Kebelakangan ni ibu begitu gigih membuat lokching a.k.a satey ikan sendiri.
Makanan feveret ibu dan setiap kali balik kampung pasti ibu akan cari....
Rindu kampung punya pasal...ibu rajinkan diri.
Rindu kampung punya pasal...ibu rajinkan diri.
Nilah benda alah yang menjadi kegilaan ibu...Lokching a.k.a satey ikan.
Maka dengan gigihnya ibu cuba buat sendiri.
Bukan susah sangat cuma kemalasan ditahap tertinggi buatkan
projek ibu terbengkalai.....
Dan sudah pastinya ayah jadi orang yang sedia berbakti mencari
bahan-bahan yang si isteri inginkan.......
Bahan-bahan :
1/2kg tepung ubi/kanji
1 kg ikan selayang di buang tulang dan kisar(nak tumbuk pun boleh)
1 biji bawang besar di kisar
1 sudu besar soda bikarbonat
sedikit garam dan serbuk perasa.
Semua bahan digaul sebati serta diuli membentuk doh.
Bentukan bulat-bulat kecil.
Goreng sekejap dan kemudian di cucuk pada lidi satey.
Bakar sekejap....(sila rujuk gambar di atas)
dan celup dalam sos manis/sos pedas.
Ini versi orang malas seperti ibu.
Goreng sampai tak hinggat dan campak dalam pinggan...
Menimbun.....
Lagipun stok lidi tak ada....
Tak sampai hati nak suruh ayah keluar lagi semata-mata beli lidi satey....
Baikkan ibu...ha3x....
Anak-anak pun confius bila ibu kata tu lockhing...
Masing-masing diam...no komen.
Ibu tahu dalam hati masing-masing komen ibu......
Ni sosnya.
Cara-cara :
Tumis 3 ulas bawang putih yang telah diketuk.
Masukkan air, 2 sudu besar tepung ubi/kanji, pewarna merah dan gula.
Kalau nak pedas masukkan serbuk cili.
Masak hingga agak pekat.......
Dah penat gentel bulat-bulat.....tiba masanya ibu gentel panjang2.....
Ha2x......maka terhasilnya keropok lekor yang sangat sedap.
Bahan pun sama jekan....
Ok selamat mencuba....Cuma jangan jadi resepi "derhaka"
macam ibu ye......he3x....
p/s:
Semalaman ibu xdapat lena risaukan penerbangan ayah kerana
cuaca semalam tidak begitu baik....Syukur Alhamdulillah ayah selamat tiba.
p/s:
Semalaman ibu xdapat lena risaukan penerbangan ayah kerana
cuaca semalam tidak begitu baik....Syukur Alhamdulillah ayah selamat tiba.
27 ulasan:
sedapnyaa satey ikann :D
minggu lepas beli kat pasar malam..3 cucuk rm1, beli rm3, baru 9 cucuk..takde dapat extra pon..hehehe..
boleh la cuba resepi ni nanti
haaaaaaaa sedapnye .... terer la buat sendrik
memang sedap ni...terus plan nak cuba buat pulak weekend ni ibu
peberet kami jugak ni kak nza..selalu jugak beli..10batang rm2 tak puas mkn sorg..nmpknya lepas ni kena buat sendiri la bila ada stok ikan.tq resepinya..:)
Sedapnya Lokching ni kak.... Kat Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor, banyak orang jual kan. Sedap. Rajin betul akak memprosesnya.
Tak pernah makan...rasa nak gi muar rasa air tangan akak hehhehe
Acik tak pernak makan sate ikan ni NzA..bukan kata tak suka..tapi rasanya tak pernah jumpa
saya baru tau org panggil lokching..ada jumpa kat kuantan ingat kopok lekor biasa jek tp cucuk lidi..hihi..aeppon, mmg sedap.saya suka, saya suka..=D
Hu... Kalau cicah dengan sos cili thai ni lagi sedap. Saya boleh hadap satu besen, sorang-sorang jer ni...
Sedap lokcing ni. Rajin kak Nza buat. :)
Rajin akak menguli. Buat sendiri mesti puas hatikan. Dapat makan byk sampai puas.. :D
Salam kak. Baru tau namanya lokcing. Biasa kat sini selalu tgk org jual atas motor. Tapi tak tau la itu makanan yang sama ke tak
@Nur Inani
sedapkan....
@Mar Mansor
kalau kt r.panjang masih dpt 6 cucuk Rm1...mmg mkn xsedarkan...sedap.
@eima
simple je nk buat eima...puas mkn.
@Ann Ishak
mmg puas hati kalau buat sendiri...cubalah....berbaloi.
@Puan Kutu
betul tu PK....leka mkn benda alah ni...cubalah buat...simple je n bhn2 pn senang dpt.
@Aziela
aha aziela..kalau p sana mmg akak akn cari lokching dulu....he3x...
@ayu Ismail
jom dtg muo..nnti akak buatkan.
@Acik Erna
sedap acik tapi area sini xde jual la..
@Lily Mama Zara|Zareef|Zayed
itulah lockhing lily....nama tu dr selatan thai....
@insan marhaen
Ha3x...betul tu IM...mkn ni mmg xsedar.....
@Yati
teringin sgt yati...sini xde jual.
@Zefa NorAsmara
uli manja2 je zefa tapi puas hati dpt mkn puas2...he3x
@Normaliza
betul la tu..biasanya mrk guna moto atau basikal jual ni serata tempat....
Janji menjadi dan boleh makan sudahlah, kak. Bukan nak dijual kat kedai pun. Hahaha!
Kira bila time rajin sampai, macam-macam kejadian berlaku kat dapurlah ya, kak *_*
Catat Ulasan