Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

3 April 2019

TRIP KOREA-NAMI ISLAND

Day 2-Nami Island 25.3.2019 ( Isnin )

Dari Incheon Airport (KLIK SINI)
kami terus bergerak ke Nami Island.
Ya Allah sejuknya rasa.
Suhu 2 darjah celcius.
Maklumlah semasa tiba kat Korea cuaca kat Malaysia sangat panas.....

Ok....posing dulu...
Kat belakang tu sebenarnya toilet...ha3x.....

Kami menaiki Lake Cuise.
Sebenarnya Nami Island dekat je dengan jeti.
Kalau sanggup berenang boleh la cuba....
Nami Island ni berada di tengah sebuah tasik.
Pada pandangan mata ibu bentuknya macam karipap...
Ha3x....dah kenapa...pulau pun nampak macam makanan...sabar jelah
Perjalanan ke sana tak sampai 20 minit kot.
Ni gambar dalam cuise tu.
Tak sempat nak gigil2 dah sampai. Ha3x.

Bongkah ais yang masih bersisa di tepi jeti.

Ni berhampiran dengan jeti....

Sebelum masuk posing dulu sedas.
Ibu beruntung sebab Hatimah dan Iqa ni jenis suka bergambar.
Sarah pun sama. Snap sana..snap sini.
Sampai ibu boleh lupa kewujudan handphone ibu sendiri...ha3x....
Tq uouls..lap U so much


Ada je geng travel yang bermurah hati snap gambar kami.
Model-model dari Malaysia ni pulak sporting semacam...ha3x..
Mentang-mentang la berjalan solo, kemain gedik ye.

Si jejaka kat belakang tu yang paling rajin snap pic kami.
Yang paling kanan tu wife dia.
Dua-dua cikgu. Baik dan sangat peramat..Suka buat lawak.
Kadang-kadang dia tak buat lawak pun kami mampu gelak sampai sakit perut.
Paling tak tahan setiap kali Cikgu  Amid nak snap pic kami,
punya la kami senyum sampai penat baru dapat sekeping.
Tu belum lagi dia tersilap tekan rakam video....
Alahai bila balik hotel tengok gambar dan video
 yang dia post kat w.apps group tu mau gelak guling-guling dibuatnya...
Cannot brain....ha3x.

Ok...sambil jalan pun ada orang snap pic...kalah retis kot....

Emmmm...terubat la kesedihan bila tengok replika pokok berdaun.
Satu-satunya pokok yang tak "botak"...
Maklumlah plan kononnya datang Korea nak guling-guling atas bunga sakura tapi hampa....
Emmm....masih lagi penghujung musim sejak rupanya...bertabahlah.

Deko2 dari botol yang di"penyekkan"...
Memang kreatiflah diaorang ni.


Patung tu jugak dari bahan recycle.

Hai...awak??????

Cakkkk...sapa yang paling cubby antara kami berdua...
Confirm la si hodoh tu lebih cubbykan...
Ibu rasa ibu sorang je yang berselera posing kat binatang tu.
Kawan-kawan yang lain tengok pun tak selera....ha3x....

Kalau datang Korea wajib bergambar kat sini.
Replika kisah "Filem Winter Sonata" yang femes kat Malaysia suatu ketika dulu.
Ibu pun tak pernah layan cerita ni.
Tau kisah ni pun dari mama...ha3x......


Botak pun botak la wahai pokok....apapun view tetap chantek.

Depa ni memang kreatif la...Batu pun di susun jadi cantik.....

Sarah dan iqa

Sejukkkkkkkk

Semasa ibu datang...diaorang tengah upgrade kawasan ni dengan pelbagai replika.
Kalau ada rezeki suatu hari nanti teringin rasanya nak datang pada musim bunga.
Mesti semua tu dah siap di binakannnn.....

Setiap sudut disediakan unggun api...Emmm kalau kat Malaysia rasanya
kalau nampak unggun ni mesti lari jauh-jauh sebab panas.
Bila sejuk beku macam ni kami jadi macam lebah mengemurungi bunga.....
Eh...betul ke eja macam tu...........

Ok...rasanya cukup dulu la kisah kat Nami Island.
Gambar memang dapat ribu riban.
Berpinar biji mata nak pilih.....
Nanti kita jelajah ke tempat lain pulak ye........Jommmmmm

Jom terbang bersama TURSINA TRAVEL.
Perkhidmatan terbaiklah.

2 April 2019

KOREA ku Datang

Bersua kembali setelah blog ibu dah bersawang.
Tak tahu nak mula dari mana sebab banyak kisah travel sepanjang 2018 tersimpan dalam draf.
Sepanjang 2018 ibu berkesempatan melancong ke 4 buah negara luar.
 seperti Turkey, Kazasthan, Mekah/Madinah dan Hat Yai....
Nantilah ibu update jika ada mood.
Banyak dah data-data tu terhapus dari memori ni....
Jari pun jadi kaku nak menaip..
Ayat-ayat pun berterabur sebab lama dah tak catat dairy ni....

