Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

21 Disember 2014

Banjir

Salam rindu semua.
2 minggu ibu habiskan sisa-sisa
cuti di Kelantan.
Minggu pertama cuaca agak baik.
Sempatlah habiskan masa bershopping
dan JJCM.

Minggu ke 2 hujan mula turun.
Musim tengkujuh telah tiba.
Sempatlah ibu bawa 2F melawat
kawasan yang dinaiki air
kerana rumah mama/abah
tidak pernah dilanda banjir.

Jalan-jalan tengok air.
Kami ke sisir sungai Kelantan.
Air memang mengalir deras.

Emmmm...kecil..besar..tua..muda tak lekang
dengan gajet.
Cuma si kecil Balqis aje yang exited tengok air.

Sebelum balik ibu singgah tesco yang
kononnya ditenggelami air.
Alhamdulillah keadaan kering tanpa
gangguan air.
Ibu sempat tinjau Bandar Kota Bharu.
Pun sama...tidak terdapat banjir
seperti yang diwar-warkan malah
segala aktiviti berjalan seperti biasa.

Otw jalan masuk ke kg ibu ditenggelami
sedikit air.
Bukan main exited 2F tengok banjir...

Ni gambar kawan ibu w.apps.
Rantau Panjang yang paling terjejas
teruk berbanding kawasan lain.
Ianya berpunca limpahan air
dari Sungai Golok yang terletak berhampiran
Bandar Rantau Panjang.

Ramai juga rakan-rakan ibu tinggal
di sana.
Moga mereka tabah lalui ujian ini..
Insyaallah.

p/s :
Masih belum berpeluang nak ziarah
rumah kawan2.
Laptop meragam tak dapat detect tenet.
Alahai.....sabar jelah.



12 Disember 2014

Masih Di sini

Salam rindu semua.
Ibu masih bercuti di sini.
Belum sempat nak update dan jalan-jalan
rumah kekawan.


8 Disember 2014

Souvineer

2 malam lepas setiba di rumah dari tempat kerja,
 tiba-tiba Beby hulur 1 bungkusan pada ibu.
Beby : Ibu, Beby dah dapat gaji....ni untuk ibu...
Ibu : Terima kasih beby.....cantiknya.......

Emmmm...terharu sungguh ibu.
Walaupun pendapatan tak seberapa kerja part time sempena cuti Sem 
ni tapi Beby tak lupa bagi hadiah untuk ibu.
Mulalah ibu syahdu dan sedih....
Mujur tak ada drama peluk memeluk macam dalam TV tu.... 

Ini kainnya.
Cantikkan...warna pink.
Ibu doakan semoga Beby murah rezeki dan
dipermudahkan perjalanan hidup Beby.....
InsyaAllah
Amiin...

Angah pun pernah hadiahkan  kain macam ni berwarna biru kat ibu
semasa dapat elaun  pertama masa belajar asasi dulu.....
Baju yang ibu pakai hadiah dari Angah..
Tempat feveret MD bershopping....mana lagi kalau bukan Jalan TAR....he3x....
(*sorry ye laling.....akak joke je...)
Jenis kain dan corak yang sama macam yang Beby bagi cuma berbeza warna.
*Cecuba cari sendiri yang mana ibu.....

Along lebih  suka belanja ibu makan, beli jajan...maklumlah Along
pemakan orangnya....he3x....

Terima kasih anak-anak ibu.
Walaupun masih belajar mereka dah mula menghargai ibu.
Semoga Allah sentiasa lindungi anak-anak ibu dengan
rahmat dan kasih sayang.......Amiin.

About me