Semasa bercuti di Kelantan, ibu sempat singgah makan di Captain T Restauran.
Dah berapa tahun jugak restauran ni wujud tapi ibu belum berminat untuk singgah.
Itupun ibu pergi sebab berdating dengan rakan lama.
Reka bentuk restauran ni agak unik kerana ianya menyerupai kapal besar.
Ni yang sempat ibu snap.
Cuma ada 4Fsebab Along tidak bercuti dan sibuk untuk hadapi exam sem 2.
Bahagian belakang restauran, mengalir Sg Kelantan.
Sebenarnya kawasan ni pun sudah ditambak.
Sabar menunggu order yang belum kunjung tiba.
Emmmm...menu macam-macam dan nampak mengancam.
Harga pun boleh tahan tapi rasanya.....??????no komen.....
Nasi goreng Cina.
Terpacak sekor je udang kat atas tu...alahai....
Nasi goreng kampung....sama jugak,sekor je udang bertenggek......
Yang lebih sadis bila kat menu tulis sotong celup tepung..
tapi bila tiba depan mata rupanya jemput-jemput...
Sotong menyorok disebalik timbunan tepung.
Adeh.....
Komen anak-anak ibu :
Ibu masak 100X ganda lagi sedap.......emmmmmm...
Akhirnya budak yang 'kecewa' dan kempunan nak makan sotong celup tepung melepaskan
geram kat sini....
Selesai urusan "gosip dan dating" ibu dengan rakan-rakan,
kami singgah ke tesco yang tidak jauh dari situ.
Melepaskan geram anak-anak yang ternyata tidak puas hati dengan makanan di situ.
Macam biasa mereka nak makan Big Apple donut dan sushi.
Singgah shopping-shopping sebelum malam menjelanggggg....