Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

30 Mac 2014

Kisah Sebalang Telur Itik.

Tajuk macam sebuah cerita la pulak.
Kisah kali ni tentang sebalang telur itik.
Apa la ibu ni, telur itik pun nak dijadikan n3..muhahaha.
Sebenarnya telur itik ni melalui perjalanan yang jauh dan berliku.....
Bermula kisah adik ibu belikan telur-telur itik untuk ibu.
Dia ingatkan ibu balik dengan kereta untuk balik kampung 
tapi rancangan terpaksa ditukar disaat akhir.
Ibu balik naik BAS.....

Hari terakhir adik ingatkan ibu tentang telur-telur itik itu.
Rasa serba salah.
Nak tinggal rasa rugi sebab ibu dan anak-anak peminat telur masin.
Memang selalu ibu beli yang dah siap tapi kali ni keinginan untuk
membuat telur masin sendiri membuak-buak....adeh...

Maka dengan gigihnya ibu membalut botol yang berisi
dengan telur itik tu.
Bukan main tebal.
Ibu selit dicelah-celah kain baju.
Beg besar tu ibu tatang bagai minyak yang penuh.
Al-maklumlah kan...dalam tu ada sesuatu yang sensitif.
Tiba di station bas, mata ibu asyik tertumpu pada beg kain baju tu.
Umpama penyeludup yang membawa barang larangan...hahaha.....
Sebab pernah dulu ibu seludup telur-telur penyu dalam bagasi sewaktu ke Sabah.
Kiranya ada pengalaman la bab-bab menyeludup telur....hik.hik.hik

Tiba-tiba tanpa terduga ibu tersepak dan beg itu tergolek
360 darjah....
Alamak, ibu dah suspen masa tu...redha jelah jika telur tu pecah.
Yang paling ibu risau, habislah kain baju ibu akan berbau telur....
Dahlah perjalanan memakan masa 12 jam.....

Bas pulak buat hal.
Sepatutnya tiba pukul 8 malam tapi 2 jam 30 minit kemudian
baru muncul.
Masa tu punyalah ibu risau.
Rasa macam nak jerit je kuat-kuat....
Bayangkan ibu jerit dan tiba-tiba telur-telur itu menetas dan keluarlah
anak-anak itik dari beg kain baju ibu........
Macam-macam ibu fikirkan....hati tengah sedih kerana
terpaksa meninggalkan mama, abah, dan pakcik yang sedang tenat.
Bas pulak buat hal......dugaan betul.......
Ibu ni memanglah sentiasa nampak cool walaupun dalam hati Allah saja yang tahu.
Saat begini ibu tidak akan putus beristifar..........

Alhamdulillah perjalanan kami selamat walaupun tiba lewat.
Ibu tiba di Tangkak dalam pukul 8.30 pagi.
Ayah dah sedia tercegat menunggu ibu dan anak-anak.
Sekejap je kami jumpa kerana ayah ada meeting lagi di KL.
Kami berpisah di situ dan 
Beby yang memandu kereta semasa balik ke BG.

Penat tak payah cerita tapi telur itik punya pasal ibu
gigih bersilat kat dapur.
Telur2 tu ibu sental sampai putih melepak....

Rebus air + garam ----> sejukkan.
(1 biji telur = segengam garam....petua daripada mama)
Masukkan dalam balang berisi telur + asam keping.

Petangnya call mama....
Menurut mama 2 minggu lagi baru boleh makan....Fuh!!!!lamanyaaaaaa.......



12 ulasan:

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

mujur tak pecah ye kak.dpt gak merasa telur masin.klu tak naya je anak itik membesar dalam beg.haha

cahayahidupku.blogspot.my berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah selamat telur itik yg diseludup tu ye NzA.. berjaya jugak menghasilkan telur Masin sendiri ;)

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

Salam Nur.

Best yer balik kampong.

Telur itik masin buat sendiri ni sedap. Selalunya dulu2 mak kak ani buat telur masin ni bila nak bulan puasa. Mungkin sebagai pembuka selera.

ibuayu berkata...Reply To This Comment

Suspen gak..mujur tak pecah telur tu...

Unknown berkata...Reply To This Comment

Mujur tak lama... nasib baik last tu dah siap jadi telur masin kalau gambar anak itik berderai gelak dinda ni kak ibu

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

Seb baik tak pecah ye kak.. suspensuspen.... huu lama tak naik bas...
Sedap tu t3lur masin :-)

Rizziela berkata...Reply To This Comment

rajinnya nak buat sendiri :D

Acik Erna berkata...Reply To This Comment

assalam NZA..acik kan kalau telur asin ni dah seminggu..dah agak masin sikit2 tu..acik buat masak lomak cili api..sedap sangat..cuba buat

Aziela berkata...Reply To This Comment

Ibu jerit, keluar anak2 itik dari beg baju? Haahhahahah...saya gelak guling2 baca pasal tu...hehehehehe

attyfir berkata...Reply To This Comment

aty dah terbayang makan telur masin.ni..
sedapnya lah telur masin .

sal ya berkata...Reply To This Comment

Lambat pun xpe. Janji blh mkn kan?

Salmi berkata...Reply To This Comment

Sedapnya telur masin. Tambah-tambah yang buat sendiri.. (ye ke??)

About me