Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

19 Mei 2013

Saya Sedia Berkhidmat.

Tajuk yang tak boleh menahan....
Macam janji YB pulak...hehehe....

Semalam dan hari ini Farouk ikuti Minggu Kerja Pengakap.
Pada awalnya cikgu dah pesan pada Farouk boleh dikecualikan memandangkan
rumah kami berada diluar kawasan.
Nak kata jauh tak adalah jauh sangat.
Tapi kalau nak berbasikal dalam jarak 5-6km memang jauhlah.
Lagipun perlu melalui jalan yang sibuk dengan kenderaan berat.
Farouk memang jenis yang tidak lasak.
Dia berbasikal bila nak ke sekolah agama je.
Itupun jarak sekolah agama beberapa langkah je dari rumah....

Petangnya dengan gigih ibu angkut basikal farouk masuk dalam MPV.
Ibu hantar ke kawasan kumpulan Farouk berkhidmat dalam pukul 2.40 petang.
Bukan main seronok Farouk sebab boleh join kawan-kawannya tu.

  Mereka berkumpul di depan rumah salah seorang penduduk kampung ....

 Bukan main seronok dia..hati ibu pulak risau sebab farouk ni jenis yang tak lasak.....

 Menunggu beberapa orang lagi ahli kumpulan yang belum tiba...

 Budak yang dah tak sabar nak memulakan kerja.
Jumpa pulak dia cari penyapu lidi dan berbekalkan sebotol air mineral....

Ibu tinggalkan Farouk bersama ahli kumpulannya.
Ibu berpesan pada abang senior agar tengok-tengokkan Farouk.
"Kayuh basikal hati-hati.."
"Jaga adab bila di rumah orang"
"Jangan bergurau di tengah jalan"...bla..bla..bla....
Mulalah mak nenek membebel.......
Punyalah hati ibu nie risau.....hehehehe....

Lebih kurang pukul 5 petang ibu dah terpacak di depan rumah yang dijanjikan.
Di situ dah ada rakan-rakan ibu, guru pemimpin Pengakap berkumpul....
Ibu bantu apa yang patut...
Hati berbunga riang bila terpandang wajah Farouk muncul depan mata.
Muka Farouk nampak letih tapi ternyata dia seronok....

OTW balik ke rumah macam-macam ibu tanya.
Over pulak ibu nie.
Maklumlah 1st time anak bujang ibu satu2nya buat tugasan khidmat masyarakat.

Farouk : Farouk cuci kereta..
lepas tu sapu halaman rumah..
lepas tu bakar sampah
lepas tu kemas rumah.....
Seronok tapi penatlah ibu.....

Ibu : Penatkan..macam tulah kerja. Kalau tak belajar bersungguh-sungguh
kita kena buat kerja berat. 
Farouk buat kerja 2 jam dah rasa penat tapi orang lain kena buat setiap hari...

Farouk : Oklah ibu, Farouk janji nak belajar pandai2..nak jadi engineer....
Farouk tak nak kerja macam tu..Penat.... panas......

Tersenyum ibu mendengar kata-kata Farouk..sekurang-kurangnya Farouk belajar banyak perkara
dan beri pengalaman baru buat dia.

9 ulasan:

ariana berkata...Reply To This Comment

Wah...banyak kerja yg farouk dh buat tu ye..
Masa sek rendah dulu pun ada pngalaman mcm farouk tu...hihi, penat tp seronok..:)
Apapun moga tercapai cita2..bakal engineer ni..:)

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Good Job Farouk...teringat sek.rendah dulu pernah juga buat aktiviti macam farouk ni...memang seronok.. :)

Teena Tna berkata...Reply To This Comment

Dulu kt skola teringin nk masuk pengakap, tp budak laki je ramai..huhu

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Kesian Farouk letih tapi banyak pengalaman berharga yg dia dapat tu :)

Unknown berkata...Reply To This Comment

Mcm tu lah dh jadi mak ni kan? mcm tak percaya jer nk lepaskan anak2. hehehe

ummiross berkata...Reply To This Comment

bila dah rasa sendiri baru tau macamana penatnya kan farouk, moga tercapi cita2 Farouk nak jadi engineer, belajar rajin-rajin ye.

Aziela berkata...Reply To This Comment

Betul2 pengalaman yang membuahkan hasil.. Hehehehehehe....

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

anaklelaki kena lasak sikit..lepasni ibu kena bg farouk ikut aktiviti macam ni byk2 sikit..mencabar n beri pengalaman baru buat farouk

Salmi berkata...Reply To This Comment

Tentu seronok ada pengalaman macam ni.. Sekolah akak tak pernah buat..

About me