Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

24 September 2011

Sibuk Berkubang

Hari ini
Kesibukan melanda lagi.
Hari Perkhemahan Unit Beruniform bermula sejak
semalam hingga hari Ahad.
Memang ibu tak sempat rehat.
Malam tadi ibu bermalam kat sekolah.
Tidur selewat 2.30 pagi memantau anak-anak didik....
Yang kelakarnya bila memantau,
tiba dikhemah masing-masing diam seolah sedang nyenyak tidur
sedangkan ada yang tidur dalam senyuman.
Mana mana tu?????

 Entah sapalah berangan kat kebun kelapa sawit tu????
Posing disebalik timbunan buah kelapa sawit.
Monyet-monyet memerhati dengan penuh keliru.......
He.he.he.......

 Cikgu-cikgu yang mengambil kesempatan berkubang di sungai yang cetek.
Sebenarnya cikgu-cikgu kena pantau dulu keadaan dalam sungai tu.
Manalah tau kot-kot ada mak/bapak buaya ke, anaconda ke, badak air ke.......
Ibu/bapa, kalau anak-anak pergi kamping jangan risau ye
sebab cikgu dulu akan menerokai.
Bila dah selamat barulah anak2 murid menyertai........

" Ok anak-anak, sungai selamat untuk kita berkubang...Jom..jom..jom...!!!"
Seronok pula dapat berkubang dengan anak-anak murid.
Habis basah lencun cikgu dikerjakan kanak-kanak ribenaa nie.
Habis disimbah cikgu-cikgu dengan air....
Ok, takpe...cikgu simbah korang 5 kali ganda....ha.ha.ha....
Alang-alang basah, biar lencun.

Naurah pun sertai kamping nie...
Bukan main seronok dia.
Dah berapa hari packing barang-barang macam orang nak pergi Mekah.....

Meneroka alam flora dan fauna sambil mengenali
jenis-jenis pokok yang tak pernah dilihat.....

Semalam
 Mendirikan khemah dan gajet.
Yang seronoknya ibu bapa sama-sama 
bergotong royong membina gadjet dan pintu gerbang.

Solat berjemaah ditengah padang...di bawah sinaran terik matahari.
Kami juga dibantu oleh Guru-guru pelatih dari
Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka
seramai 16 orang dan 2 orang pensyarah.

p/s:
Maaf ye belum sempat nak BW lagi.
Ini pun ibu balik sekejap untuk menukar pakaian.....

29 ulasan:

Ibu Yusuf Maryam berkata...Reply To This Comment

Seronok camping.. beberapa kali anjur kem tapi tak guna kemah.. jd tak bp nak real lah.. :D

NzA berkata...Reply To This Comment

to zefa
2lh, budak2 sbnarnya seronok tidur dlm khemah...

h4ni3 berkata...Reply To This Comment

sesekali camping best kan
cuba pasni camping dgn family lak :)

IMANSHAH berkata...Reply To This Comment

best kan dah habis upsr

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

seronok camping.teringat zaman kanak2 rebina dulu..:)oh yer salin baju pun smpt update ekk.hehe..

wahida berkata...Reply To This Comment

saya tak gemar bercamping...rimas..huhu...

NzA berkata...Reply To This Comment

to h4ni3
budak2 yg paling best...cikgu2 kepenatan...

NzA berkata...Reply To This Comment

to imanshah
ttp byk program n kursus2 sdg menanti.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to PK
zaman yg indah...
hehehe..smpat jengah jap...

NzA berkata...Reply To This Comment

to wahida
akak pn xgitu suka..panazzzz...

Cikli berkata...Reply To This Comment

baik-baik. sawit tengah mahal cikgu.

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

waaah bestnye...terkenang waktu sekolah..seronok jd cikgu, bleh merasa lgi..hee~

anggunpesona berkata...Reply To This Comment

Dah lama tak bercamping. Seronok dapat bawa murid camping kat tempat mcm ni. Banyak yg mereka boleh teroka.

♥MAMASYAZA♥ berkata...Reply To This Comment

sronok tgk depa sembahyang jemaah, sejukkk ati

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Bestnye..nmpk meriah je kak..

Teratak Hami berkata...Reply To This Comment

Kami dah lama tak buat aktiviti bercamping. Kak, ni kat mana? Sungai tu takde pacat ke?

cikguNae berkata...Reply To This Comment

Rata2 sekolah rendah beraktiviti pelbagai... seronoknya...

tapi macam menakutkan untuk 'meranduk' air sungai tu...

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Nampak seronok & meriah aktiviti camping tu :)

NzA berkata...Reply To This Comment

to cikli
tumpang brgmbar jer...he.he.he...

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamalieyna
itu salah 1 kelebihan cikgu...dpt merasai kenangan lampau....

NzA berkata...Reply To This Comment

to anggun
seronok juga krn kita pn sama2 boleh belajar....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamasyaza
mrk belajar solat dlm keadaan darurat.

NzA berkata...Reply To This Comment

to lily
mmg meriah.....

AHP Pie@Mohamad bin Wahid berkata...Reply To This Comment

suka tengok aktiviti solat berjemaah tengah padang tu...

ummiross berkata...Reply To This Comment

dah lama tak camping, seronok nampak tu NzA..

Nur berkata...Reply To This Comment

Bagusnya aktiviti camni. :)

NzA berkata...Reply To This Comment

to AHP
mmg sejuk hati tgkkan suasana mcm tu.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
mmg every yearlh ummi sy akn lalui program mcm nie....

ttp sgt bagus utk didik anak2 brdikari.

NzA berkata...Reply To This Comment

to yati
mmg bagus sgt2...

About me