn dia dh naik sk menengah...mana la tau dia dh xnk join ibu n ayah lagi.....

Akak mmg suka tgk baju yg cntik2 tu su....sbb tu trkdg bils shopping smpai pokai....

NzA berkata...Reply To This Comment

to PK
aduyai...mmg pokai si ayah n ibu kalau melayan budak sorg ni....nk baju yg cntik2 + bling2 je...sbnarnya ibu pn suka baju camtu....hehehe....

yelh PK, kt sini meriah selama 1 bln...

NzA berkata...Reply To This Comment

to kak salmi
puteri bongsu dpt lebih sikit cz dia slalu ikut ibu n ayah ke open house n jemputan kawin..kakak2 dia pn suka tgk adiknya tu suka brgaya..hehehe....

xdelh kak mie, melaram sikit2 je...rasa dh tua la.....

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Meriah sungguh raya kak Nza! Cantik baju Naurah, suka saya tengok, memang bergaya :)

Farouk pun ensem. Saya suka baju ungu dia tu :)

jeBateja berkata...Reply To This Comment

Kita kalau pi marhaban...rumah last sure hidang roti jerk....depa taw...org dah tak larat nak makan....ahakz

NzA berkata...Reply To This Comment

to dinas
TQSM...akak suka tgk baju2 cantik ni ttp skrg ni Naurah je la yg masih patuh n ikut citarasa si ibunya....

hehehe...baju bujang tuu mengikut citarasa ayah....

NzA berkata...Reply To This Comment

to jebateja
itu yg sebaiknya cz msg2 dh kenyang...

Unknown berkata...Reply To This Comment

wah meriah betulkan kat johor kak ibu, kat seremban ni macam biasa je le...ingat tahun ni nak buat open house tapi disebabkan cuti qayyum masa tu belum ditentukan lagi jadi tertunda lepas tu langsung tak jadi hehehehehe

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Cantik baju Naurah yg warna kuning tu...suka lily tgk..& tahniah dapat naib johan busana bergaya..memang cantik baju tu..

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaQS
begitulh saban thn raya kt johor...trkdg trlajak ke bln zulkaedah...esok pn masih ada open house lg....

NzA berkata...Reply To This Comment

to lily
TQSM...naurah mmg suka melaram...agaknya geng dgn Qis la tu...hehehe....

azieazah berkata...Reply To This Comment

ZAKIAH:
Sebagai guru, tentulah banyak majlis yang hendak dikendali dan dihadiri. Penat badan takpa, janji kenyang makan.

Izan Ishak berkata...Reply To This Comment

izan suka tgk baju naurah yg warna kuning tu kak... glemer gitu!

sesi baham makanan yg tak tahan dgr tu kak... alahai...nasib baik raya ni selamat perut sbb tgh pantang...

NzA berkata...Reply To This Comment

to azieazah
betul tu trutama mengajar dikelompok kampung...mmg byk jemputan majlis yg perlu hadir.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to izan
budak ni xnk kalah dgn ibu.....hehehe...

2lh sesi membaham yg xthn tu....

Dilla Ady berkata...Reply To This Comment

cantiknye baju naurah yg warna kunen ni...nape tak menang kak, cantik sgt2 da ni di mata sy ni...huhu

About me