Kali nak cerita dulu kisah travelog ibu diawal 2019.....
Alhamdulillah Allah masih memberi rezeki kepada ibu.
Rezeki yang paling utama Allah berikan kesihatan buat ibu.
Syukur sangat-sangat......
Allah bagi ruang dan kesempatan untuk ibu melihat keindahan ciptaanNya.

21hb Mac En Suami terbang berseminar di Brunei dan ibu bersama kawan-kawan terbang ke Korea.
Awalnya plan nak ke Australia tapi terpaksa tangguhkan dulu.....
Sebabnya konon-kononnya nak guling-guling atas bunga sakura....ha3x...
Insyaallah kalau ada rezeki akan sampai la ke sana.
Tak salah simpan angan-angan dulukan......he3x.

Day 1-24.3.2019 ( Ahad)

Kami berkumpul di KLIA pada 3.30 petang.
Macam pengalaman travel ibu yang lepas..kami  semua berkumpul di KLIA.
Kat sini la kami saling mengenali antara satu sama lain.
Kumpulan ibu pada kali ini seramai 24 orang dan di ketuai oleh Cikgu Lim.
Ibu pergi dengan Syarikat Tursina Travel milik adik ipar ibu.
Dah banyak ibu join travel ni.
Memang berbaloi-baloilah....hotel selesa..makan sedap.
Feeback dari ahli-ahli pun bagi 5 Stars.....

Geng ibu....Hatimah, Sarah dan Iqa.

Kawan baru....
Ada dari Kelantan, Johor, Sarawak dan beberapa tempat di Malaysia.

Ahli group kami seramai 24 orang...

Penerbangan bermula 7.30 mlam.
2 jam 30 minit KLIA ke Hanoi Vietnam.
Kami transit selama 2 jam.
Meneruskan penerbangan Hanoi ke Seoul selama 3 jam 30 minit....
6 jam penerbangan + 2 jam transit = 8 jam.....emmm
Bagi yang tak biasa memang akan rasa penat kan...
Alhamdulillah ibu sempat mimpi 2-3 trip...ha3x....
Penat tidur layan movie..penat layan movie ibu tidur........

Kami tiba seawal 5.30 pagi waktu tempatan (4.30 pagi Malaysia).
Beza masa dengan Malaysia 1 jam.
Si cantik manis ni menyambut kami di Incheon Airport.
Kami panggil Ayu.
Sangat fasih berbahasa Indonesia dan sangatlah peramah.


Akhirnyaaaaaaa.....

Ok posing dulu ye sebagai kenangan....
Masa kami tiba cuasa di sana 2 darjah celcius....
Sejuk bekuuuuuu.

Tiba di Korea terlalu awal so kami tidak boleh check in hotel.
 Ayu terus bawa kami ke Nami Island.......

Ok....Tungguuuuuuuuuuuu kisah seterusnya.....emmmmmm

11 Oktober 2018

Kembara Turkey-BURSA

Siri ke 3Hari ke 3-Daerah ke 2 (18 Mac 2018)

Setelah Siri Jelajah di Istanbul, petangnya kami bertolak ke Bursa.
Perjalanan dari Topkapi ke Bursa mengambil masa selama 2 jam.
Kami menginap di Kervansaray Termal Hotel.


Kami sekeluarga di depan pintu masuk hotel.


Geng kami.

Hotelnya di atas puncak bukit.
Melalui jalan-jalan kawasan perumahan.
Memang cantiklah pemandangannya.
Rumah di sini cantik tersusun.
Penuh dengan bunga-bunga sedang mekar.

Bawah tu kolam reang...
Tengok airnya pun dah menggiggil......
Kat sini suhunya dalam 5-10 darjah celcius....

Kawasan hotel.


Menunya banyak.
Pilih je nak makan apa yang berkenan di hati....

Bersedia nak ke Bursa.


Taraaaaaa......Posing kat depan mercu tandanya.

Kat Bursa bunga tulip dah mula berbunga berbanding di Istanbul.
Kami di bawa ke sebuah masjid.
Masjid ni dikenali sebagai Green Mosque.
Marmar berwarna hijau.




Diperkarangan masjid dipenuhi bunga tulip pelbagai warna....

Bahagian dalam Green Mosque

Bahagian tengah ada kolam tempat mengambil wuduk.
Masjid di negara Turkey ni kebanyakkan dihiasi indah dengan candeliar yang besar.

Shopping timeeeee......
Kami di bawa ke bazar untuk membeli manisan yang terkenal di Turkey.
Kalau ke Turkey tak sah kalau tak beli manisannya yang pelbagai rupa.....
Kat Bursa ni banyak kedai menjual desert Turkey.
Kadang-kadang tak tahu nak pilih yang mana...
Kena pandai memilih la sebab harga diantara kedai berbeza.


Susunan manisan Turkey...

Selesai "melabur" di sini kami meneruskan perjalanan ke destanasi seterusnya.....

KLIK SINI :
Part 1-Kembara Turkey
Part 2-Istanbul


About me