Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

4 Januari 2014

Back To School 2014.

Setiap tahun ibu mesti  tangkap gambar hari pertama persekolahan dan buat n3.
Tahun ni lupa pulak nak snap gambar hari pertama dan n3 pun terlewat sudah.
Makin lama makin lemau.

Tahun ni cuma tinggal 2F bersekolah.
Persediaan pun sangat-sangat lewat.
Kalau dulu semasa 5F bersekolah, di awal cuti ibu dan ayah dah prepare segala-galanya
termasuk duit yuran untuk sekolah pagi dan petang.
Maklumlah memakan kos yang tinggi.....
Baju kurung sekolah pulak sebanyak 16 pasang untuk 4F perlu dijahit..
Sebabnya mereka bersekolah kebangsaan dan sk agama.
Pakai baju berbeza warna.
Ibu sanggup bersusah payah jahit sendiri sebab rasa amat-amat
gembira dan puas melihat 4F memakai baju uniform hasil tangan ibu
yang tak begitu teror menjahit....he3x.....

Tahun ni poyo je. 2 hari nak sekolah baru terheggeh-heggeh jahit uniform Naurah.
Itupun jahit 2 pasang je.
Lepas tu ke kedai cari baju Farouk pulak dan cari tudung Naurah.
Gabrah juga ibu sebab tudung labuh tak dijual di kedai.
Terpaksa beli kain dan memujuk SIL tolong jahitkan.....aduyai......

Tinggal 2F jelah sekarang yang masih bersekolah......
Belajar rajin-rajin ye Naurah dan Farouk.
Moga terus cemerlang di Tahun 2014.......Amin.

Sedang suaikan diri ber'weekend' hari Jumaat dan Sabtu....

12 ulasan:

Ann Ishak berkata...Reply To This Comment

haah kan, sekarang johor secara rasmi dah cuti hari jumaat dan sabtu :)

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Elok lagi kalau dapat jahit sendiri baju anak berbanding beli di kedai. Duit pun jimat, kepuasan pun dapat.

Bestlah Johor dah mula cuti hari Jumaat. Mengharapkan Selangor turut mengikuti jejak langkah Johor.

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Lagi puas hatikan kak jahit sendiri baju untuk anak2..

AMIN..moga terus cemerlang buat Naufal & Naurah..^^

Kamsiah yusoff berkata...Reply To This Comment

saya pun 2 org ja yg masih bersekolah ..yg bongsu dh darjah 2..dah tak kelam kabut pada hari pertama bersekolah

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

untungnye sis pandai jahit...js hanya menapak kt kedai je hehe...^^

Murni Alfathunnisa berkata...Reply To This Comment

warna uniform farouk cantik. striking color tapi soft. prefect ye kak...?

ummiross berkata...Reply To This Comment

Seronok tengok perkembangan anak2 kan NzA. Suka tengok gambar Farouk dan Naurah tu, sejuk hati..

ibuayu berkata...Reply To This Comment

Sekejap je.tinggal 2 yg skolah kan.....saya sampai.sekrg baju unit uniform belum beli lagi huhu

insan marhaen berkata...Reply To This Comment

Tertarik dengan penggunaan perkataan POYO.

'Poyo ialah perkataan bahasa pasar atau slanga Melayu boleh dikategorikan sebagai kata sifat. Ia sering digunakan di kalangan generasi moden terutama remaja Malaysia, terutamanya di Semenanjung Malaysia dalam perbualan sehari-hari.

Perkataan poyo ialah slanga yang baru dicipta sekitar 2000an tidak terdapat di dalam Kamus Dewan dan setakat ini belum ada sebarang kajian akan asal-usulnya.

Poyo juga belum mempunyai takrifan khusus dan tepat. Ia lebih kepada perkataan yang digunakan untuk menunjukkan seseorang itu tidak menyukai sifat tertentu atau kelakuan seseorang individu.

Namun begitu, berdasarkan penggunaannya, ia boleh dikatakan bermaksud berikut:

Seseorang yang mempunyai watak hambar, tidak asli atau 'original', sedikit menjengkelkan dan kebodoh-bodohan.

Seseorang yang berwatakan luar dari norma orang biasa seperti merasakan diri-sendiri bagus, suka temberang dan bercakap luar dari kenyataan.

Ia juga mempunyai persamaan dengan slanga bahasa Inggeris Amerika iaitu 'lame

link: http://ms.wikipedia.org/wiki/Poyo

attyfir berkata...Reply To This Comment

semoga maju jaya Naurah dan Farouk

Aziela berkata...Reply To This Comment

Anak saya sorang pun saya rasa terduduk juga kak...

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

kaka naurah dh senyum simpul,yg farouk buat muka sedih pasaipa?hehe

About me