Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

5 Januari 2015

Mini Reunion SIS (Kisah Kebelakang)

Kisah basi yang terperam dalam draf.
Masa dan keadaan membuatkan banyak cerita jadi berlapuk dan berkulat.

Kisah balik kampung penghujung tahun 2014.
Ha, kan dah hampir setahun tu.
Tapi sebenarnya kisah ni pada pertengahan bulan 12 sebelum banjir besar melanda Kelantan.

Semasa balik bercuti ibu sempat
ber-mini reunion dengan kawan2 lama.
Projek spontan berjaya menyatukan kami.
Bayangkan dah 2 dekad kami
terpisah dalam mengejar impian dan setelah bekerja masing-masing
sibuk dengan keluarga.

Hari pertama kami berkumpul dirumah
N di KB.
Ya Allah, riuh rendah masing2 bila bersua.
Ada diantaranya ibu dah ingat2 lupa.
Memori dah kong dalam kepala.

Menu memang gempak habis.
Kami buat ala-ala pot luck....
makan-makan...gosip2...gelak2.....recall balik nostalgia
masa zaman remaja.
Tak sedar masa berlalu begitu pantas.....

Hari ke 2 kami berkumpul pula
di rumah H di Kg Pendek.
(Kawasan yang agak teruk dilanda banjir..)

Hari ke 3 dan terakhir kami berkumpul di
rumah Z di PM.

Seronok sangat rasa bila kami dapat luangkan masa bersama.
Berkongsi kisah sedih dan gembira.
Bahagia melihat anak-anak makin membesar
dan sedang menyambung deligasi kami dulu.

Entah bila lagi akan diberi kesempatan sebegini.......Terlalu indah untuk dikenang.

4 ulasan:

insan marhaen berkata...Reply To This Comment

Saya pun sempat organize mini re-union dengan kawan-kawan masa belajar di MARA dulu.

Memang mengujakan. Ada yang masih sama, ada yang dah jauh berubah...

NzA berkata...Reply To This Comment

@insan marhaen
Yelah IM....rasa seronok sgt sbb lama xjumpa.....ramai jugak yg dh brubah n langsung xcam.

Cho Zila berkata...Reply To This Comment

ni kisah sebelum banjirlerkan..
memang seronok jumpa sahabat lama..
seronok mengimbaukenangan lama...
macam2 kisah terkini juga dibicarakan...
sekali jumpa hilang rsa rindukan...

NzA berkata...Reply To This Comment

Cho zila
Aha sblm banjir besar melanda. Seronok sgt sbb dh lama trpisah.

About me