Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

8 Mei 2013

Melawat Kawasan....Catatan Peristiwa PRU13.

Salam rindu semua.
Ibu dah kembali dari bertapa..
Maklumlah ibu sibuk "melawat kawasan" sempena PRU13 baru-baru ni....
Sila jangan percaya.....hehehe...

Kisahnya elepas waktu persekolahan hari Jumaat,
ibu bersama 5F bertolak balik ke Kelantan.
Ayah terpaksa kami tinggalkan di BG sendirian memandangkan
pusat pengundian kami berbeza.
Seorang di selatan dan seorang di timur...
Apa nak buatkan...tanggungjawab perlu kami tunaikan......

Perjalanan yang jauh dan keadaan jalan raya yang lain dari kebiasaan
agak menganggu emosi....
Syukur kerana sekarang ibu dah ada 2 orang driver...Along dan Angah.
Terasa bahagia bila bergelar seorang "mak datin".
Sekadar bersandar ditempat duduk belakang
sambil snap gambar di kiri kanan sewaktu
dalam perjalanan yang memakan masa lebih kurang 12 jam......

Jom cuci-cuci mata dengan gambar ibu snap di 4 buah negeri
iaitu Johor...Pahang...Terengganu dan Kelantan OTW balik kampung.
Kemeriahan makin terasa bila ibu tiba di bandar Kuantan dan lebih meriah
bila memasuki Terengganu dan Kelantan......

Jumaat-3.5.2013
Macam-macam replika dibina.
Kreatif sungguh...

Kuning....biru....hijau.....menggoda sungguh.

Dan lagi.....

biruuuuuu......

hijauuuuu......

kuninggggg.....

meriah sangat-sangat...

hilang mengantuk.....

lupa seketika keletihan....



Sabtu 4.5.2013
Keesokan harinya, mama ajak ibu keluar untuk tengok bendera.
Maklumlah mama sakit dan tidak boleh berjalan.
Abah sentiasa sibuk dengan urusan menjelang PRU13.
Untuk tidak menghampakan mama, ibu dan anak-anak bawa mama
ronda sekitar Pasir Mas dan Kota Bharu.


Ibu singgah di RTC untuk membeli buah-buahan.

Kesesakan yang makin memuncak menjelang PRU13 di Kota Bharu.


Teringin nak singgah di Bazar Tok Guru ni tapi jalan terlalu sesak.
Sekadar snap pic dari dalam kereta...

Dan KB Mall biasanya tempat feveret anak-anak ibu bila balik Kelantan.
Ini pun kami tak sempat singgah akibat kesesakan.

Ahad 5.5.2013
Hari mengundi menjelma.....
Seronok pula.
Rasa macam suasana hari raya.
Mungkin kebetulan adik-beradik kami berkumpul.
Adik beradik yang bekerja di Sabah, KL, Negeri 9 pun ada bersama.
Meriah sungguh.......
Pukul 8.30 pagi,  ibu telah tunaikan tanggung jawab ibu
sebagai seorang warganegara Malaysia.

Tahniah kepada yang telah memenangi  PRU13. 
Jalankanlah tanggungjawab yang diamanahkan itu dengan ikhlas kerana Allah dan
bagi yang tidak berjaya jangan kecewa dan berdendam.

Isnin 6.5.2013
Pagi Isnin ibu perlu bertolak pulang sebagai anak perantau ( ada kisah sedih..nanti ibu buat n3).
Perjalanan bermula pukul 8.00 pagi dah tiba lebih kurang 7.30 malam.
Dalam perjalanan kami tempuhi kemalangan, ribut + hujan yang lebat.
Alhamdulillah, kami tiba dengan selamatnya.

Selasa 7.5.2013-Bersekolah seperti biasa.
Rindu anak2 didik...rindu rakan-rakan seperjuangan.
Terima kasih kawan kerana membantu relief kelas ibu semasa ibu bercuti
pada hari Isnin.......


11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

mmg kreatif dia org kan sis..
cantik pulak tengok view time pru..hehe

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

Mmg meriah sungguhkan bila pru ni, mcm hariraya...

Aduhai, kemalangan ke kak, nsb takde yg cedera ke apa ke,,huu..

Unknown berkata...Reply To This Comment

Meriah sungguh disana ye

ummiross berkata...Reply To This Comment

Memang meriah kan NzA, perang bendera, best juga melihat berbagai replika, kreatif masing2 parti.

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

Jauh perjlnn akak balik mengundi....seb baik ade driver ramai kak leh gak amik turn drive heheheheh...

Meriah tgk bendera kiri kanan atas jalan kan kak...5tahub sekali laaa dpt tgk suasane mcm ni....

Unknown berkata...Reply To This Comment

tahniah kak..menjalankan tgjawab sbg rakyat malaysia. Jauh tu balik kg mengundi.

Aziela berkata...Reply To This Comment

Saya merayau di Pahang dan Terengganu jer kak. Tapi memang meriahhh sangat. Ada replika meriam lah, replika kapal, kapal terbang... Seronokk tengok. Akak balik ikut Mersing ke?

Murni Alfathunnisa berkata...Reply To This Comment

macam tu rupanya KB Mall. selalu dengar namanya saja.

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Meriahnye suasana kat sana kak...gelombang biru & hijau.. ^^

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Jauh kena balik untuk mengundi eh. Tapi takpa, tanggungjawab sebagai warganegara tetap perlu dilaksanakan.

Salmi berkata...Reply To This Comment

Pemandangan yang kini tinggal kenangan. Isyaallah, akan berjumpa dgn pemandangan sebegini lima thn lagi

About me