Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

10 Mac 2014

Projek Mural TOKOH NILAM

Menconteng dinding lagi dan lagi.
Kalau ibu sibukan diri mengadap dinding tu bermakna adalah sesuatu yang tak kena dalam emosi.
Kelakarkan tapi yang pasti "pelik tapi benar".
Biasalah awal tahun ibu meroyan dengan kerja melambak umpama 
Gunung Everest tu.
Lagi stress duduk bertapa sesorang di situ.
Masuk bilik kerja dah jadi macam tongkang pecah ditimbuni
buku-buku yang minta diproses.
Selain itu banyak urusan luar sekolah yang perlu hadiri...

Bahagian pertengahan tangga jadi mangsa ibu......
Dah lama ibu geram tengok dinding nie...he3x.

1
Zoom sikit.....
Ni belum siap sepenuhnya.
Belum dapat sentuhan terakhir.
Tunggu masa terluang.
Sanggup hujung minggu ke sekolah semata-mata mengadap dinding.....muhahaha...
 Dapat pula Guru besar baru yang sehati..Minat keceriaan.
Minta cat terus dapat, mintalah apa saja pasti dipenuhi demi keceriaan sekolah.....
Makin bercambahlah minat ibu....

Dah lama nak abadikan TOKOH-TOKOH NILAM yang menaikkan nama
dan prestai sekolah dengan ketokohan dan kecemerlangan dalam UPSR.
Terselit antaranya Angah dan Naurah yang brgelar Tokoh NILAM sekolah dan Zon
hingga ke peringkat daerah......
Along? masa zaman Along sekolah belum menyertai pertandingan Tokoh NILAM.
Beby? memang tak minat baca buku so takde maknanya cikgu NILAMnya
Cikgu Anis nak pilih...  

Pemilihan bukan calang-calang murid.
Murid tu perlu berada di TOP 1-3 sejak di Tahun 1.
Maksudnya setiap kali peperiksaan mereka dapat  A 
dalam semua subjek hingga peperiksaan akhir tahun 5.
Aktif dalam Ko-Kurikulum seperti mewakili
sekolah atau daerah dalam pertandingan Ko-Akademik,
Seorang yang ada bakat kepimpinan, pandai berpidato,
dan pelbagai kelebihan yang menonjol berbanding
rakan sebaya......
Banyak lagi tapisan yang dibuat oleh guru-guru terutama
guru kelas dan guru matapelajaran.
Hamboi panjang berjela-jela pulak penerangan ibu..
Sorry ye, sekadar berkongsi terutama pertanyaan dari Aziela hari tu.....

Semoga Pokok NILAM ni menjadi kenangan indah buat mereka semua.

P/s:
Mata ibu dah melilau tengok 1 lagi
dinding yang kosong.
Geram je nak conteng tapi belum ada ruang waktu....

Sama2 berdoa untuk penumpang dan anak kapal MH370

21 ulasan:

Sheila Salim berkata...Reply To This Comment

Assalamualaikum kak, wahh bestnya mural tokoh nilam. bangga siapa dapat masukkan gambar sendiri kat dalam tu. hehe semoga menjadi salah satu usaha naikkan semangat mereka untuk lebih cemerlang. semoga dipermudahkan urusan pencarian pesawat MAS mh370 dengan izin Allah...

NzA berkata...Reply To This Comment

@Sheila Salim
w.salam..sebagai menghargai jasa2 mereka tu....
Amin3x..sama2 kita brdoa...

ibuayu berkata...Reply To This Comment

Cantiklah kak....terfikir gak nak buat pohon nilam..tapi cadang nak buat banner je..almaklum ayu tak seni huhu

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

Wah berbakat rupanya akak...kalau js mau abstrak lukisnya hihi

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

Cantik sungguh kak, meh akak tolong lukiskan dinding tadika arif..sure berganda cerianya nnti :-)

Cho Zila berkata...Reply To This Comment

oo ingatkan tokoh nilamtu hanya bilangan buku ... banyak yang perlu di lakukan.. alahai melepasler anak saya yang tak dapat no 1-3 dulu...
terima kasih atas pencerahan...
memang berbakatler kalau saya ke laut...tak siapa yang paham seni yang saya nak persembahkan...

ummiross berkata...Reply To This Comment

Seronok kan NzA..ada nama anak dapat diabadikan sebagai Tokoh Nilam dan mural tu sangat cantik!, conteng bukan sebarang conteng!

Sheila Salim berkata...Reply To This Comment

Assalamualaikum.. sheila datang singgah dan klik tabung nuff akak ye ~~~

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...Reply To This Comment

serius kagum ngan bakat kak nza ni..kalau saya mmg faillah bab2 melukis bagai ni kan..hukhukhuk..nway, saya pon lately kadang sress ngan keja..keja byk sgt smpai yg awal lom siap, dh bertmbah kerja2 baru..hukhuk

cahayahidupku.blogspot.my berkata...Reply To This Comment

Kreatifnya NzA... Makin berseri dinding tu.. Tahniah buat tokoh2 tu semua..

NzA berkata...Reply To This Comment

@ayu Ismail
TQSM...buat banner ok jugak ayu cz boleh gantung n thn lma...

NzA berkata...Reply To This Comment

@Jemari_Suri
minat melukis sejak kecik lagi JS tapi sering dpt tentangan dr mama....he3x...

NzA berkata...Reply To This Comment

@mamaarifakeem
TQSM eina...he3x..kalau dekat boleh gak g conteng sk arif tu....

NzA berkata...Reply To This Comment

@Cho Zila
aha, byk kreteria diambil kira..maklumlah nk wakil sekolah...perlu ada kelebihan....
Belum cuba blm tahu..mana tau ukisan zila lbh cntik....

NzA berkata...Reply To This Comment

@ummiross
betul tu ummi..rasa gt2 gembira bila lihat ank2 pn trpilih.....
minat melukis ummi...2 yg sanggup mengadap dinding....

NzA berkata...Reply To This Comment

@Sheila Salim
TQSM dear....

NzA berkata...Reply To This Comment

@Lily@MamaZaraZareef
TQSM lily..akak mmg minat melukis sejak kecik...hobi masa lapang...he3x..
Mmg sibuk sgt2 lily......binggung dibuatnya....

NzA berkata...Reply To This Comment

@CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati)
TQSM kak.......hobi menghilangkn stress....

sal ya berkata...Reply To This Comment

conteng kak jgn tak conteng.

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

mesti banga dpt tampal muka anak sendiri kt situ.hehe tahniah buat semua penerimatokoh nilam.tahniah njuga buat ckgu yg rajin menconteng hingga jadi cantik sebegini rupa..makn ceria la dinding sekolah dengan bakat yg ada..:)

Salmi berkata...Reply To This Comment

Bestnya Yah dapat teruskan minat. Akak ni dah lama tak menconteng dinding.

About me