Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

30 September 2011

Tamat Sudah Kursus DSV-KSSR..

Hari ni hari terakhir berkursus KSSR DSV.
Kalau zaman ibu bersekolah dulu DSV
dikenali dengan matapelajaran lukisan.
Kemudian dikenali dengan PS (Pendidikan Seni).
Ditukar lagi dengan nama PSV (Pendidikan Seni Visual).
Dan terkini ditukar lagi dengan DSV(Dunia Seni Visual)
Bendanya tetap sama cuma yang berbeza cuma nama.

Tapi yang pastinya cikgu-cikgu dilambakkan dengan
tugasan yang makin banyak kerana
perlu menilai murid-murid dari pelbagai sudut..
Bukan seorang tetapi berpuluh2 malah beratus2 orang...
Demi mereliasasikan PBS (Penilaian Berasaskan Sekolah)
untuk mengantikan UPSR nanti...
Faham tak ceramah ibu tu????....
kalau faham bagus tapi kalau tak faham abaikan..
he.he.he...terover sudah!!!!!..
.
Kursus ni amat memenatkan tapi menyeronokkan.
Seronok sebab bidang seni adalah minat ibu
walaupun ibu ni bukanlah yang berbakat.
Sekadar menambah ilmu di dada.
Seganlah kalau Pengerusi Panitia PSV yang
dijadikan pakar rujuk tak tahu apa-apa berkaitan seni.....

Paling seronok bila banyak input baru yang
ibu dan rakan-rakan dapat.
Kami diajar berbagai jenis origami,
membuat pasu dari tanah liat,
melukis, menghasilkan sesuatu yang baru.
Diselang seli dengan ceramah yang santai-santai dan ceria.

 Ini hasil kerja kami semua untuk sesi perbentangan.
Ada tembikar, stabail, topeng, corak tiupan, gasing dan
berbagai-bagai lagi hasil kerja yang ibu tak tepek di sini.
Terpaksa rendahkan "level" untuk menyamai hasil kerja murid-murid Tahun 2.

 Balik kursus dok kusyuk mengadap benda alah ni.
Cuba mereliasasikan sesuatu yang telah diajar semasa kursus.

Lukisan a.k.a contengan spontan ibu yang tidak begitu menjadi.
Bila ibu ajukan soalan pada JU (Juru Latih Kursus),
katanya sekurang2nya 10 kali percubaan
baru akan menghasilkan sesuatu yang cantik......
WHAT?????????

 Cuba lagi dan lagi dan zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz........

30 ulasan:

IMANSHAH berkata...Reply To This Comment

wah cantik lah

NzA berkata...Reply To This Comment

to imanshah
xdelh dik....main belasah je tu...sy budak baru belajar.

Murni Alfathunnisa berkata...Reply To This Comment

serius cantik tu kak..:)

saya dulu masa pendidikan seni memang liat je nak masuk bengkel..tak kreatif langsung..hehe..keras tangan...tapi suka bab canting batik...best!

amna berkata...Reply To This Comment

comey :)
hehehe.. seronoknya dapat buat semua ni.. mcm dlm subjek seni dalam pendidikan SDP :)

cikguNae berkata...Reply To This Comment

cantiklah tu...
seronoknya walau penat!

Tapi, kalau minat ni... tak sabar mencuba kan?

Ena berkata...Reply To This Comment

kak,

mata ena nampak cantik je tu.. sbb ena ni tak seni.. huhu

AHP Pie@Mohamad bin Wahid berkata...Reply To This Comment

saya suka pasu tu...
bila tengok tu mcm tau camne nak buat mgunakn plastisin

(tapi mesti tak buat2 punye, hehehe)

Cikli berkata...Reply To This Comment

oo... nak ganti UPSR.
lebih suka kalau U*** yang diganti.

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Tangan saya ni memang tak berbedong, melukis memang fail. Jenoh cikgu mengajar masa sekolah rendah dulu tapi tak pandai2 saya melukis, kihkih!

Part yg best masa pi kursus ialah bila dapat ilmu baru yg sangat berguna kan :)

NzA berkata...Reply To This Comment

to siti murni
segan lak akak dik...xdelh cantik..tu mcm lukisan budak2 sk rendah jerr...hi.hi.hi...

NzA berkata...Reply To This Comment

to amna
hasil cikgu2 utk menyamai murid2 kecil....cute kan.

NzA berkata...Reply To This Comment

to nae
bila dh minat semua jadi seronok..ttp kalau trpaksa itu semua xde makna.....hi.

NzA berkata...Reply To This Comment

to ena
akak pn bknnya pndai melukis ttp minat seni....

NzA berkata...Reply To This Comment

to AHP
2 guna teknik lingkaran n kami guna tanah liat yg dh diproses...lbh kurg plastesin je....

NzA berkata...Reply To This Comment

to cikli
hi.hi.hi.......@_@

NzA berkata...Reply To This Comment

to dinas
akak minat seni n masa sk subjek ni yg sntiasa dinanti2 ttp masa masuk form 4 dh xleh ambil cz masa tu dlm aliran sains tulin xde PS.

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

owh..skrg dh tukar nama DSV ye..baru tau..zaman lily dulu masih dikenali dgn nama pendidikan seni.. ;)

Akak..cantik dh tu lukisan akak tu..klu kasi frame pastu gantung kat dinding..mesti lbh cantik tu kak..puashati juga kak..hasil tgn sendiri..^_^

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

sy tgok dah cantik dah tu..

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

Assalamualaikum NZA,

Pada pandangan akak lukisan tu dah cantik.

NzA berkata...Reply To This Comment

to lily
sistem pndidikan kita mmg camtu lily...naik org lain tukar dan tukar...

xdelh lily, prcubaan pertama tu...comot je...

NzA berkata...Reply To This Comment

to PK
masih kena mencuba lagi dan lagi PK smpai nmpk cantik..

NzA berkata...Reply To This Comment

to kunang2
thanks kak, masih dlm proses belajar lagi...

Ummiross berkata...Reply To This Comment

Cantik tu NzA, memang berbakat patutlah jadi cikgu DSV. Ummi ni kerastangan NzA,hik!

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
xdelah ummi....prcubaan pertma yg kurg memberasangkn.....

puanbee berkata...Reply To This Comment

tapi bg bee dah cantik dh tu kak

NzA berkata...Reply To This Comment

to Bee
saya budak baru belajar Bee...hi..

Nur berkata...Reply To This Comment

Kak Nza kreatif. Yati bab lukisan, lagi-lagi guna cat air, failed bab tone mana nak kasi cerah, gelap, hehhe...

NzA berkata...Reply To This Comment

to yati
xdelh kreatif ttp sbb minat cubalah buat teknik yg diajar...lukisan spontan tnpa draf.

Ummi Hanie berkata...Reply To This Comment

lega dah abis kursus ye kak ... tp subjek seni ni mmg best dan x boring

ish dah cantik le yg akk buat tu .. ;)

Salmi berkata...Reply To This Comment

Cantik hasilnya ni. Yah KP Seni ye?? Boleh jadi rujukan ni. Tahun ni akak ajar seni thn 5 & 6

About me