Selamat Kembali Ke Sekolah.
Ibu dah 2 hari bertugas...
Lama jugak tak buat n3 tentang farouk ni.
Ibu dah 2 hari bertugas...
Lama jugak tak buat n3 tentang farouk ni.
N3 pertama 2015 untuk farouk.
Alhamdulillah semakin menganjak usia
ibu nampak farouk semakin matang
walaupun sikap manjanya masih menebal.
Agaknya anak lelaki lambat matang berbanding anak perempuan.
Sampai saat ini tak sah kalau dia tak
peluk dan cium pipi ibu lebih 10x sehari...
Manja mengalahkan kakaks.
Pencapaian dalam akademik juga semakin membanggakan ibu
walaupun prestasi Farouk tidak secemerlang 4Farahs.
Alhamdulillah.....banyak perkembangan positif yang ibu lihat.
Harap-harap tahun 2015 ni Farouk berubahlah sikapnya
terutama dalam kelas....
Sejak tahun lepas Farouk diberi tugas melaungkan Azan Maghrib
secara bergilir-gilir di surau taman perumahan di sini..
secara bergilir-gilir di surau taman perumahan di sini..
Bila dengar suara Farouk melaungkan azan..hati ibu jadi sebak....
Tak sangka babyboy ibu dah mampu melakukan suatu amal jariah diusia semuda ini.
Sekarang Farouk suka sangat pakai serban bila nak ke surau...
Katanya kain tu hadiah seorang pakcik surau...
Yang kelakarnya ibu yang tukang belit serban ni....adeh..kelakar.
Main belasah je.....ha3x...
Main belasah je.....ha3x...
Farouk : Ibu, nanti besar farouk nak jadi ulamak la....Nak jadi macam tok ayah....
Ibu : Ye ke???? Alhamdulillah tapi orang nak jadi ulamak kena jadi anak yang baik.
Ibu : Ye ke???? Alhamdulillah tapi orang nak jadi ulamak kena jadi anak yang baik.
Ya Allah, terkedu ibu....perbagai rasa dalam hati...syukur, bangga, sayu.....
dalam hati ibu berdoa agar cita-cita dan impian Farouk tercapai....InsyaAllah.
Moga Farouk mampu menempatkan ibu dan ayah ke syurga.......
Farouk lebih selesa berjubah dan berkopiah....
Kat rumah pun dia lebih suka berjubah dan berbaju Melayu....
8.1.2015- Sekolah ibu mengagihkan bantuan awal tahun.
Bila cikgu kelas hulur duit tu Farouk termenung sendirian.
Tak habis-habis ditiliknya duit tu.....
Pic ni pun cikgu kelas Farouk yang send pada ibu...
OTW balik Farouk cakap : Ibu...baju sekolah ayah dah beli...yuran dah bayar...buku /alat tulis
semua dah ada...Boleh tak duit ni Farouk nak derma kat kawan2 di Kelantan.
Kesian kawan2 Farouk kat sana...macam mana la mereka nak belajar......
Kesian kawan2 Farouk kat sana...macam mana la mereka nak belajar......
Ya Allah....rasa terhenti seketika degupan jantung ibu...
Ibu tak sangka sejauh itu niat suci Farouk .
Ibu tak sangka sejauh itu niat suci Farouk .
Sanggup korbankan nilai duit itu pada orang yang lebih memerlukan.....
Dalam hati rasa sebak..sedih..sayu...bangga...kagum..
Tanpa berlengah ibu singgah Econsave..kat situ ada 2 tabung derma..
1 untuk mangsa banjir dan 1 untuk Gaza....
Ibu hulurkan duit pada Farouk....kat situlah Farouk menderma....
Tak sia2 selama ini ibu mendidik dia lakukan kebajikan.
Rutin yang ibu latih pada 5F sejak kecil, setiap kami singgah ke masjid..surau...
atau mana2 saja pasti ibu agihkan duit-duit kecil pada mereka untuk dimasukkan dalam tabung...
Ibu pesan pada 5F, kita derma mesti ikhlas...jangan berkira...tak kira berapa
sen/RM yang kita miliki tu kena kongsi dengan orang lain...
Itu bukan hak kita seorang.....
dan setiap kali mereka memasukkan duit ibu pesan agar mereka baca Al-Fatihah sambil
berdoa dan mohon pada Allah agar jadi anak soleh/solehah..anak cemerlang dunia akhirat....
Eee..eh....bertazkirah pulak ibu...he3x..sedikit perkongsian
Sharing is caring....
23 ulasan:
Niat yang baik InsyaAllah akan dipermudahkan...
Farouk mesti boleh mencapai cita-citanya dengan iltizam dan usaha berterusan serta dokongan keluarga tersayang...
Alhamdulillah Farouk Anak yang solleh
@Kakcik Nur
InsyaAllah...itulah harapan ibu dan ayah pd satu2nya ank lelaki kami.....
@Kakcik Nur
InsyaAllah...itulah harapan ibu dan ayah pd satu2nya ank lelaki kami.....
@Acik Erna
InsyaAllah.....mudah2an...amiin.
hensemnya dia pakai serban :) belajar rajin rajin faraouk :D
Alhamdulillah..sangat bertuah akak dapat anak mcm farouk..mudah2an cita2nya nak jadi ulamak tercapai..
mulia sungguh farouk ni...sejuk perut akak mengandungkan dia...Alhamdulillah...
Alhamdulillah..Alhamdulillah. Farouk pasti mencapai cita2nya...Amiin.
@Nur Inani
Amiin...mudah2an thn ni farouk makin rajin belajar.
@wahida
InsyaAllah.....mudah2an cita2 dan impian farouk dimakbulkan Allah....
@Aziela
InsyaAllah.......amiin....
Alhamdulillah untung ibu dpt anak yg soleh.semoga impian farouk tercapai..:)
betul kak sharing is dapat pahala.Aiman pun klu pergi mana2 pasar malam ke apa jumpa org mitak sedekah wajib mitak duit kt ibu abah nak hulur bersedekah.yg penting kena terapkan dlm diri anak ikhlas dlm setiap pahala kan..
hensem farouk kak...ala2 imam muda plak..in sha Allah kak..bakal ketua keluarga yg baik nie... seronok plak bace kisah suke pakai baju melayu jubah tu....
Seronok baca catatan akak ni. Kita yang baca ni tumpang sejuk hati, apatah lagi ibu yg mengandungkannya..
@Puan Kutu
InsyaAllah mudah2an impian dia trcapai..
Betul tu PK, jika sejak kecilkita didik anak2 sebegitu mrk akn membesar jd seorg yg pemurah.
@lieyalatif
he3x......dia dh selesa berpakaian gitu lieya....
InsyaAllah...moga dia menjadi seorg pemimpin yg baik utk keluarga sekali gus menjadi pemimpin pd masyarakat.....
@Zefa NorAsmara
InsyaAllah zefa...semoga faroukmenjadi ank yg mampu menyejukkan hati kami sekeluarga....
alhamdulilah...sayu baca ..semoga farouk menjadi anak yg soleh
InsyaAllah ayu....itulah yg sntiasa kami doakan.
Alhamdulillah! Untung akak ada anak sebaik Farouk. Kecil-kecil dah memikirkan tentang kebajikan orang di sekelilingnya. Moga Farouk mampu menjadi ulamak seperti yang diimpikannya!
Catat Ulasan