Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

23 Januari 2015

Alahai Cik Hitam

Salam rindu semua.
Bersawang pulakblog ibu ni.
Kesibukan melampau membataskan ibu untuk terus jadi blogger tegar....

Ni kisah basi tentang cik Hitam ibu.
Diawal 2015 kesabaran ibu teruji lagi dengan cik Hitam ni.
Tak tahu dimana silapnya cik Hitam asyik buat perangai.
Awal tahun ni dah 3x ia menguji kesabaran ibu.
Minggu pertama 2015 cik Hitam
dah "cium" a.k.a gesel kereta seorang nyonya.
Kalau ikutkan memang nyonya tu yang salah kerana dia terus keluar
lorong sedangkan ibu berada di jalan utama.
Macam biasa la kan masing2 tak nak mengaku.
Ibu yang jenis malas nak bertekak.
Kata orang kekasaran baik dibalas dengan kelembutan.
Ibu akhirnya hulurkan RM200 dan
tidak semena2 si nyonya tu peluk ibu dan ucap terima kasih
emmmm, biarlah ibu rugi sedikit.
Mungkin duit tu bukan hak ibu..

Minggu ke 2 Ayah guna cik Hitam untuk ke KLIA.
Ayah terbang ke Kelate untuk misi bantuan mangsa banjir.
Bukan lama pun. Ayah naik flight awal pagi dan balik semula flight lewat malam.
1 hari je parking kat sana.
2 hari baru ibu perasan ada kesan kena langgar bahagian depan cik Hitam.
Redha jelah.

Minggu yang sama ibu ke kedai recycle untuk hantar buku2 terpakai di sekolah.
Sekali lagi tayar cik Hitam tercocok besi sampai koyak.
Redha dengan keadaan.
Melayang lagi RM500 untuk 2 bijik tayar.
Tayar tu baru je ibu tukar bulan 8 tahun lepas...
Baru 4bulan.
Pasrah dan redha dengan keadaan.
Ibu ambil yang positif.
Mungkin duit itu bukan milik mutlak ibu.

Kalau ikutkan hati ibu yang merajuk ni, nak je ibu ganti cik Hitam.
Tapi ibu sedar diri ibu...kami bukan orang kaya.
Hidup sekadar cukup-cukup makan je.
Tak termampu nak tambah beban hutang lagi.
Lagipun umo cik hitam masih muda,baru 3.5 tahun dan tak berbaloi kalau di jual....
Emmm....ibu pujuk hati agar bersabar dan terus bersabar.
Mungkin terselit hikmah disebalik kejadian ini.

Untuk cik Hitam ' Jangan la buat hal lagi ye sayang..
Kesianlah kat ibumu ni. 
Kesian la kat 5F tu.
Mereka tak pernah merasa duit sebanyak yang ibu laburkan padamu setiap masa.....


p/s:
Weekend pun ke sekolah.
Ada program.

10 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...Reply To This Comment

Mr Innova kami telah digunakan sejak Julai 2007 - dah hampir 8 tahun... Dah berkali-kali di sondol, digesel dan macam2 sakitnya. Kami tetap sayang padanya walau bukan sedikit belanja yang dikeluarkan untuknya...

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

aduhhh..dugaan awal tahun kak..sabar kak yeak.... ade hikmah disebaliknyer semua terjadi nie....akak jgn stress okey...

happy weekend kak...

Inani Hazwani berkata...Reply To This Comment

sabar lah kak. awal awal tahun dah diduga. :)

wahida berkata...Reply To This Comment

kereta kalau dah mintak dimanja, mmg bukan sikit2 duit yg keluar kan kak...huhu...

sabar ye kak...

mamawana berkata...Reply To This Comment

Assalamualaikum

Kereta dah jadi keperluan. Bukan brg mewah lagi. Hujung tahun lepas dua kali kena gesel, langgar gesel lari org yg takdak sivik minded. Lelaki pempuan sama jer dah langgar lariii...

Allah menduga. Beribu juga habis. Now, makang semekuk, makang megi jer laaa...

Sabarlah duhai hatiku...

Unknown berkata...Reply To This Comment

sabarlah . ujian itu menjadikan kita lebih berfikir ... ada betulnya duit yg diberikan pd org itu bkn hak kita ...

Nur berkata...Reply To This Comment

Adoi, sabor je la, kan kak. Setiap yang terjadi ada hikmah di sebaliknya.

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

Mungkin ujian until akk.sabar ye jgn salahkan cik hitam,merajuk dia nanti.hehe

sal ya berkata...Reply To This Comment

Sy pn dh seminggu x update. Kes eksiden pny psl.

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Masamnya muka, kak. Mahu tak sedih kalau berderet-deret kejadian menimpa cik hitam akak ni. Nak buat apakan, kak. Dah takdir kita terima ajelah. Mungkin betul kata akak tu, duit yang terbang melayang kerana cik hitam tu bukan rezeki akak.

Nak tukar kereta memang mudah, nak maintain tu je azab dengan segala keperluan kena jaga. Kalau tidak, memang buat hal je memanjang!

About me