Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

11 Oktober 2016

Majlis Tahlil dan Doa Selamat

Bersua kembali.
Penutup bulan September ibu mengadakan sedikit kenduri tahlil dan doa selamat.
Dalam kesibukan dengan 2 pemantauan, menghadiri kursus sehari sebelumnya dan diikuti dengan program perkhemahan pada hari majlis berjalan (30.9.2016-Jumaat).
Fuh...penat tapi Alhamdulillah majlis berjalan lancar.
Tahlil buat insan2 yang amat ibu sayangi yang hadir dalam hidup ibu dan mencurahkan kasih sayang.
Nama-nama arwah di atas terdiri daripada atok, FIL, bapa2 saudara, k.long serta abang long.
Hingga sekarang mereka tetap hidup dalam hati ibu.

Persiapan dibuat oleh ibu, Naurah dan along.
Menu : nasi ayam + bubur pulut hitam + dadih + buah-buahan + jajan.

Sempat snap dadih je...huhuhu....

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Selesai majlis dan mengemas serba sedikit ibu berkejar ke sekolah untuk program perkhemahan pula.
Bermalam di hotel beribu bintang.
Nanti ibu buat n3 ringkas tentang camping...



5 Oktober 2016

Tahniah Naurah dan Sambutan Hari 1 Malaysia PPM Johor

Lama jugak ibu tak buat n3 tentang 5F.
Banyak cerita terabai begitu aje.
Pasal result 3farahs kat IPTA..kisah 2F yang masih bersekolah.....emmmm
Ibu pun dah lupa kisah-kisah tu.

Oklah..ni nak cerita kisah puteri ke 4 yang ibu panggil kakak a.k.a Farah Naurah.
Alhamdulillah result exam Naurah maintain cemerlang..
Masih dalam kategori TOP 3/254 keseluruhan tingkatan 4.

Pada 24.9.2016-Sabtu
 Naurah mewakili daerah ke pertandingan peringkat negeri sempena
Sambutan Hari 1 Malaysia dan Khidmat Hospital PPM Negeri Johor 2016 di Daerah Pontian
Seawal 4.30 pagi ayah hantar Naurah berhampiran plaza tol.
Setiap daerah menghantar wakil pelbagai kategori pertandingan.

Kakak mewakili sekolah dalam kategori Inovasi Sandwich.
Comel je tajuk pertandingan tu....

Gambar sekitar program :
Persembahan yang comel....

Ni antara peserta pertandingan kolaj.

Kali ini Naurah masuk pertandingan Inovasi sandwich
Tekun menyiapkan sandwich.

Naurah dan pasangannya.

Comelkan sandwich airtangan Naurah bersama seorang rakan.
Alhamdulillah Naurah dapat ke 4 Peringkat Negeri dan satunya wakil tunggal
daerah yang meraih kemenangan.
Walaupun dapat tempat ke 4 ibu sangat bangga dengan Naurah...
Hasil usaha sendiri tanpa bantuan sesiapa.
Awal2 pagi teacher w.apps ucap tahniah.

gambar yang teacher Naurah w.apps...

Piala dan sijil.

Tahniah Kakak...semoga terus cemerlang....InsyaAllah.

4 Oktober 2016

Selamat Ulang Tahun ke 20

Selamat Ulang Tahun yang ke 20 buat puteri ke 3 ibu.
Seorang anak yang berdikari, penyayang, pemurah, kuat bersolek dan manja.
Minat memasak dan kraftangan.

Ibu doakan agar beby terus cemerlang dalam pelajaran dan tercapai segala impian Beby.
Semoga Allah permudahkan segala urusan Beby.
Melindungi Beby dan dikurniakan kesihatan yang baik...dan murah rezeki.


About me