Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

3 Ogos 2011

Pengalaman Mengajar Anak-Anak Berpuasa.

Hari pertama puasa Farouk tidak ada masalah.
Ok dan ceria..
Kebetulan sekolah cuti dan Ayah ada melayan Farouk
berjalan sana sini dengan moto.

Hari kedua Farouk lepak kat rumah .
Tengahari dia cakap kat ibu:
"Ibu, hari ni Farouk nak cuti puasa macam ibu boleh tak???"
"Farouk rasa macam dah seminggu tak makan.....lapar.."
Amboi-amboi, sesuka hati nak minta cuti.

Ibu pujuk suruh Farouk baring-baring.
Puas baring, ibu suruh Farouk tengok TV.
Puas tengok TV ibu suruh Farouk pergi main mainan dalam biliknya.
Bila dia dah bosan ibu suruh dia siapkan homework.
Ibu seboleh-bolehnya cuba penuhkan masanya
dengan macam-macam aktiviti.

Itulah cabaran yang perlu seorang ibu tempuhi.
Melatih anak-anak kecil berpuasa.
Setiap anak tidak sama caranya.

Sebelum ini ibu tidak ada masalah mengajar anak-anak berpuasa.
Along belajar berpuasa seawal usia 4 tahun
( mampu berpuasa 4 hari penuh).
Masuk usia 5-6 tahun Along, Angah, Beby dan Naurah mampu
berpuasa penuh sebulan.
Mereka berpuasa di atas kerelaan sendiri tanpa
meminta ganjaran dan tanpa pujukkan...
Anak-anak perempuan agaknya.
Lebih cepat matang dan cepat memahami.

DAN,
Farouk mula belajar berpuasa di usia 5 tahun.
Itu pun sempat 1 minggu sahaja yang penuh dan
selebihnya puasa separuh hari.
Umur 6 tahun bilangan hari berpuasa semakin bertambah.
Diusia 7 tahun, Farouk sudah mampu berpuasa selama
26 hari dan baki 4 hari terpaksa ditinggalkan kerana kena serangan asma.
Syukur kerana target ibu tercapai!!!!!

Dan di usia yang akan melangkah 8 tahun ibu rasa dia
dah tidak banyak masalah sangat berpuasa.
Cuma sesekali kedengaran perkataan:
"Farouk haus la bu...."
" Farouk lapar la bu..."

Bila Farouk mengadu lapar, ibu akan tunjukkan gambar ini.
Ibu akan bercerita tentang orang-orang miskin yang tidak ada duit dan makanan.
Ibu terangkan kenapa Allah suruh kita puasa.
Masa itulah airmata akan bergenang di mata Farouk.
Air mata sedih, sayu dan simpati agaknya.
Dan disaat itu juga dia akan diam dan tidak akan meminta untuk berbuka lagi..
Terkeluar sepatah kata dari bibirnya:
"KESIANnya budak tu bu...........".

Dan ibu tidak pernah menjanjikan ganjaran pada anak-anak
tetapi ganjaran untuk mereka tetap ada di Aidil Fitri
sebagai tanda penghargaan di atas kesungguhan mereka berpuasa......

Dan selepas berbuka, Farouk dah tidak mampu bercakap lagi.
Muka penuh dengan kepenatan...dan...
.........................zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz................

26 ulasan:

Unknown berkata...Reply To This Comment

betul ibu.... tapi jojo terbalik pulak lebih senang qayyum lagi mungkin dia ni ada naluri imam muda kot (amin) dia puasa dengan kerelaan tapi kami yang beri ganjaran, tapi sumaiyyah aduih.... merengek dia memang tak tahan... tapi mungkin sebab dia tengok abang dia jadi semangat tu yang ada kot...

ummiross berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah, Farouk boleh!
Kesian pulak tengok Farouk tertidur keletihan tu..

IMANSHAH berkata...Reply To This Comment

jangan bagi bukak tu..sayang..teringat zaman sekolah dulu...tak bagi bukak, menangis satu kampung dengar

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaQS
yelh mamaQS, setiap anak xsamakan...mayb summaiyyah tu anak bongsu kot..sbb tu dia agak manja......Alhamdulillah moga Qayyum membesar menjadi anak yg soleh...amin...

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
InsyaAllah..moga dptlah 1 bln penuh...

NzA berkata...Reply To This Comment

to imanshah
hi.hi.hi...comel jekan masa tu...

Cikli berkata...Reply To This Comment

ooo farouk sebaya kak yong

insan marhaen berkata...Reply To This Comment

macamana Farouk boleh tahu ibu cuti?

jeBateja berkata...Reply To This Comment

kesian tul dia.....tapi kalau tak di mula kan...mmg sampai bila2 lah susah....ahakz

NzA berkata...Reply To This Comment

to cikli
ye ke?????

NzA berkata...Reply To This Comment

to IM
perisik rahsia yg plg teror....

NzA berkata...Reply To This Comment

to jebateja
sbnarnya dia mampu brtahan....hi..

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah..dpt juga Farouk berpuasa penuh..
Awalnye Farouk tido..mmg letih sgt Farouk ni kak..sedap jer tgk dia tido.. ;)

CikguAreefNaim berkata...Reply To This Comment

salam kak,

terigt ms zmn budak2 dulu, mmg melepek je time pose ni, suka bring2 kt tepi dinding or lantai yg tkde tikar getah, sejuk je, hehehe...

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

syabas Farouk! tersentuh hati dia tengok gambar tu. ada budak yg tunjukla gambar apa pun, sama jugak nak bukak.

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

bagus akk berikan pendekatan tunjuk gambar tu.benda memang membantu.suka dgn cara akk.hehe..

Izan Ishak berkata...Reply To This Comment

syukurlah kak...farouk dah makin besar n dia tahu kenapa kita semua kena puasa kan...

farouk ni cam muhaimin...smlm lepas aje buka..solat..terus zzzzz jugak~

NzA berkata...Reply To This Comment

to lily
Alhamdulillah, makin membesar dia mkn faham erti puasa....

NzA berkata...Reply To This Comment

to areef
kelakarkan bila dikenang pngalaman brpuasa masa kecik2....

NzA berkata...Reply To This Comment

to dinas
2lh, farouk ni jenis seorg yg sensitif n lmbut hati..mudah mengeluarkan air mata kalau sedih...hu...

NzA berkata...Reply To This Comment

to PK
skrg dh senang PK nk cari bahan utk sedarkan anak2....mungkin dgn cr tu mrk lbh mudah terima.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to izan
yelh izan, semakin meningkat usia mrk dh makin faham...

kesiankan cz mrk penat la izan krn sekolah 2 sesi......

anggunpesona berkata...Reply To This Comment

Lenanya Farouk tido. Letih betul tu. Tapi semangatnya kuat.

NzA berkata...Reply To This Comment

to anggun
2lh, penat sgt agaknya tu..skrg lepas puasa n solat terus tidur.....

Ummi Hanie berkata...Reply To This Comment

bukan sng nk latih ank2 kecik ni setiap sorang kan kak..leganya akk dah hampir nk tamat kisah didik ank brpuasa ni.. ;) prjalanan hanie masih jauh lg... ;)

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummi hanie
itulah cabaran seorg ibu hanie..ttp insyaAllah, kita boleh mengatasinya dgn pndekatan mengikut keperluan.....

About me